Semalam mimpiku terkesan pelik, tapi menyedarkan aku tentang sesuatu. mungkin ia adalah alamat kepada permintaan dan doaku kepada Allah selama ini-sebab aku selalu memohon hidayah dan petunjuk daripadaNya tentang sesuatu. dan setelah dua kali aku mendapat mimpi itu, maka aku menyimpulkan ia adalah alamat dan jawapan kepada permintaan a.k.a Doa yang juga sebenarnya berupa pertanyaan.
Beberapa hari yang lalu, aku bermimpi pasal seseorang-sebenarnya aku cuba untuk meletakkan sedikit harapan dalam perhubungan-sebab aku tetap yakin yang-aku masih perlu berusaha dalam hal jodohku. langkah pertamaku adalah cuba untuk mendekati dia tapi masih dalam cara yang paling sopan dan penuh hati-hati supaya tidak ketahuan agendaku. dan yang penting aku masih meletakkan harga diriku pada tahap yang masih tinggi-dalam masa yang sama agenda itu seiring dengan doa kudusku agar Allah memberi petunjuk kepadaku. dan sejak mimpi yang pertama, aku sudah dapat merasakan bahawa dia itu-mungkin saja bukan milikku. aku melanjutkan doaku lagi, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini. dan semalam, mimpi sedih dan pelik itu-telah meranapkan antusiasku pada dia. bermula dengan mimpi keduaku mengenai dia, yang kononnya dalam mimpi itu-dia mengikutku datang kerumah. dan tiba2 saja dia menghilangkan diri pada saat aku dan dia hampir disatukan dalam pertunangan-dan berkata pada ibuku-bahawa dia hanya menganggapku sebagai kawan biasa saja-dan tujuan kedatangannya ke rumah adalah untuk mendalami selok-belok agama. dia terang-terangan menolakku. kemudian di susuli dengan mimpi kedua[pada malam yang sama] yang bagiku ia adalah pelik tapi lucu-kerana watak yang ada dalam mimpiku itu adalah Datuk Lee Chong Wei. selain DLCW, ada juga watak wife kepada seorang rakan sekerja di sekolahku. dalam mimpi itu, kononnya service yang kubuat fault- dan yang menegur mengenai service fault itu adalah wife kepada rakan sekerjaku itu, dan aku memprotes tapi akhirnya DLCW main peranan dengan mengatakan bahawa serviceku tadi memang fault kerana kononnya ketika aku membuat pukulan, aku telah menggerakkan kakiku-siap DLCW menunjukkan cara gerakan kakiku-sempat otakku berfikir-"aku ne sedang main bola jaring ka??". kemudian aku terjaga, dan aku menyimpulkan bahawa ia adalah alamat Penolakan. kerana di dalam mimpi bersama DLCW-dalam permainan badminton(yang peliknya, adakah patut dalam acara bergu-ada 3 orang) setiap pergerakanku, service dan apa jua teknik yang kulakukan asyik dikira fault. Maknanya(dalam konteks alamat mimpiku)-dia menolakku mentah2-dan dia memang bukan untukku-atau dia tidak berminat denganku.
....dan kejadian hari ini juga telah menguatkan lagi 'instinct'ku, dan ku anggap ia adalah satu penegasan kepada mimpiku semalam. dia tidak peka dengan perasaanku-tidak ambil peduli-padahal dengan rakan lain dia begitu concern. dari cara layanannya kepadaku saja hari ini-telah membuat aku faham benar bahawa dia tidak berminat pun denganku-biarlah, lagi pula aku tidak meletakkan harapan tinggi pada dia. sebab aku sesungguhnya sedar akan segala kekurangan diri-apatahlagi seorang kawanku menasihati supaya aku tidak terlalu meletakkan harapan tinggi pada seseorang yang aku suka. so, aku mengikut nasihat kawanku ini, dan ia sebenarnya sangat membantuku-aku rasa lega sangat dan tidak pula rasa sedih. walaupun dia tidaklah secara direct menyatakan penolakannya, tapi melalui alamat mimpi dan layanannya padaku hari-maka aku sendiri menyimpulkan bahawa-kami tidak punya rasa yang sama.
Selepas ini, aku harus mematut-matutkan diriku supaya sedar akan hakikat ini. dan sudah pasti caraku tidak akan sama lagi macam dulu-maksudku dalam meladeni dia. hubungan itu akan berlangsung dalam bentuk formal saja. dan tidak akan ada lagi dalam bentuk santai-santai macam dulu. hanya formal dan itu total dariku. mungkin ini satu cara 'protection' kepada diriku. aku-diam-sebab-itu-lebih-baik.
Adios Chenta.....aStaLaVista......CaUcInCaU........!!!! |
biasanya, kalau dalam mimpiku muncul seorang selebriti, maknanya aku bakal menerima rezeki yang tidak disangka-sangka. hehe...tak taulah mungkin tafsiran mimpi itu berbeza mengikut cara hidup kita.
ReplyDeletewell...meaning 'terlalu sopan' kadang2 terlampau ketat sampai kita tak berapa sedar bahawa kita sebenarnya sedang menutup ruang untuk orang lain mendekati kita. U know that man is kind of stupid person (Dr. Fadilah pun cakap). Dorang memang tak sensitif dan sebenarnya sangat memerlukan signal kita juga untuk bertindak. Memang ada yang ekstrem tapi itu sangat langka sekali.
Aku tak tahu samada apa komentarku satu advise atau apa...aku cuma ingin menjadi sebahagian dari penterjemah ceritamu...love u dear
dear, aku tekesan yg kau mmg btl....aku rasa aku mungkin telah menutup ruang untuk org lain mendekatiku....aduh....ssh jg dgn lelaki sengal ne kan...klu la aku ada di india sekrg ne...mmg aku da betindak htr rombongan peminangan....well...aku msih wanita tipikal dan konservatif pula...hehehe...aku ne asyik menyalahkan keadaan....kiki...btw...tqvm dear, ko selalu alert sm perasaanku...dr dulu lg...sllu tahu kebutuhanku....love u zue...
ReplyDelete