Monday, June 8, 2015

Bulan Buku: Jun 2015

Akhirnya, atas pemberian nikmat rezeki yang Allah beri, buku yang aku tunggu dua minggu lamanya, sampai ke tangan aku hari ini. Tidak sabar hendak mabuk huruf. 


Kau pernah tonton Laskar Pelangi? Kau suka tidak? Kalau jawapannya, kau suka, kau harus baca "Kunang Persisir Morten". Akan kau rasai detik kecil ketika miskin ketika sederhana hidup kau dulu dan ia tetap membahagiakan kau. Membahagiakan untuk kau imbas kembali, untuk kau kenang kembali zaman gondrong itu. Zaman gondrong yang mendewasakan akal dan budi dan siapa kau sekarang. 

Kalau mahukan kelainan dan kesat bahasa mencerca si bangsat pengampu pendusta merosak bangsa negara, kau baca buku merah itu. Satira. Kalau kau jenis orang lembut-lembut pada segala sesuatu dan mengakun golongan filosofi bahasa tahap phd, kau tak akan tahan dengan bahasa si Mut. Lagipula, ada amaran awal. Katanya, "Orang bodoh dilarang baca".

Buku hijau kelabu asap dengan figura lelaki berambut pintal ala-ala Bob Marley, itu buku Lepat. Kau kenal dia. Siapa baca Majalah Ujang kenal Lepat. Ini cerita tentang nota hidup yang berliku. Liku yang bukan calang bengkang-bengkoknya. Tapi itulah, pada akhir setiap liku hidup itu, telah Tuhan titip padanya hikmah agung. Tinggal kau celikkan mata yang rabun. Kita juga bermula dengan rangkak baru berjalan. Begitulah hidup. Aturan Tuhan, selalu adil, cantik lagi berseni.

Kau mesti pernah ada crush? Kan...aku cakap. Kau suka orang itu tapi kau tak boleh nak cakap. Tak berani dan tak akan boleh cakap. Jadi buku putih macam sampul surat itu, adalah tentang surat cinta tidak bersetem. Sebuah buku kompilasi surat-surat cinta yang tak tersampaikan. Cinta yang hanya kau lafaz dalam surat. Sudahlah begitu, ia tidak akan pernah tersampaikan. Kejam. Ruwet. Tapi itulah antara nikmat cinta. Kalau kau mahu besarkan hati. Menikmati cinta dari sisi sisi lain. 

Ada yang menggamit senyumku, buku sampul surat itu, ada tandatangan salah seorang penulis surat cinta. Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan. Budak ini, owner Buku Halal.
 

P/s: Aku belum hadam buku-buku ini. Malam ini bakal jadi burung hantu sambil makan kutu.

Salam untuk Jun yang cun.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...