Sebenarnya buku ni sampai kelmarin, 31. Julai. Tapi, oleh kerana tempat cas HP aku sakit balik, jadi baru hari ini aku dapat tulis entri fasal buku. Buku ini akan jadi buku bulan Ogos. Buku keluaran Lejen, penulisnya seorang engineer dan bergenre seram. Aku beli buku ini setelah baca review seorang penulis, katanya, novel seram ini pada mulanya terasa agak lambat dan biasa. Tapi setelah di pertengahan bab, barulah novel ini nampakkan sedikit kelainan dalam tampilan unsur seram. Pada akhirnya, dia sampai tutup cermin bilik yang terbuka sebab rasa diperhatikan.
P/s: Mahu seramkan diri sendiri, aku harap aku tak tutup mata dan tutup telinga masa baca buku ini. Sama macam aku tutup mata dan mute kan TV kalau tonton cerita hantu.
No comments:
Post a Comment