Monday, June 29, 2015

Ang Pau Puasa

Ang pau puasa aku. Comel rezeki aku hari ini. Pemberian anak murid tahun 2 aku masa rehat tadi. Terima kasih Nor. Terima kasih Allah.


P/s: Rezeki Tuhan ini sangat berseni. Pada masa kau tak menjangkakannya, DIA memberi. Berseni, kerana selalu DIA memberi melalui perantara. 

Wednesday, June 24, 2015

Surat cinta tanpa setem

Akan kukirim surat pada bulan dibulan Ramadan
Akan kusuruh kunang-kunang jadi posmen
Suratku itu surat cinta tulisan roman
15 purnama nanti
Bulan bakalan tersenyum rahi
Tanda dia membaca dengan faham
Surat cintaku yang tanpa setem
Tulisan roman.

Atie 240615#Ramadan,7

Salam untuk Jun yang cun

Bulan Buku: Jun 2015

Akan kukirim surat pada bulan

Dalamnya aku bercerita tentang cantik cahaya kuning
Biar manis senyumannya
Saat 15 purnama
Wajahnya berseri-seri
Tanda dia membaca suratku.

Suratku yang ikhlas tanpa setem.

Buku ini aku ambil petang tadi lepas balik kerja. Tidak sabar hendak membaca surat orang-orang tanpa setem.  



Salam untuk Jun yang cun.

Thursday, June 18, 2015

Bulan Buku: Jun 2015

Buku ini juga aku tunggu-tunggu waktu sampainya ke Keningau. Buku penulis Indonesia. Tere Liye nama penanya. Antara penulis bestseller di Indonesia. Direkomen oleh seorang budak kecik, Khair Zawawi namanya. Owner kedai Buku Halal. Penuntut UPSI. Ini buku penulis Indonesia kedua aku selepas buku Ayah, tulisan Andrea Hirata.  Rasa gembira. Semangot semacem!

UPA, Buku ini diterbikan oleh PTS Litera Utama. Editornya penulis prolifik,  Bahruddin Bekri dan seorang lagi editor, Asma Fadila Habib. Buku ini alih bahasa dari Indonesia ke Bahasa Melayu. Kalaulah boleh dapat naskhah asal buku ini, senyumku pasti sampai telinga. Sedang yang ini pun, senyum ku sudah seperti sabit. 


P/s: Percayalah, bahagia antara kau dan aku, sama tapi tidak serupa.


Tuesday, June 16, 2015

Bulan Buku: Jun 2015

Tuhan sudah memeluk mimpiku. Buku 'Ayah' tulisan Andrea Hirata sudah sampai. Syukur pada Allah, atas rezeki yang engkau beri. Terima Kasih, Dubook Press sebab membawa buku ini masuk Malaysia. 





P/s: cara kita menikmati bahagia tidak sama. 

Saturday, June 13, 2015

Nasib

Hari ini aku cuba nasib. Manalah tahu taji ayam sudi tumbuh diketing kakiku.  Aku hantar manuskrip certot ke Lejen Press. Lejen Press buat satu penyertaan terbuka menulis certot bertema "Gila".  Aku sekadar mencuba. Tidak mengharap certot aku tersiar.  Lejen Press baca email manuskrip aku pun sudah cukup buat aku suka.  Tarikh tutup 30.Julai.2015. Kalau korang berminat menghantar karya certot, hantarlah ke Lejen Press. Tiada hadiah ribu-riban. Hanya, karya korang mungkin akan tersiar. Dimasukkan dalam buku yang bakal mereka terbit.

Tema : Gila
Panjang: 200-800 patah perkataan. Mesti ditaip dalam 1 kertas A4. Mc Word.
Tarikh tutup: 30. Julai. 2015
Hantar email: manuskrip@lejenpress.com

Sharing is sexy.

P/s: Nasib bagiku adalah kesenian masing-masing. Hadiah Tuhan buat kita.

Salam untuk Jun yang cun.


Monday, June 8, 2015

Bulan Buku: Jun 2015

Akhirnya, atas pemberian nikmat rezeki yang Allah beri, buku yang aku tunggu dua minggu lamanya, sampai ke tangan aku hari ini. Tidak sabar hendak mabuk huruf. 


Kau pernah tonton Laskar Pelangi? Kau suka tidak? Kalau jawapannya, kau suka, kau harus baca "Kunang Persisir Morten". Akan kau rasai detik kecil ketika miskin ketika sederhana hidup kau dulu dan ia tetap membahagiakan kau. Membahagiakan untuk kau imbas kembali, untuk kau kenang kembali zaman gondrong itu. Zaman gondrong yang mendewasakan akal dan budi dan siapa kau sekarang. 

Kalau mahukan kelainan dan kesat bahasa mencerca si bangsat pengampu pendusta merosak bangsa negara, kau baca buku merah itu. Satira. Kalau kau jenis orang lembut-lembut pada segala sesuatu dan mengakun golongan filosofi bahasa tahap phd, kau tak akan tahan dengan bahasa si Mut. Lagipula, ada amaran awal. Katanya, "Orang bodoh dilarang baca".

Buku hijau kelabu asap dengan figura lelaki berambut pintal ala-ala Bob Marley, itu buku Lepat. Kau kenal dia. Siapa baca Majalah Ujang kenal Lepat. Ini cerita tentang nota hidup yang berliku. Liku yang bukan calang bengkang-bengkoknya. Tapi itulah, pada akhir setiap liku hidup itu, telah Tuhan titip padanya hikmah agung. Tinggal kau celikkan mata yang rabun. Kita juga bermula dengan rangkak baru berjalan. Begitulah hidup. Aturan Tuhan, selalu adil, cantik lagi berseni.

Kau mesti pernah ada crush? Kan...aku cakap. Kau suka orang itu tapi kau tak boleh nak cakap. Tak berani dan tak akan boleh cakap. Jadi buku putih macam sampul surat itu, adalah tentang surat cinta tidak bersetem. Sebuah buku kompilasi surat-surat cinta yang tak tersampaikan. Cinta yang hanya kau lafaz dalam surat. Sudahlah begitu, ia tidak akan pernah tersampaikan. Kejam. Ruwet. Tapi itulah antara nikmat cinta. Kalau kau mahu besarkan hati. Menikmati cinta dari sisi sisi lain. 

Ada yang menggamit senyumku, buku sampul surat itu, ada tandatangan salah seorang penulis surat cinta. Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan. Budak ini, owner Buku Halal.
 

P/s: Aku belum hadam buku-buku ini. Malam ini bakal jadi burung hantu sambil makan kutu.

Salam untuk Jun yang cun.

Sunday, June 7, 2015

GBR 050615

Sebagai ingatan, entri ini aku taip. Hanya untuk merakam penghargaan buat The Unsung Hero. Si Malim Gunung.


Buat semua Malim Gunung, 

Terima Kasih paling banyak dalam dunia. Tiada kata secantik bahasa, untuk kupuji jasa dan pengorbanan kamurang.

Gempa Bumi Ranau, 05.JUN.2015.

P/s: 7.15 pagi, Jumaat 050615, katil rasa macam kena goyang. Rasa gegaran lebih kurang dalam 10 saat. Semua orang dalam rumah hampir panik. Itu cerita aku dan family aku di Keningau. Dalam rumah aku. Apalagi mereka yang berada di atas Gunung Kinabalu dan daerah Ranau waktu itu. 

Ya, Allah rahmati kami semua, rahmati negeri kami. Lindungi negeri kami Ya, Allah dari segala kerosakan alam serta bala bencana. Hanya Engkau tempat kami meminta, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Tuesday, June 2, 2015

Nido

Selesai membaca novel "Penulis yang disayang Tuhan" 11.59 pm.  Doaku, semoga Tuan Bahruddin Bekri akan menjadi Penulis yang disayang Tuhan. 

Sekarang mula baca bab 1: Di mana Terangnya Bulan. Trigger kisah ini bermula pada ayat: "Tanpa dia tahu, niatnya itu menyimpan kisah yang lebih besar".

Begitulah kita. Niat dan Doa ritual pada sebuah harapan. Harapan selalunya menghidupkan kehidupan. Pada mereka yang sentiasa percaya. Pada yang tidak kenal putus asa. 

Semuanya dimulai dengan niat.  Niat yang seterusnya kita letak pada harap dan kita panjat pada doa. Doa yang kita minta didengar Tuhan.

Kuasa Nido. 

P/s: Doaku untuk semua, semoga kita sentiasa disayangi Tuhan. Love will save the day.

Salam Untuk Jun yang Cun.


Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...