Hari ini aku ingin menulis tentang sifat manusia yang suka mengkritik. Tapi aku fokuskan kepada manusia yang suka mengkritik tak bertempat dan asyik mengkritik setiap hari. Entah kenapa sejak aku memulakan PSMP 2(senang nak faham Tesis, bukanlah tesis sebenar macam orang yang nak ambil Master) aku semakin kerap menulis sesuatu di blog kesayanganku ini. Sebab di blog ini, aku bebas menulis semahunya. Tidak payah memikirkan gaya penulisan ilmiah yang sangat mengongkong aku. Rasanya kalau sahabatku itu yang menulisnya sudah pastilah dia dapat menggarapnya dengan baik sekali, menunjukkan kematangannya sebagai penulis. Aku suka menulis sesuatu dengan lebih dramatic, bersahaja dan di selang selikan dengan unsur kecindaian dan lelucon, dan selalunya aku menulis mengenai perasaanku. Gaya bahasaku pula hanya menggunakan tatabahasa rojak. Aku tidak perlu memikirkan wacana atau apa saja bentuk tatabahasa yang baik dari segi nahunya, aku hanya menulisnya untuk memuaskan hatiku dan aku menggarapnya dalam bentuk “diari” dan tahap kampung-kampung saja. Aku tidak sehebat dan tidak akan lebih hebat dari sahabat cantikku itu dalam menggunakan metafora, simile dan segala bahasa sastera yang mencantikkan penulisan. kalaupun aku menggunakan metafora dan simile di dalam penulisanku, ia adalah metafora dan simile peringkat kampung yang masih salah dan jika guru sasteraku membacanya sudah pasti dia menangis, bukan menangis sebab aku bagus tapi menangis sebab kebangangang aku dalam menggarap naratif penulisanku.
Berbalik kepada entriku yang sebenar, Wah…(ketika menulis perkataan ‘wah’ ini dan menyebutnya dalam hati aku membayangkan figure emak kepada si sabariah dalam filem Ibu Mertuaku Karya Seniman agung P Ramlee yang sedang mencekak pinggang siap dengan herot mulutnya ketika memaki hamun menantunya...tidak dilupa suntilnya) aku cukup berbulu dengan manusia yang suka sangat mengkritik tak bertempat ini. Entri kali ini aku tulis disebabkan oleh manusia pengkritik di dunia kerjaku. Ada saja pada pandangan matanya yang tidak kena, sudahnya apa yang keluar dari mulutnya adalah kritikan saja. Bercakap tanpa memikirkan hati orang yang mendengarnya. Bayangkanlah, lima hari di dunia kerjaku, jarang benar apa yang keluar di mulutnya adalah kata-kata yang membina, semuanya yang meruntun hati...senang cakap bikin panas. Tapi aku cuba sedayanya untuk menilai dan mengadilinya dengan adil.

Selain dari manusia pengkritik di dunia kerjaku, entry kali ini pun ku tulis rentetan dari mesej sahabatku yang kongsikan perasaan tidak puas hatinya terhadap kawan lamanya yang sejak dari sekolah dulu( Form 5) sehinggalah mereka berjumpa semula, kawannya yang seorang ini tetap mengkritiknya. Bukan setakat mengkritik yang suhu kritikannya suam-suam kuku, tapi kritikan yang suhunya sudah mencecah 100'C...malah jika ia digambarkan dalam bentuk minuman...gambaran yang kuberikan adalah kopi kaw-kaw...!
Manusia pengkritik itu turut mengkritik gaya bahasa di dalam blog sahabatku itu. Aku hairan, gaya bahasa yang sahabat aku guna di dalam penulisannya pada pendapat aku setanding dengan penulis-penulis pada alaf 21 malah setanding dengan penulis kesayanganku S. Hawa. Gaya penulisannya di garap dengan begitu indah sekali hatta dalam penulisan berbentuk ilmiah sekalipun sahabatku tetap dapat menggarapnya dengan begitu baik sekali. Sehinggakan jika aku membaca apa juga ‘label’ di dalam blognya, aku seperti hanyut ke lautan, suka benar aku membaca setiap apa yang ditulisnya. Bukanlah sebab dia sahabatku, lalu aku memenang-menangkan sahabatku itu, tidak sama sekali, tapi dia memang bagus dalam penulisan dan yang hebatnya, dia sebenarnya adalah seorang guru bahasa Ingeris. Entah bila aku dapat jadi sebaik dia dalam penulisan. Aku akan jadikan dia sebagai mentorku.

Aku terkesan yang 'manusia pengkritik' itu telah menggunakan pandangan pertama dalam menilai dan mengadili sahabatku itu. Sangat tidak adil. Padahal sahabatku itu, telah banyak menabur bakti dan membantu kawannya itu. Tidak perlulah aku nyatakan apa bentuk pertolongan yang sahabatku itu berikan, kerana sahabatku itu pun tidak pernah minta dia membalasnya, jadi aku tidak punya hak untuk menyatakannya di sini. Bukan aku cuba mengungkit, tapi mendengar pesanan maut yang diberikan oleh 'manusia pengkritik' itu kepada sahabatku yang berbunyi begini, “ aku akan pastikan kau tidak lebih dari aku, dan pada saat aku jumpa kau, aku akan membeliakkan mataku pada kau”….aduh! padahal sahabatku itu sudahnya banyak membantunya, malah ketika 'manusia itu terusan mengkritiknya, sahabatku itu cuma berdiam pada setiap kali manusia pengkritik itu menghukumnya dengan panahan kata-kata yang menyakitkan. Aku salute dengan kesabaran sahabatku itu berdepan dengan manusia pengkritik itu. Rasanya la, dia si 'manusia pengkritik' itu punya masalah dalaman atau tidak suka pada manusia lainnya yang punya kelebihan. Nah, aku juga turut menilai dan menghukum dengan pandangan pertama itu(tersurat), maafkan aku ya Allah dan maafkan aku diri, aku masih juga manusia tipikal itu. Tunggu, aku akan cuba sedaya upaya untuk menilai dan mengadili manusia pengkritik itu dengan seadilnya.
No comments:
Post a Comment