Friday, October 31, 2014

B.R.A

Ini buku resepi aku, ke semua resepi di dalam buku ini aku cedok dari blog, fb dalam wall kawan, dan ihsan dari Luna Zura, iaitu resepi cheese kek yang paling mudah tapi sedap, wa cakap lu.

Kenapa aku tulis entri ini dan menayangkan buku resepi? Ini kes narsis...ayaks!!!



Resepi ini, telah diperturunkan kepada aku, dan aku kongsi dengan kawan-kawan sekerja aku.

Ada sebanyak 36 resepi pilihan, yang aku rasa best, sebab, aku yakin, makanan ini kesukaan semua orang.










Dalam buku ini, hanya ada satu resepi yang aku olah sendiri, itupun, aku buat pengubahsuaian dari resepi asal.

P/s: Aku tak suka masak.







  













Thursday, October 30, 2014

Keelan

Mahu bilang apa lagi, semuanya jadi berantakan. Semua jadi salah faham yang bawa kepada rasa terkilan.  Dia bilang, dia tidak tahu arah tuju persahabatan kami, baiklah. Aku akur saja. Semoga Tuhan akan mempertemukan kami satu masa nanti dan masa itu, kami boleh saling jadi kawan.


Wednesday, October 29, 2014

H.B.T.Y : buat kamu 2014

Aku terlambat sehari untuk ucap selamat hari jadi buat dia tahun ini.  Tapi, rasanya belum terlambat lagi kan? Baik, untuk kamu,

Selamat Hari Jadi...
28.10.2014


Seperti biasa, aku cuma mampu hadiahkan doa untuk kamu.

Selamat Hari Jadi,
Semoga Panjang Umur,
Semoga Murah Rezeki,
Semoga Gembira Selalu,
Semoga Bahagia Selalu,
Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberkati kamu selalu.

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Selamat Tahun Baharu 1436H.

Salam Maal Hijrah.
Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi aku, kedua ibubapaku, adik beradikku, anak-anak buahhku, sahabat-sahabatku.

P/s: Kasih sayang Allah, free untuk kita semua.

Tuesday, October 21, 2014

Bulan Buku: Oktober

Novel Bahruddin Bekri sudah selamat sampai ke tangan aku sekejap tadi.  Ini hari gembira aku, bahagia tahu! 



Selepas siri Mat Despatch jadi koleksi peribadi aku, kini, novel-novel karya tuan BB yang lain, akan jadi sasaran aku selepas ini. Mungkin, aku akan beli dua novel tuan BB setiap kali gajian. In shaa Allah.

P/s: Kadang-kadang bukanlah hal-hal besar yang mampu buat kita gembira, hal-hal kecil saja, sudah mampu buat kita senyum sampai telinga. 

Monday, October 13, 2014

Buatmu, kawan...

Kadang-kadang, bukan pujukan yang kita perlu, bukan juga kata nasihat, hanya pelukan hangat, ikhlas dari seorang yang bernama sahabat.


Kadang-kadang, yang kita perlukan adalah pujukan, juga kata nasihat beserta pelukan hangat dan ikhlas dari seorang yang bernama sahabat.

Kadang-kadang, kita hanya perlu biarkan sahaja, tanpa perlu memujuk, tanpa perlu memberi kata nasihat. Cuma melihat, cuma membiarkan, cuma berdiam, tumpang simpati.

Maafkan aku, Zirah.

Aku banyak cakap hari ini.  Aku bagi pujukan, aku bagi nasihat(aku tidak tahu kalau itu layak digelar nasihat), aku peluk kau dan kau peluk aku.  Mungkin, aku patut peluk kau saja, tanpa bagi kata nasihat, tanpa pujukan, tanpa kata rangsangan untuk hadapi trauma dan stress kau.  Kita semua sudah lalui sejarah hitam yang jadi trauma dan stress terbesar di SKAK.  Cuma, aku paling risau, lihat kau hadapi trauma dan stress kita, aku risau kau sakit, dan aku sendiri stress melihat kau begitu.  Jadi, tolong maafkan aku, aku yang mulutnya jahat.  

Terima kasih sebab peluk aku tadi.  Terima kasih juga sebab kau menangis, aku harap, beban dihatimu sudah kurang sedikit kalaupun tidak banyak.  Cikgu Aishah bilang, menangislah, kalau kau mahu menangis.

Semoga kita semua baik-baik saja.  Semoga Allah sayang pada kita semua.  Aku yakin, kerana kasih sayang Allah-lah, kita diberi ujian ini.

P/s: Senyumlah Zirah. Makan kita ramai-ramai di Kantin bisuk, Fatine bilang, kau sampai hilang selera makan, bisuk mulakan hari biasa kita jalankan di SKAK sebelum sejarah ngeri warna hitam itu, 021014.

Wednesday, October 8, 2014

Lepaskan

"Kadang-kadang, kita terpaksa lepaskan sesuatu yang paling kita sayang, demi untuk kelangsungan hidup"...


Itu kata aku, kata yang aku tulis lewat status FB refleksi dari keputusan aku dan kami untuk berpindah ke sekolah lain setelah peristiwa hitam yang berlaku Khamis lepas. Tidak tahan lagi dengan tekanan daripada ibubapa yang tidak pernah faham dan asyik menyalahkan kami.  

Antara kata-kata yang menyentuh hati kami:

"Guru-guru SK. Ansip, teruk".
"Guru-guru SK. Ansip, cuai".
"Guru-guru SK. Ansip, sot-sot".

Tapi, kata Zue, dalam komennya:

P/s: Aku lega sekarang. Aku harap aku buat keputusan yang betul. Terima kasih Zue.

Monday, October 6, 2014

Kalut

Setelah episod tragedi kemalangan  besar dan agak ngeri dalam sejarah SK. Ansip, khamis lepas, aku jadi takut dan segan hendak ke sekolah besok. Semoga semuanya baik-baik saja.

Khamis yang kalut, penuh takut. Khamis yang merampas ketenangan kami semua.  Khamis yang mendung.

Gelap, pekat,

Kalut.

Semoga semua mendung hitam, Tuhan gantikan dengan mentari yang tersenyum, senyum pada kami.

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha 1435h. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah swt.




Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...