Kelmarin aku meluangkan sedikit masaku menonton filem hindi "Hum Tum"...lakonan Rani Mukherji dan Saif Ali Khan. Sebenarnya bukanlah terlalu meluangkan masa, sebab tanganku ligat menulis RPH penuh(bermula dari Set Induksi hinggalah kepada Penutup) untuk LM. Jalan ceritanya agak menyeronokkan walaupun pada pendapatku ia masih berkisar seperti jalan cerita filem cinta lainnya yang endingnya sudah dapatku agak. Aku suka mengatakannya dengan menggunakan frasa ini, " typical love story". bagaimanapun, aku enjoy mengikuti filem ini. Kisah cinta di dalam filem ini mempunyai kronologi masa yang panjang untuk pasangan ini menyedari cinta mereka dan menemui cinta sejati.
Apa yang aku mahu ceritakan dalam entri kali ini adalah mengenai ayat/dialog Rani di dalam filem ini yang menarik perhatianku...
" kadang-kadang sekali pertemuan sudah mencukupi untuk menemui cinta sejati, kadang-kadang banyak pertemuan diperlukan barulah menemui cinta sejati"....
didasari kata-kata ini, aku suka untuk menulis title bagi entriku kali ini dengan...
"Misteri Pertemuan"
Setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perpisahan dimulai dengan pertemuan dan setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Begitu kata bijak pandai. satu kebenaran yang sangat nyata.
setiap hari kita bertemu dengan manusia atau orang, kadang-kadang tanpa kita duga. Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang sudah lama kita tidak jumpa, ia berlaku kepadaku, bertemu kembali dengan sahabat lamaku, semasa zaman remajaku di mana jarak waktunya adalah 19 tahun. walau di alam maya cuma, kredit harus diberikan kepada FB.
Terkadang kita bertemu dengan orang yang menyakitkan hati, yang menjengkelkan hati dan dan perasaan. Sehinggakan kita cukup muak, cuak dan benci sekali. Terkadang pula, kita bertemu dengan manusia sebaik-baik manusia sehinggakan kita sayang kepadanya, menghormatinya dan cukup menghargainya.
Kadang-kadang kita bertemu dengan manusia yang akan menghancurkan hidup kita, menyusahkan hidup kita sehinggakan kita ingin lari dari manusia itu sejauh mungkin. Kadang-kadang kita akan bertemu dengan manusia yang memudahkan kehidupan kita sehinggakan kita ingin dekat selalu kepadanya.
Sebab itu, aku suka untuk mengatakan ia adalah "misteri pertemuan"....
Jika kita memfokuskan pertemuan dengan soal jodoh dan cinta iaitu dalam erti kata mencari pasangan yang tepat, ayat ini ada kebenarannya yang tersendiri:
"kadang-kadang sekali pertemuan diperlukan untuk menemui cinta sejati, kadang-kadang banyak pertemuan diperlukan barulah menemui cinta sejati...". Aku teringat dengan kata-kata di dalam Filem "Cinta Kita" lakonan Sofea Jane...
" Cinta adalah kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
sekali lagi aku merasakan ada kebenaran bagi frasa ini. lalu aku cuba untuk menggabungkan kata-kata ini...
" kadang kala sekali pertemuan diperlukan untuk menemui cinta sejati, kadangkala banyak pertemuan diperlukan barulah kita menemui cinta sejati kerana cinta adalah kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat".(ceh...pandai2 saja aku menggabungkan dua frasa ini sebagai 1 ayat cinta)
Misteri Sungguh Qada dan Qada Allah. Maha Suci Allah yang menetapkan Qada dan Qadar manusia. Yang merancang pertemuan dan perpisahan atas kehendakNya juga...
Qada dan Qadar Allah. Ketetapan satu perkara ke atas manusia sejak azali. Oleh itu, andai pertemuan-pertemuan yang berlaku dalam hidup seringkali gagal dan megecewakan, redha dan bersyukurlah, hadapi dengan sifat Istiqamah dan Qanaah. Yakinlah bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat kita, kerana Dialah yang maha tahu segalanya.
Lalu ketika aku mengenang nasib diri lewat pertemuan-pertemuan yang berlaku dalam diari hidupku, aku tersedar akan kasih sayang Allah kepadaku yang sangat banyak. Bersyukur tidak terhingga aku kepada Allah, tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang. Memang diari pertemuanku, selalunya mengecewakan namun sebenarnya ia menunjukkan kasih-sayang Allah kepadaku, dengan menjauhkan aku dengan pertemuan yang bakal mengecewakan masa depanku. Terima kasih ya Allah. Doaku, agar diari pertemuanku selepas ini adalah pertemuan yang diredhai olehNya...amin.
Kata seorang kawan baruku...(kawan 1 LM dan 1 batch PLUMS, Cuma kos dia sains sukan dan kebetulan dia suami kepada kawanku, kak Ila)lewat bicaraku dengan dia apabila dia membicarakan soal jodohku... katanya, jodoh memang ada, samada cepat atau lambat...ya! aku menbenarkan bicaranya dengan menganggukkan kepalaku tanda setuju, lalu dia menyambung bicaranya dengan berkata begini yang membuatkan aku termanggu tapi disebalik senyuman...."jodoh kau sedang bergerak secara perlahan-lahan untuk menemui kau". aku terus saja meng aminkan kata-katanya dan dia juga turut meng aminkannya....(hahaha). moga saja kata-katanya benar. Aku juga sudah malas memegang title B****G ini (aku lebih suka mengatakannya sebagai my best feature.
No comments:
Post a Comment