TIPS INI AKU COPY DARI SAUDARA NORAZHAT@msi, AKU TERTARIK NGAN TIPS2 INI...HARAP BOLEH DIKONGSIKAN BUAT KAWAN2 YG FOLLOW BLOG AKU NIE...
1. KETIKA MENCARI CALON, Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak
kitaJanganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR, Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi
meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di
hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN, Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk
mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan
meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI keranamenyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA, Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak
manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA, Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui
tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG, Jangan saling berlepas tangan, tapi
sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak
anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing
100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM, Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka
lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG, Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia
mendampingikita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI, Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa
untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI, Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14. KETIKA MENDIDIK ANAK, Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah
orangtua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang
tua yang jujur kepada anak .
15. KETIKA ANAK BERMASALAH, Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak
mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar
oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS. Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran
No comments:
Post a Comment