Tuesday, March 31, 2015

Bijut

Selepas 50 hari tanpa sebarang komunikasi.
Aku bijut.  

P/s: Bijut itu gabungan "gembira" dan "terkejut". Tidak ada dalam kamus dewan, hanya dalam kamus katak.

Sunday, March 22, 2015

Persediaan: MTQSS Daerah #1

Mailaif...

Sibuk dengan persiapan menjadi Tuan Rumah MTQSS Daerah Keningau. Kesibukan ini bermula 3 minggu yang lalu. Syukur aku, Jihah dan Nik dikurnia sahabat yang baik, setia mereka membantu. Perihal menjadi tuan rumah MTQSS Daerah ini, sudah dicanang dan dimaklumi sejak 2013 sebenarnya.

Langkah pertama: Transformasi Dewan.

Dewan juga sudah bertukar wajah, sudah semakin ceria dan berubah wajah, semua berkat mereka, kawan-kawan yang sedia memberi tenaga. Tidak pula aku mengambil gambar sepanjang kami memulakan proses transformasi dewan sekolah. 

Langkah kedua: Penyediaan bahan MTQSS di bawah tanggungjawab SK. Ansip.

Sepanjang cuti pertengahan semester ini, aku dan Nik, sibuk menyiapkan hal berkaitan MTQSS Daerah. Nik siapkan sijil dan borang pendaftaran dan aku siapkan buku aturcara. Terima Kasih buat Nini tolong buat sijil Isnin lepas, terima Kasih buat Fatine tolong jahit skirting bermula Rabu hingga Jumaat. Terima Kasih buat Lena dan PK HEM tolong jahit langsir dan skirting. Terima Kasih buat kawan-kawan SKAK yang telah bersama kami membuat transformasi dewan. 

Langkah ketiga: akan bersambung...

Tidak ada gambar untuk semua persediaan. Sepatutnya aku ambil demi kenangan, tapi, aku malas untuk mengetik kamera. Mungkin, isnin nanti akan aku ambil sedikit gambar. Mungkin...

P/s: banyak ibrah dari semua perkara yang terjadi. Sahabat setialah yang akan membantu meringan beban pada kudrat yang lemah, yang mahu sama penat sama berehat.

Mac si Merchendise...

Monday, March 16, 2015

Tambalut

Tambalutku...


Yang namanya sahabat
Bukan selalu hebat
Akan ada waktunya dibuka cerita yang umpat-umpat
Akan ada kabut-kabut
Yang menjerat
Tapi,
Atas nama sahabat
Sayang itu tetap lekat
Kalau tidak dihati, diingatan walau berkarat
Itu dampak sahabat
P/s: Ambalutku, ponsikou.

Sunday, March 15, 2015

Ikhlas

Entry yang lewat...

Sepatutnya, aku taip entry ini 12hb yang lalu, tapi aku tangguhkan hingga hari ini, yang penting aku sudah postkan entri penting ini di FB, khas aku tujukan buat fatine, sahabat aku. Khamis lalu, aku kira; ia saksi persahabatan kami. Terima Kasih Teen, aku tidak sangka, kalau kau sampai kepikiran begitu. Apapun, akhirnya, aku dapat juga DG42 itu. Walaupun, kita tidak naik pentas pada hari yang sama, pelukan kau, perasaan kau, tentang apa saja waktu aku tidak dapat DG42, itu sudah cukup memujuk hati aku, dan waktu itu, redaku sudah bertukar ikhlas yang sebenar ikhlas. Kau harus tahu, waktu naik tangga untuk jaga kelas tahun 4I, aku berlari riang, sempat skip kaki dengan senyum leret yang paling manis dan ikhlas, hanya kerana pelukan dan kata-kata kau, ikhlas kau kepadaku, Teen. Semua fasal DG42 sudah tidak penting lagi kepadaku. Bukan perkhabaran tentang mendapat DG42 yang menggamit senyumku dan gembiraku, tapi kau, Teen. Terima Kasih.


...Hari ini, langit jadi saksi, kalau aku punya sahabat, dan nanti satu masa, tika ada yang bertanya, " siapa dia?", aku boleh menjawab dengan jujur dan rasa sayang yang paling dalam dan ikhlas, " Dia itu sahabat saya dunia dan akhirat"...

P/s: Aku sayang kau, Teen. Kita Tetap Kawan.

Wednesday, March 4, 2015

Bulan Buku: Mac 2015

Buku ini edisi 1+ 1.  Sudah berbulan masuk dalam senarai buku yang harus dibeli sejak 2014. Akhirnya tadi, tanpa perlu beli online, buku ini ada depan mata. Terus cekau dengan teruja yang dikawal-kawal..ayaks!!! Senyum terus lebar, gembira tahu!!!

Ujian dan dugaan itu
hanya rencah hidup.
Tanpanya, syukur dan
kita menjadi jauh....Bahruddin Bekri

Dalil Tuhan untuk manusia,
hidup ini adalah kepingan
yang perlu dicantumkan...Bahruddin Bekri.

Ke Sandapak hari ini, atas kasih sayang Tuhan buatku barangkali, agar semua rasa kecewa-sedih terubati supaya lupa pada kraton merah punca galau. Aku sudah buat-buat reda, dan doaku agar redaku bertukar ikhlas

Monday, March 2, 2015

Hilang

Hilang semua rasa dan semangat. Terima Kasut iskiAK.

Mac si Merchandise.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...