Hari ini ke bual bicara buku bersama Pak Latif. Pelajar daripada SMAN dan Pusat Tahfiz Ar-Rahman sebagai jemputan. Sesi soal-jawab meriah sungguh. Para pelajar tidak segan bertanya soalan. Ada hadiah disediakan penganjur berupa buku. Dengki sangat. Saya pasti hadiah itu disediakan khas untuk pelajar yang bertanya soalan. Ada satu pelajar Tahfiz yang saya suka soalannya. Dari cara dia mengutarakan soalan, pendapat dan perasaannya pada buku-buku Pak Latif, amat berbeza dengan pelajar yang lain. Saya gak dia seorang pelajar pintar.
Dapat tandatangan Pak Latif dan berbual dengan beliau buat saya senyum dan gembira. Pak Latif sopan santun bahasanya. Pengalaman beliau tidak ternilai harganya. Semoga Allah mempermudah urusan rezekinya, kesihatan dan ilham berterusan. Biar beliau terus dapat berkarya. Orang baik disayang Tuhan.
"Ini buku Pak Latif"?
"Iya, buku saya. Dapat dari mana?"
"Dari reruai DBP. Saya ada terbaca satu blog, dia senaraikan 100 buah buku yang harus dibaca. Salah satunya buku ini".
"Buku Merentas Ranjau?"
"Iya, Pak Latif"
"Boleh saya bergambar dengan Pak Latif?"
"Ya...ya...boleh"
Setelah berbalas ucapan terima kasih dan mendoakan kesihatan beliau saya meminta diri. Katanya,
"Semoga berjumpa lagi"
Hari yang sangat berbaloi-baloi. Hari yang menerbit senyum bulan sabit. Ditambah dengan mesej daripada poslaju. Kenapa tidak?
Kenangan itu Kerinduan. Program begini di Keningau bukan selalu datang. Entah-entah lima tahun selepas ini baru ada lagi.
P/s: Harap-harap team Tombiruo datang buat roadshow di sini. Inikan Keningau. Tempat kisah itu bermula.
No comments:
Post a Comment