Buat diri yang disayangi
sejauh manakah tulusnya hati
gelak tawa menghiasi diri
sedang semacam ada mendung terkesan
yang menanti gugurnya hujan
bukan berniat untuk meneka
sekadar bertanya
demi tuhan
tidak rela diri disakiti lagi
Buat diri yang disayangi
sejauh mana bisa menipu diri
sedang hati bergelora
mahu menggapai sirna
namun keterbatasan menghalang
lalu diri terpaksa menjadi lalang
kerana demi tuhan
tidak rela diri disakiti
Buat diri yang disayangi
sejauh mana kesabaran bisa bertahan
sedang diri sebenarnya sudah lama lemas
sedang diri sebenarnya sudah lama rimas
diri mahukan kebahagiaan
Tamakkah diri?
jahatkah diri?
kerana terlalu banyak permintaan
kerana terlalu banyak rungutan
demi tuhan
diri tidak bermaksud merungut
apatah lagi menyesali kekurangan kudrat
dan atas apa saja kelemahan diri
cuma diri minta dipermudahkan segala urusan diri
cuma diri minta dikasihani
olehMu Tuhan yang maha mengasihani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang Tak Kufahami
Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...
-
Hadiah hari jadi. Terima kasih, Yok. Jadi, buku ini akan masuk senarai buku bulan ini.
-
Siri kegilaanku terhadap datang lagi, hari ini aku beli pen lagi, padahal pen yang aku beli 2 minggu yang lalu belum habis lagi. Tapi pen ya...
No comments:
Post a Comment