Thursday, October 27, 2016

Bulan Buku: Oktober 2016

Ini buku bulan oktober. 10 hari tunggu barulah sampai ketangan aku. Ada sebab aku beli buku ini. Pertama: Aku beli buku ini sebab Cukong Press buat lelong. RM10 sebuah. Kedua: Juga setelah baca review pembaca. Kata pembaca itu, dia beli sebab cover rare dan jalan cerita yang agak bagus(aku pilih review yang pandai bikin cerita). Aku setuju cover agak rare. Warna merah jambu. Perempuan pegang senapang pakai baju kurung sangat cun. Aksi begini cuma boleh dilihat di Palestine. Kalau di Malaysia pula, masa zaman menentang penjajah. Ketiga: Lagi pula, buku ini buku penulis Awek Chuck Taylor. Buku itukan agak dikenali. Aku belum pernah baca lagi semua buku-buku dia.  


Dekat Poslaju, punyalah ramai orang. Saved by the bell, ada adik duduk sebelah aku bagi nombor dia dekat aku. Nombor adik itu, 132. Nombor aku 147. Nombor yang dipanggil 101.(Kau nampak). Sudahlah masa menunggu itu, aku rasa nak berak. Dalam pada menahan rasa hendak berak, aku bertindak memberi nombor aku dengan orang yang duduk sebelah aku setelah melihat nombor dia, 154. Aku tidak tahu, kalau mamat itu pula, bertindak memberi nombor dia pada orang yang nombornya 167. Heeeee....!

Masa ambil barang dekat kaunter, boleh pula awek poslaju tersalah bagi barang. Alasan dia, nombor tracking sama(4 digit terakhir)dengan orang sebelum giliran aku(4Patutlah awek poslaju itu ada sebut atas nama Siti Saleha(dia tanya dengan orang sebelum aku, masa itu aku tengah duduk atas kerusi tunggu nombor giliran, aku sangka, kami punya nama yang sama). Nasib baik aku perasan bila sentuh bungkusan(masa ini sebenarnya, aku baru selangkah keluar dari pintu Poslaju). Tidak rasa seperti buku tapi macam barang-barang mekap. Cepat-cepat tengok resit .Terang dan nyata, dalam resit bukan tertera nama aku. Syukurlah boleh selesai tidak sampai setengah jam. Haiyalah!

Selamat bercuti 5 hari. Happy Dewale.

Saturday, October 15, 2016

Dia Itu Lucu Sekali

Manakan dapat kau pecahkan hatinya
Dia itu, hatinya; terbit dari gunung batu terkeras di dunia.
Dia itu lucu sekali,
Seantero dunia,
sudah dia tulis akan namanya
pada dinding sampai ke langit
Usah kau perebutkan lagi
Nanti suaranya bingit.
Dia itu lucu sekali
Takut benar hilang ketuanan.

Friday, September 30, 2016

Bulan Buku: September 2016

Ini buku bulan September. Buku idaman belum beli lagi. Nampaknya, terpaksa tunda ke bulan Oktober. Semoga saja Oktober sudi bersahabat dengan aku. Nyah saja segala malas. 



Tuesday, September 20, 2016

Jawapan

Terjawab sudah.
Titik dan noktah.
Nah, benar kata firasat hati.
Ah, bukan kau tidak biasa.

Sudahlah.
Pergi saja.

Tuesday, August 30, 2016

Bulan Buku: Ogos 2016

Tidak boleh tidak, hari ini kena juga beli buku. Lusa sudah bulan September. Tidak mahu terlepas bulan lagi, macam Jun lepas. Kalau tidak, rosak bulan buku 2016 aku. Jadi, inilah buku pilihan aku. Buku untuk bulan Ogos. 



P/s: Sebenarnya, aku nak beli buku Andrea Hirata. Padang Bulan tajuknya. Sejak 13. Julai lepas, tapi sampai sekarang aku tak bank-in lagi ke akaun Maybank budak hijau, si Khair Zawawi. Alahai. Bulan depan, bermaksud lusa, aku mesti beli buku, Padang Bulan(Andrea Hirata) dan Negeri Para Bedebah(Tere Liye), insya-Allah.

Sunday, August 21, 2016

Olimpik Rio 2016: Tahniah Malaysia.

Sebagai peminat sukan badminton entri ini harus aku tulis. Hanya untuk aku kenang. 2020 nanti kelibat mereka sebagai atlit badminton dunia sudah tiada lagi. Sudah sebagai jurulatih barangkali. Jadi, aku perlu abadikan kenangan ini di sini.


Tidak apa Lee Chong Wei. Tripple Perak Olimpik(2008, 2012, 2016) dalam sukan Badminton. Tahniah. Emas atau Perak, kami tetap berbangga. Tiada rezeki kalungan emas. Tahun ini, aku lihat DLCW, reda dengan kemenangan pingat perak. Mungkin kerana dia sudah berjaya menewaskan Lin Dan pada semi-final. Dan, dia tahu, dia sudah buat segala yang termampu untuk emas. Tapi, takdir dan rezeki hanyalah Perak. 


Tahniah buat semua atlet Olimpik Malaysia. 4 perak, 1 gangsa. Badminton 3, Terjun Seirama 1, Keirin 1. 

Kredit: Astro Arena
Badminton Men's Single Final
Victory Ceremony Olimpik Rio 2016
Pingat Perak
Tahniah DLCW.
Tripple Silver 2008, 2012, 2016
Tangisan Jaguh.
Tidak apa Chong Wei. Anda tetap juara kami.
Kredit: trendingmalaya.blogspot.com
Dua Jaguh Badminton Dunia
Lee Chong Wei menang di semi-final.
Tiga set
15-21, 21
Kredit: diambil dari FB.
Lagenda jaguh badminton dunia
Perseorangan Lelaki.
The Legend.

P/s: dulu, aku paling suka tengok aksi perlawanan antara Taufik Hidayat vs Lin Dan, dua-dua dengan jumping smash sebagai killer. Cai Yun dan Fu Hai Feng vs Markis Kido dan Hendra Setiawan, tengok mereka lawan, tak nampak bulu tangkis pasal cepat sangat, speed, space, smash(3S). Pernah tengok perlawanan antara Cheah Soon Kit vs Rexy Mainaki dan Ricky Subagja Olimpik Atlanta 1996. Masa itu, format kiraan 15 mata. Teringat zaman gondrongku.....aiyaks!!!



Wednesday, August 3, 2016

Takut

Ada orang yang hemat hidupnya cuma mahu mempertahan ketuanan. Takut benar ketuanannya tergugat. Lalu, dalam apa cara, dia menghalalkan tingkah. Asal menang. 

P/s: sorok makan petai, ketahuan juga kalau kau kencing dalam tandas dan orang yang masuk tandas lepas kau; ialah aku.

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...