Thursday, April 23, 2020

Sejarah C-19

Hari ke-37 Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18.03.2020 dan hari ke-9 Fasa 3. Tidak dapat tidak, saya akhirnya naikkan juga entri panjang berkenaan Covid-19 atas dua sebab. Sebab pertama, esok 1 Ramadan 1441H. Sebuah Ramadan bersejarah yang pasti akan dikenang selamanya oleh generasi hidup 2020. Tiada Solat Terawih di masjid. Tiada baazar. Solat Jumaat sudah sebulan terpaksa ditangguhkan. Sebab kedua, PKP 4 dilanjutkan bermula 29.04.2020 hingga 12. 05.2020. Kemungkinan besar, Aidilfitri juga dalam tempoh PKP 5.

Siapa sangka akan berlaku pandemik disebabkan Corona Virus dari Wuhan, China.  Satu dunia mengalaminya. Kehidupan normal seolah terhenti setakat 17.03.2020 buat rakyat Malaysia. Ah! Ini bukan waktu untuk menyalahkan mana-mana pihak. Pasti Allah telah menjanjikan sebuah hikmah besar buat dunia dan dan orang-orang yang sabar. Hikmah itu sudah terlihat satu persatu dalam kluster tersendiri. Terpulang kita mencari dan merasai nikmat dari hikmah yang kian terhidang. Hampir setiap hari sebenarnya. Saya juga sedang belajar meningkatkan darjat sabar. 

Malas hendak panjangkan tulisan. Entri ini pun saya tulis untuk kenangan tahun mendatang. Takkanlah saya nak teriak macam Fazura dalam filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia":

"Arrgghh...aku sunyi"
Memang taklah....cing! 

Ramadan Kareem, 1441 Hijrah. Malam 1 Ramadan.


Bulan tidak pernah lupa tersenyum

Sepanjang cintanya pada malam, bulan tidak pernah lupa tersenyum.

Malam ini, aku bakalan jatuh cinta lagi
kali sejuta pada bulan. Aku selalu rindu...senyuman rahmat itu.

Moga surat cintaku sampai pada bulan.

Ramadan Kareem

Monday, April 6, 2020

Paksalah

Jika dicari masa...
Masa akan hilang
seperti semut hitam di malam yang kelam
penuh zulmat
Akhir zaman...
seminit itu seperti satu saat
Sahabat yang saya sayang kerana Allah...
Paksalah...paksalah...paksalah diri
solat dan menutup aurat
Paksalah...paksalah...paksalah diri
belajar Al-Quran
Kadang-kadang kita ini
selalu meratib zikir alasan


Sunday, March 29, 2020

Perubahan

Setelah sekian lama...saya tukar kulit, latar, tulisan dalam blog. Moga2 saya rajin tinggalkan jejak di sini. Sejak covid-19 melanda dunia hingga jadi pandemik, rasa saya...semacam wujud satu syndrom baru dalam sikap manusia. Malaslah saya hendak mengulas apa syndrom itu. Takut jadi fitnah. Apa yang boleh saya simpulkan, semua orang sedang dalam fasa menerima perubahan dari rutin hidup sebelumnya. Doa saya, semoga perubahan itu kearah kebaikan demi reda Allah semata-mata. 

#stayhome
#kitajagakita




Kenangan itu Kerinduan

Kata Malsiel:

Ratu katakan padaku
kalau ia masa lalu
kenapa saat ketemu
debarnya masih laju?

Jawapan saya:

Itu kerana hatimu...
Masih menyimpan masa lalu
tidak mahu berdamai dengan masa lalu
dan yang terpenting dari segala egois hatimu
kerana...
kenangan itu kerinduan


Bangang Abadi

Serius...rindu menulis di sini. Atas sebab bangang abadi yang tak terpisahkan, saya tidak dapat masuk dalam blog sendiri. Alhamdulillah...hari ini, berjaya juga recover...cing!

Monday, August 26, 2019

Maaf

Sudah setahun sejak kali terakhir menaik entri.  Maaf blog, saya mungkir janji untuk tetap setia menulis di sini. Maaf kerana saya malas menjenguk ke sini. Padahal kita sudah janjian untuk kekal akrab biar socmed lain lebih mendominasi. Maaf kerana saya gagal memesrai kamu. 

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...