Friday, September 30, 2016
Tuesday, September 20, 2016
Jawapan
Terjawab sudah.
Titik dan noktah.
Nah, benar kata firasat hati.
Ah, bukan kau tidak biasa.
Sudahlah.
Pergi saja.
Tuesday, August 30, 2016
Bulan Buku: Ogos 2016
Tidak boleh tidak, hari ini kena juga beli buku. Lusa sudah bulan September. Tidak mahu terlepas bulan lagi, macam Jun lepas. Kalau tidak, rosak bulan buku 2016 aku. Jadi, inilah buku pilihan aku. Buku untuk bulan Ogos.
P/s: Sebenarnya, aku nak beli buku Andrea Hirata. Padang Bulan tajuknya. Sejak 13. Julai lepas, tapi sampai sekarang aku tak bank-in lagi ke akaun Maybank budak hijau, si Khair Zawawi. Alahai. Bulan depan, bermaksud lusa, aku mesti beli buku, Padang Bulan(Andrea Hirata) dan Negeri Para Bedebah(Tere Liye), insya-Allah.
Sunday, August 21, 2016
Olimpik Rio 2016: Tahniah Malaysia.
Sebagai peminat sukan badminton entri ini harus aku tulis. Hanya untuk aku kenang. 2020 nanti kelibat mereka sebagai atlit badminton dunia sudah tiada lagi. Sudah sebagai jurulatih barangkali. Jadi, aku perlu abadikan kenangan ini di sini.
Tidak apa Lee Chong Wei. Tripple Perak Olimpik(2008, 2012, 2016) dalam sukan Badminton. Tahniah. Emas atau Perak, kami tetap berbangga. Tiada rezeki kalungan emas. Tahun ini, aku lihat DLCW, reda dengan kemenangan pingat perak. Mungkin kerana dia sudah berjaya menewaskan Lin Dan pada semi-final. Dan, dia tahu, dia sudah buat segala yang termampu untuk emas. Tapi, takdir dan rezeki hanyalah Perak.
Tahniah buat semua atlet Olimpik Malaysia. 4 perak, 1 gangsa. Badminton 3, Terjun Seirama 1, Keirin 1.
![]() |
| Kredit: Astro Arena Badminton Men's Single Final Victory Ceremony Olimpik Rio 2016 |
![]() |
| Pingat Perak Tahniah DLCW. Tripple Silver 2008, 2012, 2016 |
![]() |
| Tangisan Jaguh. Tidak apa Chong Wei. Anda tetap juara kami. |
![]() |
| Kredit: trendingmalaya.blogspot.com Dua Jaguh Badminton Dunia |
![]() |
| Lee Chong Wei menang di semi-final. Tiga set 15-21, 21 ![]() |
Kredit: diambil dari FB.
Lagenda jaguh badminton dunia
Perseorangan Lelaki.
![]() |
| The Legend. |
P/s: dulu, aku paling suka tengok aksi perlawanan antara Taufik Hidayat vs Lin Dan, dua-dua dengan jumping smash sebagai killer. Cai Yun dan Fu Hai Feng vs Markis Kido dan Hendra Setiawan, tengok mereka lawan, tak nampak bulu tangkis pasal cepat sangat, speed, space, smash(3S). Pernah tengok perlawanan antara Cheah Soon Kit vs Rexy Mainaki dan Ricky Subagja Olimpik Atlanta 1996. Masa itu, format kiraan 15 mata. Teringat zaman gondrongku.....aiyaks!!!
Wednesday, August 3, 2016
Takut
Ada orang yang hemat hidupnya cuma mahu mempertahan ketuanan. Takut benar ketuanannya tergugat. Lalu, dalam apa cara, dia menghalalkan tingkah. Asal menang.
P/s: sorok makan petai, ketahuan juga kalau kau kencing dalam tandas dan orang yang masuk tandas lepas kau; ialah aku.
P/s: sorok makan petai, ketahuan juga kalau kau kencing dalam tandas dan orang yang masuk tandas lepas kau; ialah aku.
Friday, July 15, 2016
Thursday, July 7, 2016
Bodoh
Aku marah betul dengan diri sendiri. Bangang abadi. Baik, cukuplah sampai setakat ini. Cukuplah menjadi bodoh. Adios, bodoh!
Curang dan penipu. Kombinasi hebat. Bodoh betul aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dimeja kopimu
Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...
-
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...












