Karnival Buku Keningau. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya, ada juga karnival buku diadakan di daerah tercinta saya ini. Tahniah buat semua penganjur: DBP di bawah Sandapak Enterprise, Perpustakaan Wilayah Keningau dan penganjur lain. Tahniah juga buat PTS Media Group yang turut serta dalam Karnival Buku Keningau 2017 .
Rindu dengan bau dan atmosfera ini. Siap saja RPH tengahari tadi, terus bersiap. Sampai tapak karnival, orang tidak ramai tapi tidak juga sunyi sepi. Biarpun bilangan yang datang masih boleh dikira dengan jari, saya masih merasa meriah.
Esok hari perasmian, saya jangka akan lebih ramai pengunjung lagi. Kecewa juga, tuan Bahruddin Bekri tidak turun ke karnival ini. Insya-Allah mahu bergambar dengan Pak Latif.
Hasrat mahu berada di karnival ini sepanjang seminggu. Mengikuti bual bual bicara mana yang sempat lepas balik kerja. Tiba-tiba saya hargai sangat, masih single dan kerja cikgu...hehehe! Kena pula masa ABC, memang cun sangatlah. Syukur Alhamdulillah. Bahagia jiwa. Dapatlah berlama-lama di karnival ini tanpa resah.
Kecewa juga dengan harga dan buku yang ditawarkan. Kalau dijual ikut pakej, RM50 3 buah buku misalnya, pasti pembeli akan teruja. Sayang, tiada pakej begitu ditawarkan. Buku-buku yang ada, tidak banyak pilihan tapi masih berbaloi dan sedap. Ada reruai buku Fixi dan Thukul Cetak. Buku haram pun ada...'wink'. Nazi Goreng. Buku Komunis pun ada. Manifesto Komunis. Keehoi! Siapa tahu esok-esok mereka tawarkan buku dengan harga pakej, dalam otak sudah tersedia buku pilihan.

Sempat rembat empat buah buku. Paling gembira, bila jumpa buku Senjakala. Biarpun cover baharu dan terbitan 2015, sudah cukup buat saya senyum bulan sabit.
Harapan saya agar karnival ini diteruskan lagi tahun depan atau paling kurang 2 tahun sekali. Mungkin...betapa saya mahu menjadi salah seorang sukarela di karnival ini. Pergh! Tak padan dengan tua...hahaha!
Bah orang Keningau. Mari kita kasi ramai.
Bah orang Keningau. Mari kita kasi ramai.
No comments:
Post a Comment