Sunday, August 16, 2009

DEMI HATI

...malam ini terasa sungguh pilu dalam hatiku ini...payah sekali membendung perasaan ini. bercampur baur antara kelegaan dan kesedihan. kelegaan kerana akhirnya penantian untuk aku mengetahui status sebenar dirinya, kesedihan kerana hati ini sebenarnya mencintai dirinya tapi dia telah dimiliki. sedayanya aku cuba untuk membendung perasaan sedih ini, sedayanya aku cuba untuk tidak menangis kerana aku berjanji dengan seseorang agar tidak menangis, tapi sejauh mana hati wanitaku bisa bertahan...aku tidak tau. kerana di kala aku mencurahkan perasaan lewat blogku ini, aku benar2 rapuh. sedayanya aku cuba untuk menahan airmataku dari jatuh...aku sedih kerana aku telah mencintai insan yang tidak layak untuk aku cintai. aku terasa berdosa...tetapi demi tuhan aku tidak tahu status sebenar dirinya...apatah lagi dia merahsiakannya dariku...dua tahun lamanya...dia merahsiakan siapa sebenarnya dia.
kenapa aku selalu berdepan dengan situasi ini...mungkin ini pembalasan atas dosa yang telah aku lakukan...kalau inib bisa mengurangi dosa2ku, aku redha ya Allah. cuma aku memohon agar Kau ampunilah dosaku, sinarilah aku dengan cahaya kegembiraan. kerana sesungguhnya kala ini hatiku hiba sekali...aku dituduh sebagai wanita gatal yang mengacau hak orang lain. sedangkan demi Allah aku tidak pernah berniat begitu. aku tidak tahu cerita sebenar tentang dia. sehingga ke saat ini pun aku masih belum habis fikir, kenapa semua terjadi. fikiranhku buntu sebenarnya. aku benar2 terkilan...terkilan yang amat sangat.
andai saja aku tahu, sudah pasti lama dulu aku sudah menjauhkan diriku...sudah pasti hati ini tidak jauh terpesong sehingga membibitkan rasa cinta di hatiku...pedih sungguh rasanya bila orang yang benar2 kita percaya menipu kita. tergamam aku seketika bila kebenaran tiba. semoga saja semua kepiluan, kehibaan dan kesedihan ini akan cepat berlalu..semua ini mungkin salah diriku...dan atas itu aku mohon maaf padanya atas keterlanjuran mencintai dirinya...kemaafan juga ku pohonkan dari isterinya atas segalanya...kerana demi Allah aku benar2 tidak tahu.

2 comments:

  1. Kesabaran ketakwaan akan mententeramkan jiwa. Anggaplah ada hikmah yang seluas lautan dari Ilahi.Perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita. Pasti yang tulen melelahkan kepalsuan dan penipuan.

    ReplyDelete
  2. time kasih atas nasihat dr saudara. Hanya Iman Dan Taqwa yg dpt mententeramkan jiwa. Saya Redha atas apa yg berlaku...apapun tq ya

    ReplyDelete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...