Entry yang lewat...
Sepatutnya, aku taip entry ini 12hb yang lalu, tapi aku tangguhkan hingga hari ini, yang penting aku sudah postkan entri penting ini di FB, khas aku tujukan buat fatine, sahabat aku. Khamis lalu, aku kira; ia saksi persahabatan kami. Terima Kasih Teen, aku tidak sangka, kalau kau sampai kepikiran begitu. Apapun, akhirnya, aku dapat juga DG42 itu. Walaupun, kita tidak naik pentas pada hari yang sama, pelukan kau, perasaan kau, tentang apa saja waktu aku tidak dapat DG42, itu sudah cukup memujuk hati aku, dan waktu itu, redaku sudah bertukar ikhlas yang sebenar ikhlas. Kau harus tahu, waktu naik tangga untuk jaga kelas tahun 4I, aku berlari riang, sempat skip kaki dengan senyum leret yang paling manis dan ikhlas, hanya kerana pelukan dan kata-kata kau, ikhlas kau kepadaku, Teen. Semua fasal DG42 sudah tidak penting lagi kepadaku. Bukan perkhabaran tentang mendapat DG42 yang menggamit senyumku dan gembiraku, tapi kau, Teen. Terima Kasih.
...Hari ini, langit jadi saksi, kalau aku punya sahabat, dan nanti satu masa, tika ada yang bertanya, " siapa dia?", aku boleh menjawab dengan jujur dan rasa sayang yang paling dalam dan ikhlas, " Dia itu sahabat saya dunia dan akhirat"...
P/s: Aku sayang kau, Teen. Kita Tetap Kawan.
No comments:
Post a Comment