Friday, August 21, 2015

Syukur

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah, kerana mempermudahkan urusanku. Allah sajalah penyelamat.

Terima Kasih, Elisa. Bantuan kau mencipta ruang penyelesaian. Potongan rumah aku berhenti 9/15. Alhamdulillah.

P/s: Menari joget setempat. Terngiang lagu Seloka Dihari Raya.

Thursday, August 20, 2015

Tunggu

Kadang-kadang...

Bila perkara yang paling kau tunggu-tunggu, sampai tarikhnya, tak jadi, buat kau rasa nak berperibahasa sambil korek hidung paling dalam lepas itu gentel-gental TH.

"Cakap tak serupa Bikin".

P/s: Reda sajalah. Allah dah set from the top. Bulan depan baru setel kali. Insya-Allah. Aku harap potongan rumah aku stop bulan 9. Tadela aku nak berperibahasa lagi.

Wednesday, August 12, 2015

Bulan Buku: Ogos 2015

Sempena tamatnya penerbitan majalah Ujang dan Apo, aku beli buku "Prequel Breakfast Blues Monolog Seorang Lelaki" ini sebagai ingatan. Aku antara peminat Ujang yang ramai dekat Malaysia ini. Tapi, aku peminat poyo. Tidak aku tahu, Azzam Supardi itu Din Beramboi dan tidak aku tahu kewujudan buku ini. Yang aku tahu, dia ada tulis buku Pilo-Toq bersama Tuan BB dan Tuan OP. Ketinggalan. Maknanya ada buku "Breakfast Blues Monolog Seorang Lelaki". Akan aku cari dengan bantuan budak kecik.



Bahagia itu banyak, kalau kau mahu menikmatinya dengan cara yang paling sederhana. Kalau kau mahu, mesti kau jadi orang yang suka:

1. Ikhlas
2. Gembira
3. Tenang
4. Berbagi
5. Makan
6. Menyanyi
7. Tersenyum
8. Ketawa hahaha
9. Tersengih-sengih
10. Tidak gila

P/s: sila jangan percaya. Sebab aku percaya, bahagia aku tidak sama dengan bahagia kau. Bahagia kita sama tapi tidak serupa. Kau bongok kalau kau percaya.

Tuesday, August 4, 2015

Kenangan Itu Kerinduan

Demi kenangan aku rakamkan gambar ini. Tahun depan, cerita pasti berbeza. Jihah, sahabat baik aku bakalan berpindah ke Semenanjung mengikut bakal suami. InsyaAllah. Biarlah gambar berbicara. 

Gambar ini aku dan Daya ambil masa backdrop untuk sambutan raya esok. Backdrop yang simple tapi kami buat dengan kasih-sayang. Ceh!

Layan gambar okeh...! 

Ukur ketinggian. Nampaknya, aku salah beli ubat. Terbeli ubat bikin gemuk.

Ini bukan MLM, ini siurang yang tengah happy
 lepas siap buat backdrop.

Kami main tapuk2...tak faham maksud tapuk?
Kau tepuk dahi 3 kali...cakap bongok punya menteri.

Ignore je la kaki pendek aku tu...

"Akak, saya macho kalau begini gaya?"
"Aii...Kanapa tidak, punya macho, silap2 ada yang kasi
derma 2.6b masuk akaun ooo"
Fly Me To The Moon

Semangat bekdrop merasuk dua cikgi ni.
hello...no. Acc aku available untuk menerima derma..

Ko kasi dekat sikit tu huruf...

Latihan duet Lagu: Biar saja dan Satu Hari Dihari Raya

Main siring dulu, karang baru di tengah

Sahabat baik saya, Jihah.
Terima Kasih Allah, jadikan dia sebagai sahabat saya.
Segala kenangan bersama Jihah, akan abadi dalam hati dan ingatan.
Terima Kasih sebab jadi sahabat Saya.
Terima Kasih atas segala budi dan jasa baik Jihah.

Latihan Koir murid tahun 2 dan 3.
Solo: Unat & Fadzila

Dan benarlah,
Bahawa Kenangan itu Kerinduan. Pasti kenangan ini akan dirindui. Semoga jadi ingatan buat hati yang bertaut kasihnya atas nama sahabat.

Latihan Gempa Bumi: #1

Latihan Gempa Bumi. Ini latihan belum rasmi. Selasa depan akan diadakan satu latihan gempa bumi bersama pihak bomba. Apapun layan gambar sajalah. Itupun, gambar yang sedikit.






Jihah & Nong



Kira jumlah murid


Taklimat


P/s: aku berteduh dekat gate masa ambil gambar ni sebab panas gila. Lagipun, aku tak tahan bau taik dekat kawasan yang ada lalang tu. Siap ada taik manusia dalam plastik lagi tu. Tade sivik betul. Dah la banyak taik anjing dan kucing...choi!

Saturday, August 1, 2015

Bulan Buku: Ogos 2015

Sebenarnya buku ni sampai kelmarin, 31. Julai. Tapi, oleh kerana tempat cas HP aku sakit balik, jadi baru hari ini aku dapat tulis entri fasal buku. Buku ini akan jadi buku bulan Ogos. Buku keluaran Lejen, penulisnya seorang engineer dan bergenre seram. Aku beli buku ini setelah baca review seorang penulis, katanya, novel seram ini pada mulanya terasa agak lambat dan biasa. Tapi setelah di pertengahan bab, barulah novel ini nampakkan sedikit kelainan dalam tampilan unsur seram. Pada akhirnya, dia sampai tutup cermin bilik yang terbuka sebab rasa diperhatikan. 



P/s: Mahu seramkan diri sendiri, aku harap aku tak tutup mata dan tutup telinga masa baca buku ini. Sama macam aku tutup mata dan mute kan TV kalau tonton cerita hantu.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...