Kadang-kadang...
Getir hidup bermula apabila kau harus memilih apa yang lebih patut didahulukan. Aku tidak kata memilih apa yang lebih penting, kerana kebanyakan perkara dan benda berstatus penting. Bila kau faham dan akur pada perkara yang lebih patut didahulukan, getir itu akan beransur hilang kalau pun tidak, sekurang-kurang, warna getir akan pudar. Kau bakalan gembira berlapang dada.