Monday, April 11, 2016
Friday, April 8, 2016
Tuah
Alhamdulillah. Segala puji hanya padaMu, Ya! Allah.
Kisahnya...
Hari ini, barulah aku ambil barang daripada poslaju. Kelmarin tidak bawa mesej no. tracking daripada Poslaju. Rabu lepas, sekitar jam 6.30 pm, aku dapat mesej daripada poslaju untuk tuntut barang. Agak hairan, kerana aku tidak memesan buku lagi dalam bulan ini. Aku ingatkan kad kredit. Tapi waktu pegang bungkusan, aku dapat rasa macam buku. Demi melihat resit, aku terus tahu. Itu buku daripada Studio Anai-anai.
Bermakna, surat yang aku kirim , 2 Februari lepas diterima. Gembira gila. Bahagia gila. Aku ingatkan, surat aku sudah ditolak kerana langsung tiada balasan e-mail daripada Abang Jimi Studio Anai-anai. Ini memang satu kejutan buat aku.
Terima Kasih, Abang Jimi. Terima Kasih Studio Anai-anai.
P/s: Tuah ayam nampak dikakiku.
Monday, March 21, 2016
Bulan Buku: Mac 2016
Buku Pak Samad sudah sampai. Terima kasih Allah, atas kurnia rezeki. Tertarik pada tajuknya. Lagi-lagi ini karya Pak Samad. Aku menaruh harapan tinggi pada naratifnya. Sampai nanti aku dapat merasa indahnya langit petang.
P/s: Yang dibilang cinta buatku, tidak sama dibilang cinta buatmu. Manakan sama.
P/s: Yang dibilang cinta buatku, tidak sama dibilang cinta buatmu. Manakan sama.
Tuesday, March 15, 2016
Monday, March 7, 2016
Wednesday, March 2, 2016
Bulan Buku: Mac 2016
Baru ada kesempatan menulis entri fasal buku. Oleh kerana sudah Mac, jadi buku ini akan aku jadikan buku bulan Mac.
Alhamdulillah. Buku baharu RAM sudah jadi milik. Buku ini sampai ke tangan pada tarikh lejen. 29.02.2016. Empat tahun lagi baru akan ketemu tarikh ini. Paling signifiken, ia akan jatuh pada tahun 2020. Kata Nini, ini hadiah buat aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dimeja kopimu
Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...
-
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...













