Thursday, May 5, 2011

Daerah Jaya: Lambaianmu Menggamit Jiwa (episod 1)

Teringat kepada kisah hampir 4 tahun yang lalu,  ketika aku baru sampai ke satu daerah asing sebelum Sampai ke Daerah Jaya,  tempat yang aku ingin tuju dan bermastautin di situ.   kini kenangan itu begitu menggamit jiwa.   benar kata orang perjalanan ke Daerah Jaya bukan mudah,  perlu melalui jalan berliku,  menempuh onak dan duri,  bukit-bukau,  lurah dan jurang yang menakutkan malah berbahaya.   andai saja tidak punya kekuatan diri,  sudah pasti kita akan tersesat kerana berlikunya jalan,  sudah pasti terluka kerana perjalanan itu punya onak dan duri dan sudah pasti terjatuh kerana ia penuh dengan bukit-bukau dan jurang yang dalam.   atau paling tidak,  ketakutan pasti datang kerana perjalanan itu punya bermacam-macam rintangan yang menakutkan,  atau paling tidak kita tidak dapat bertahan kerana perjalanan itu begitu memenatkan kerana terlalu banyak bukit-bukau yang perlu di daki.

Daerah Asing:  tempat bermula segala kisah....

Hari pertama di daerah asing,  aku bertatih menempuh likunya jalan.  lalu aku menemukan beberapa manusia yang turut asing di mataku.   bukan asing kerana mereka berasal dari planet lain,  mereka juga manusia sepertiku.  asing kerana seumur hidupku aku belum pernah menemukan mereka.   yang pasti mereka juga punya matlamat yang sama sepertiku,  mahu ke Daerah Jaya.  

"Kamu juga mahu ke daerah Jaya?"
"Ya,  aku mahu ke sana"
"Kamu juga mahu ke sana?"
"Ya,  aku mahu ke sana."
"Jadi matlamat kita sama".

Aku tersenyum lewat perbualan singkat dengan salah seorang manusia asing itu,  lalu aku menghulurkan tangan tanda perkenalan.   Wujud satu ukhuwah.   Sempat aku melirik kepada kelompok manusia asing lain,  cuma saja ketika itu aku masih belum punya kesempatan bertegur sapa dengan mereka.  Hari itu,  perjalanan berliku itu kami tempuh bersama walaupun belum saling mengenali.   Perjalanan hari itu diuji dengan beberapa rintangan.  Sungguhpun begitu,  rintangan itu tetap dilalui dengan kerjasama.

Perjalanan ke daerah jaya begitu lama.   Terlalu banyak lurah dan jurang sudah kami turuni,  dan bengkang-bengkoknya jalan sudah kami tempuhi,  perjalanan yang lama itu membuat ukhuwah semakin erat.  Manusia-manusia asing itu semakin tidak asing lagi di mataku.   Sudah ada bibit kemesraan namun masih berhati-hati.   Takut nanti tersalah sangka,  takut nanti tersalah bicara,  pasti pergaduhan tercetus;  merosakkan ukhuwah yang mula bertunas.   Perjalanan ke daerah Jaya yang perit itu menyaksikan beberapa teman asingku tidak mampu bertahan.   Mereka tewas di pertengahan jalan.   Kami tidak mampu berbuat apa-apa.   Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.   Lalu kami meneruskan perjalanan menuju ke daerah Jaya.

Hari demi hari,  perjalanan menuju ke daerah Jaya semakin berliku,  lurah semakin sempit jurang pula semakin dalam.  Semakin hari perjalanan itu semakin menakutkan.   Sehinggakan beberapa lagi teman tewas dengan halangan daerah asing itu.   Lalu sekali lagi,  mereka kami tinggalkan kerana tidak mampu berbuat apa-apa.   Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.   Kini,  hanya tinggal kami seramai 18 orang.  Begitu yang ku peroleh setelah membilang.   Bilangan sedikit ini dan dengan perjalanan yang semakin menyusahkan membuatkan ukhuwah kami semakin erat,  ukhuwah yang terbina sudah berputik subur.  Sudah ada bibit-bibit kepercayaan.

Perjalanan diteruskan,  kami sampai ke satu jurang paling dalam dari jurang-jurang sebelum ini.  Sehinggakan aku sendiri begitu takut,  merasa begitu lemas bila melihat jurang itu.   aku tidak yakin yang aku mampu untuk turun ke jurang itu.   Aku takut tergelincir.   teman2 asingku pun merasakan hal yang sama,  masing-masing merasa begitu lemas,  rimas dan takut dengan bahaya yang menanti di jurang yang sangat dalam itu.   Namun,  kami tidak punya pilihan lain,  berundur pun tidak berguna kerana untuk kembali ke simpang depan sebelum masuk ke daerah asing,  kami perlu melalui lurah,  jurang dan liku-liku jalan yang penuh onak dan duri.   Bermakna perjalanan balik juga  bukan mudah.   Mahu tidak mahu bersandarkan kekuatan azam,  kekuatan rohani dan fizikal serta semangat kerjasama yang erat,  jurang itu kami tempuh.  Benar maha benar,  perjalanan menuruni jurang itu bukan mudah.  Begitu lama masa yang kami tempuh untuk sampai ke bawah.  Syukur,  akhinya setelah 3 bulan,  kami berjaya turun ke jurang itu dengan selamat.  

Setelah menuruni jurang yang dalam,  halangan seterusnya menunggu.  Di hadapan,  aku lihat sudah terpacak bukit-bukau yang perlu aku daki bersama teman-teman asing yang kini sudah rapat.   Ada rengusan kedengaran,  ada hela nafas yang tercungap-cungap,  ada keluhan yang merintih.   Aku juga sama merengus,  sama menghela nafas tercungap-tercungap dan sama merintih dalam keluhan.   Kepenatan terasa sehingga ke dalam tulang-tulang.   Kepala terasa sakit yang amat.  Kaki terasa seperti hendak tercabut dari badan,  tangan sudah tidak bermaya untuk terus bergantung.   Aku semakin lemah,  begitu juga teman-teman lain.   Namun,   sekali lagi azam,  semangat,  kekuatan dan keyakinan menggunung menyelamatkan aku dan kami dari kealpaan kerana kesakitan yang ditanggung.   Sekali lagi kerjasama erat antara kami turut jadi penyelamat keadaan.  

"sabarlah,  tinggal 3 bukit di depan itu lagi".
"benarkah sahabat?"
"Ya,  benar sahabatku".
"Tapi kakiku sakit"
"Ya,  aku juga"
"kepalaku juga sakit"
"Ya,  aku juga"
"Tanganku juga sakit,  lihat tanganku serta kakiku sudah berkematu"
"kasihan kamu sahabatku,  tapi aku juga seperti kamu"
"benarkah sahabat?"
"Ya,  mahu lihat kematuku?"
"Ya,"
"kamu juga kasihan sahabat".
"Ya,  kita sama-sama berkematu di tangan dan di kaki". 
"Sabarlah sahabat,  sekejap saja lagi apabila kita berjaya sampai di puncak bukit ketiga itu,  kita akan dapat melihat daerah Jaya."
"benarkah sahabat?"
"Benar".
" Kau pernah ke sana sahabat?"
"Tidak,  tapi itulah kata orang yang sudah sampai di sana".
"Benarkah sahabat?"
"Yakinlah sahabat"
"aku yakin".
"Ya,  aku juga Yakin.  mari kita teruskan pendakian"

Pendakian itu terlalu memenatkan.   Hampir saja aku tergelincir.   bukan saja aku,  malah sahabat lain juga begitu.   Berhati-hati mendaki,  takut terjatuh.   Syukur saja kami sentiasa bekerjasama.  Jadi aku yakin kalau aku jatuh,  ada sahabat yang akan menolongku.   Aku juga akan menolong andai ada sahabatku yang jatuh.   Ya,  mereka ini telah menjadi sahabat.  Padahal dulu mereka cuma manusia asing,  yang kini menjadi teman dan menjadi sahabat.  

Pendakian bukit pertama berjaya dilalui,  dan kini kami meneruskan pendakian bukit yang ke kedua.   Pendakiannnya juga menyiksakan.   Ada masanya kakiku tersadung akar dan batu,  lalu aku terjatuh,  kadang-kadang tersembam;  lalu ada luka kecil.  Sakit terasa namun masih bisa ku tahan.  Aku pasti sahabat lain juga sudah mengalami luka kecil.  Namun kesakitan itu sudah biasa ku tanggung dan aku yakin sahabat lain juga sudah biasa menahan kesakitan itu.   Akhirnya,  kami berjaya sampai di puncak bukit kedua.  

Setelah berehat beberapa lama,  menghilangkan penat lelah mendaki bukit satu dan dua,  aku dan sahabat meneruskan pendakian bukit ketiga.   kali ini dengan semangat yang membara.  Pendakian bukit ketiga adalah yang paling getir sekali,  bukitnya begitu curam sekali,  batuan yang ada begitu tajam,  amat menyakitkan,  terasa mencengkam di tapak kaki walaupun punya alas.   Ada duri yang sakitnya bisa sekali jika terkena kulit.   Ah...persetankan semua itu,  aku sudah tidak boleh berundur,  sahabatku juga.  Getir semacam mana pun,  aku dan sabahat perlu melaluinya.   Luka-luka di kaki dan tangan semakin banyak,  peluh sudah mengalir,  menerbitkan bau asam tanda betapa keras usaha pendakian itu,  darah juga sudah ada yang mengalir menunjukkan betapa kerasnya perjalanan pendakian itu,  'tidak apa'...begitu pujukan hati.  Ku kira sahabat-sahabatku juga memujuk hati mereka dengan ungkapan itu.  Tidak disuarakan dalam bentuk percakapan tapi dizahirkan dengan riak wajah,  hanya mampu bermonolog dalaman.   Tapi wajah itu sudah cukup untuk aku memahami maksud tersiratnya.  Wajah aku dan wajah sahabat masih senyum.   sungguhpun kepala yang sakit seperti mahu pecah.  perit menahan sakit yang azab.  

Kesakitan itu terbalas apabila aku dan sahabat sampai di puncak bukit ketiga.   Terasa sedikit kelegaan setelah menempuh pendakian gila.  Air mata bergenang.  Ada senyum terukir di bibir.  Meskipun senyuman itu kelihatan suku sahaja,  'senyum suku' begitu yang aku labelkan kerana senyuman itu belum mampu melebar.   Namun senyum suku itu sudah ada rasa bahagia.   Dari atas puncak bukit ketiga itu,  aku lihat ada suasana mendamaikan di bawah sana,  ada panorama indah,  ada warna-warna cantik.  Aku kagum,  aku terpana seketika.  Hati menguntum senyum meskipun hanya 'senyum suku'.  Ada lantunan hati mengucap rasa syukur tak terhingga kepada tuhan.   Air mata yang bergenang tadi kini gugur mengalir di pipi.   Ku lihat sahabat ku juga begitu.   Air mata syukur.   Sungguhpun ada satu halangan lagi,   iaitu menuruni bukit ketiga.   Perjalanan menuruni bukit ketiga bukan mudah.   Ada lurah sempit tetapi sangat dalam untuk ditempuh.   Silap langkah,  maut menanti.  Perjalanan itu harus ditempuh dengan penuh berhati-hati.   Langkah perlu diatur.   Kerana kali ini,  lurah ini begitu sempit,  tapi dalam.  Perlu berjalan seorang demi seorang,    kerana masing-masing perlu memberi sepenuh perhatian pada setiap langkah.   Dari atas puncak,  ku dengar daerah Jaya seperti memanggil-manggil namaku,  kukira sahabatku juga mendengar nama mereka dipanggil-panggil dari bawah.  Dari atas puncak,  ku lihat daerah jaya melambai-lambai aku dan juga sahabatku,  menggamit aku dan kami untuk turun ke bawah.  Dari atas puncak,  aku dan sahabat melambai-lambai daerah Jaya.   Tunggu daerah Jaya,  sekejap lagi aku,  juga sahabatku akan turun ke bawah.




Tuesday, May 3, 2011

SenYum SuKu

Hari rasanya aku sudah boleh senyum suku,  kerana beban yang aku galas selama 4 tahun sudah makin kurang beratnya,  paksi yang dulunya condong sudah hampir tegak.   Aku sudah boleh tersenyum suku hari ini sebab latihan mengajar selama 3 bulan di SMK keningau II sudah pun berkahir jumaat kepas,  dan hari in aku dan kami PLUMS HT17 Keningau sudah selesai menduduki kertas kedua Peperiksaan Sem Akhir.   Aku akan tersenyum semi apabila aku selesai menduduki kertas akhir pada 12hb nanti,   dan yang paling membahagiakan; aku akan tersenyum lebar apabila aku sudah menyiapkan dan menjilid tesis atau PSMP ku yang datelinenya pada 27 Meii 2011.  tapi untuk hari ini,  aku layak untuk tersenyum suku.

Monday, April 11, 2011

Besok...My TuesDaY Blues

Bsk ada pemantauan dari PPD keningau.   Alhamdulillah fail2 sudahku siapkan.   Samada lengkap atau tidak itu aku tidak tahu,  yang aku tahu aku sudah sedaya upaya melengkapkan failku dengan isi yang sepatutnya ada dalam fail panitia.   Fail KSSR juga sda kusiapkan,  terima kasih buat kawanku Jue,  atas tunjuk ajar kamu.   KSSR...bagiku pendedahan sikit tapi kerja melangit.  Tapi tidak apalah,  benda baru memang susah sedikitkan...lama2 nanti bila sudah biasa...KSSR akan jadi senang juga!   besok nda boleh la happy2 ngan kawan2 di sekolah,  nda boleh lepak sama2 time free...memang besok aku akan jadi BLUES...nah...sebut pasal Blues tetiba teringat cerita "aku hidup dalam blues" dalam majalah ujang lama dulu...pasne aku mo korek koleksi lama...mo baca...tiba2 teringin pula mo baca...pengaruh dari perasaan aku la ne...tgh blues!!!   Sebenarnya aku bukanlah takut hendak dipantau...tidak takut pun,  malah besok kalau aku bakal dimarahi aku akan terima dengan hati terbuka walaupun mesti sedih gila lepas tu...alah dua tiga hari nanti hilang la rasa sedih tu...hehehe!! aku nda sabar mo tgu pagi,  nda sabar mo pegi sekolah...supaya hal pemantauan ne cepat berlalu...sebab aku ada banyak lagi perkara yang menuntut perhatianku...mana lagi RPH,  praktikumku dan RPH untuk LM,  mana lagi PSMP(tesis) mana lagi assignment geografiku...semua menuntut perhatian serius dariku...kalau saja aku punya kuasa mcm ahli sihir,  dengan hanya memicit hidungku saja maka segala assignment,  tesis, RPH ku siap dan selesai,  alangkah bagusnya,  atau mungkin jika aku punya poket macam si doraemon yang ada banyak alat yang boleh menyelesaikan masalah atau lebih best lagi kalau pintu ke mana-mana si doraemon itu boleh ku pinjam,  misti paling best sebab aku boleh guna pintu itu untuk ke mana saja yang aku mahu,  seperti contoh..boleh ke sipitang tengok sunset di esplanade yang cantik dan damai itu...atau bila aku teringin makan donut big apple aku boleh pergi ke 1b makan donut di situ....hehehe....angan2 yang amat mustahil. semoga saja kesibukan ini cepat berlalu....This HeCtiC is Killin' me.....!! yai...bikin bukan alang2 bikin takut...! blog off...

Saturday, April 9, 2011

bila kebenaran tiba...

aduh...malam ne aku rasa macam sedih betul.   aku dapat tahu tentang sesuatu.   sesuatu yang aku tahu itu merupakan kebenaran yang menyakitkankan.  menjawab segala persoalanku selama ini.   memang benar,  adakalanya kebenaran itu menyakitkan.   tapi sebagai manusia yang berani,  aku perlu hadapi dengan redha.  sepertimana lazimnya aku,  menerima ketentuan,  qada dan qadar yang Allah telah tentukan untukku dengan qanaah dan istiqamah.   kadang-kadang timbul juga pertanyaan dalam relung hati sensitifku,  " kenapa ya,  nasibku begini...ah...kenapa mempersoalkan nasib diri,  itu yang aku jawab pada hatiku bila saja pertanyaan itu menjengah sekejap dalam lubuk hati.  moga saja aku bisa menemukan kebahagian itu.   dan kalau aku tidak menemukannya di sini,  aku tahu Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih baik untukku. 

Wednesday, March 23, 2011

Wow....Offer Baek Punya!!!

Wow...hr ne masa aku mo buat entry baru...something new appear di New Post...intresting sgt...update and improve....!!! i like....

Wow...hr ne juga aku suprise sangat...hehehe...aku dapat offer baek punya dari seorang murid tahun 4.   masa dia bagi offer itu,  aku mo ketawa tapi takut dia kecil hati,  jadi aku ketawa dalam hati.  Lucu dan kasihan...itulah perasaan aku masa dia bagi offer baek punya itu.   sampai-sampai aku tidak tidak sabar untuk menulis kisah itu di blog kesayanganku ini.  serius aku terkejut bila muridku itu berkata begitu pada aku,  tak sangka kata-kata itu keluar dari mulutnya... hahaha....

Murid        :  Ustazah,  bolehkah ustazah jangan kahwin
                    dulu?
Aku           : (tekejut...dengan permintaan yang tidak
                    disangka) kenapa pla??
Murid         :  Tunggu abang saya habis belajar dulu di 
                     Universiti,  saya sayang betul sama ustazah.  
Aku            :   Siapa juga abang kamu ne?
Murid         :  Abang Sahril....saya suka betul kalau ustazah  
                     kahwin dengan abang saya...
Aku          :   (tekejut lagi) Ika...ustazah nda boleh kahwin  
                     sama abang kamu,  sebab abang kamu
                     tu bekas anak murid ustazah.
Murid      :     (Tekejut...aku dapat perhatikan dari riak
                      wajahnya):Ya ka ustazah??
Aku         :     ia lah....nda pa la Ika,  abang kamu ada sdh
                     girlfriend di U,  mudah2an dia dapat girlfriend
                     yang baik.

Perbualan kami terhenti di situ,   masa untuk kelas tahun 4 telah habis.   Aku tidak tahu apa yang ada dalam kepala otak muridku itu.  Bagi aku ia satu permintaan yang agak gila.   Semestinya permintaan itu tidak akan dan tidak akan pernah aku terima, apalagi memakbulkan permintaan gila itu.

Saturday, March 19, 2011

The Smurfs...Katun Classic Zaman Budak2

Wah...ptg ne aku buka tv3 dan...aku teruja sebab katun yang yang ditayangkan adalah katun zaman aku kanak2ku dulu...katun yang menjadi kegilaan kami adik beradik2. Ia Betul2 menggamit memori zaman kanak-kanakku.
The Smurfs...katun cendawan...nda silap aku sebelum cuti sekolah hari tu aku ada teringat katun ini, sebabnya ia mengingatkan aku wajah seorang murid kami yang namanya "titus". Aku, setiap kali nampak si "Titus", pasti teringatkan katun ini, cuma saja aku lupa tajuknya, yang aku paling ingat ia mengisahkan tentang cendawan.....hahaha...rupanya tajuk katun itu "The Smurfs".
..."This classic cartoon series revolves around the everyday edventures of the lovable little blue smurfs in their enchanted forest...." ini info yang tertulis bila aku menekan butang info pada remote control astro...hihihi...

Friday, March 18, 2011

Gila Pen

Siri kegilaanku terhadap datang lagi, hari ini aku beli pen lagi, padahal pen yang aku beli 2 minggu yang lalu belum habis lagi. Tapi pen yang ini memang dah lama aku idamkan, cuma belum punya kesempatan membelinya saja. Nah...hari ini aku langsaikan hajat hati yang sudah lama menginginkan pen itu. Sebenarnya aku ternampak dan terpinjam pen dari seorang rakan sekuliahku (Mar), dan aku yang sememangnya seorang yang pantang ternampak pen yang best tanpa segan silu terus bertanya di mana dia membeli pen itu, di "Evergreen" itu jawapan rakanku itu. Wah aku yang mendengarnya, rasa ingin terus terbang ke Evergreen waktu itu juga. Nasiblah waktu itu, aku ada kelas dan kalau hendak pergi selepas kelas pun, Evergreen sudah tutup. Sudahnya aku terpaksa menahan keinginan itu. Yang paling parah, aku terpaksa memendam perasaan untuk membeli pen itu sehingga terjeruk dalam relung hatiku sebulan lamanya, dan hari ini adalah pelampiasan kepada dendam hati untuk membeli pen itu. Selain itu, aku juga turut membeli satu batang pen lagi, yang ini aku ternampak kawan sekerjaku (Julia) menggunakan pen itu, dan aku terus terpikat, sempat bertanya di mana dia membeli pen itu sebelum cuti sekolah, tapi aku lupa di mana tempat dia membelinya. Tapi yang bestnya aku ternampak pen itu di Evergreen dan aku terus mencekau pen itu, walau sebatang cuma. Yang penting aku ada koleksi itu. hehehe!!! Aku juga turut membeli pen papermate yang seperti bentuk lazimnya(aku rasa semua kenal pen jenama paper:mate, ingat saja iklannya di TV, "kilometrico...dan aku sure korang mesti dapat menggambarkan figure pen itu), tapi yang ini di dalam 1 pek yang mengandungi 5 batang dengan pilihan warna yang berbeza, nice colour...hijau, Biru(Cyan), Pink(Magenta), Oren(Jingga) dan Ungu(Violet). (gambarnya aku malas nak upload). Kadang-kadang aku terfikir, hobiku ini hanya membazir saja, tapi keinginan melebihi segalanya...hahaha. Syukur saja pen2 ini tidak lah sampai berharga puluhan ringgit apalagi ratusan ringgit. emm...aku nak tanya diri sendiri...monolog dalaman. " kalau ada pen yang best dan harganya sampai puluhan atau ratusan ringgit, adakah aku akan membelinya....??? tunggu dulu sehingga aku berjumpa dengan pen itu, dan persoalan itu akan terjawab....hehehe....


BUNCHO FINE-TECH RM2.40



Paper:Mate Gel 300 0.5 & 0.7 RM1.90



















Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...