Tuesday, March 15, 2011

Jangan Suka Jadi Hakim Yang Gelojoh

Malam ini aku seakan terasa hati pada kata-kata seorang kawan kepada sahabat lamaku. Walaupun kata-kata itu tidak merujuk secara total kepada aku tetapi entah kenapa aku juga turut terasa tempias sakitnya kata-kata itu. Bagi aku satu ianya satu penilaian yang buas, rakus dan gelojoh.
Aku sebenarnya tidak layak untuk membahaskan mengenai sifat manusia, ya...kerana aku juga manusia yang paling tidak sempurna sifatnya apatah lagi imannya. Aku manusia kerdil yang terlalu banyak khilaf dan paling sedikit amalan kebaikan untuk di bawa ke sana. Jadi aku tidak layak untuk menghakimi manusia lainnya.
Tapi untuk malam ini, entah kenapa aku rasa terpana, bercampur baur dengan rasa terkilan di atas sifat manusia yang suka menghukum dan menilai pada pandangan yang tersurat. Bersifat liar pula bentuk penilaian dan pengadilannya. Jarang sekali menemukan manusia yang benar-benar melihat sesuatu lantas menghakiminya dan menilainya dengan pandangan kedua iaitu yang tersirat. kalau ada pun, selalunya mereka-mereka ini masih punya rasa was-was lalu membenarkan pandangan yang tersurat. ketidakadilan yang sungguh nyata.
Malam ini aku tersedar, kadang-kadang malah mungkin selalunya aku juga jadi manusia tipikal yang selalu menghakimi dan membuat penilaian menggunakan pandangan yang pertama. Nah...aku tidaklah berani berjanji pada diri, tapi mulai dari saat ini, malam ini, aku akan cuba untuk menjadi manusia jarang-jarang itu. Manusia yang melihat sesuatu dengan pandangan pertama dan kedua. Tersurat dan tersirat. Bukankah sifat manusia itu boleh merubah sikap. Padamu Ya Allah, Jadikanlah aku manusia yang adil pertimbangan dan penilaiannya pada manusia lainnya.
Tapi bagaimana jika setiap hari berdepan dengan manusia yang menilai manusia dengan pandangan pertama itu?? emm...rasanya aku perlu banyakkan bersabar dengan manusia seperti itu, sebabnya manusia seperti itu sentiasa akan kuhadapi di dunia pekerjaanku. Rasanya ia akan menuntut pengadilan seadilnya dariku yang tidak sempurna, dan rasanya aku akan cuba untuk memekakkan saja telinga dengan manusia ini.

2 comments:

  1. suka frasa ko
    "sentiasa ada cabaran dan rintangan yang akan mematangkan diri....."

    ReplyDelete
  2. Thanks for standing by me...orang macam ni nda tau kehalusan seni berdakwah ba ni. Membidik tanpa sasaran, yang penting, mengacu senapang.
    Sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan dari sifat seorang fanatik. Amin...

    ReplyDelete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...