Monday, October 13, 2014

Buatmu, kawan...

Kadang-kadang, bukan pujukan yang kita perlu, bukan juga kata nasihat, hanya pelukan hangat, ikhlas dari seorang yang bernama sahabat.


Kadang-kadang, yang kita perlukan adalah pujukan, juga kata nasihat beserta pelukan hangat dan ikhlas dari seorang yang bernama sahabat.

Kadang-kadang, kita hanya perlu biarkan sahaja, tanpa perlu memujuk, tanpa perlu memberi kata nasihat. Cuma melihat, cuma membiarkan, cuma berdiam, tumpang simpati.

Maafkan aku, Zirah.

Aku banyak cakap hari ini.  Aku bagi pujukan, aku bagi nasihat(aku tidak tahu kalau itu layak digelar nasihat), aku peluk kau dan kau peluk aku.  Mungkin, aku patut peluk kau saja, tanpa bagi kata nasihat, tanpa pujukan, tanpa kata rangsangan untuk hadapi trauma dan stress kau.  Kita semua sudah lalui sejarah hitam yang jadi trauma dan stress terbesar di SKAK.  Cuma, aku paling risau, lihat kau hadapi trauma dan stress kita, aku risau kau sakit, dan aku sendiri stress melihat kau begitu.  Jadi, tolong maafkan aku, aku yang mulutnya jahat.  

Terima kasih sebab peluk aku tadi.  Terima kasih juga sebab kau menangis, aku harap, beban dihatimu sudah kurang sedikit kalaupun tidak banyak.  Cikgu Aishah bilang, menangislah, kalau kau mahu menangis.

Semoga kita semua baik-baik saja.  Semoga Allah sayang pada kita semua.  Aku yakin, kerana kasih sayang Allah-lah, kita diberi ujian ini.

P/s: Senyumlah Zirah. Makan kita ramai-ramai di Kantin bisuk, Fatine bilang, kau sampai hilang selera makan, bisuk mulakan hari biasa kita jalankan di SKAK sebelum sejarah ngeri warna hitam itu, 021014.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...