Adoiyai.....tetiba senggugut pula bulan ni....sakit betul sampai aku terpaksa hentikan sekejap pembacaan novelku. TQVM Nursyifa'.....TQVM juga pada Jihah sebab bagi ubat best ni. Dah sapu krim panas rasa sedikit lega, lagipun malas meladeni rasa sakit yang menyerang tiba2. Sebelum meneruskan pembacaan novel "Maknakanlah cinta" karya Rohani Abd Aziz, terbitan Fajar Fakeer, aku mahu menulis dulu dalam blog kesayanganku si Rindu2.
Oooow....man....(ikut slang "angel"yang cantik, comel dan aktif...anak BFFku Julia Jay)
Baru kali ini aku membeli novel dari luar lingkungan. Kebiasaannya aku hanya membeli novel terbitan "Alaf 21" dan "Creative" saja, itupun hanya pada penulis yang aku suka seperti S.Hawa, Sri Diah, Fauziah Ashari, Ramlee Awg Murshid dan Saifuzzaman. Tapi waktu ke KK bersama Suzie, bulan Dec 2011 yang lalu, aku cuba menukar lagi kulit buku. lebih2 di depan novel ini tertulis..."Daripada Novelis "Best-Seller" Rindu Milikku.
Satu lagi novel yang aku beli tapi keluar dari lingkungan, Novel "Twilight". Aku beli novel ini kerana terpikat dengan gaya bahasa yang indah, susunan frasa dan rima yang cantik. Macam sahabat cantikku si Luna zura, kalau dia menulis; susunan katanya penuh puitis, gaya berbahasanya indah, susunan frasa dan rimanya cantik. Itulah kekuatan dia. Entah bila tinta penulisanku bisa sehebat dia.
Apa penilaianku?
Setelah sampai ke muka surat 163, aku rasa penulis ini agak bagus. Retoriknya mudah, frasanya juga baik rimanya juga baik. Namun, aku rasa ia tidak sehebat sahabatku si Luna zura dalam menggunakan gaya bahasa, frasa dan rima yang indah. Puitis kata-kata juga belum sehebat sahabat cantikku itu. Jangan salah sangka, bukanlah kerana sahabat cantikku itu sahabatku jadi aku memenangkan dia, tidak sama sekali; itu akan menjadikan aku seorang penilai yang bias. Ini hakikatnya, apapun aku suka juga dengan penulis ini. Aku juga suka gaya berbahasa si Budak Misteri yang suka makan aiskrim magnum itu, dia tinggal di Ruang Lingkup.
Sebenarnya aku berazam untuk menghabiskan novel ini malam ini juga, sebabnya aku sudah tidak sabar lagi membaca buku Arena Wati yang ku beli 3 minggu lepas. Malam ini aku ingat aku sudah boleh mula membuka muka surat pertama buku Arena Wati, tapi baru aku sedar yang aku belum menghabiskan novel "Maknakanlah Cinta" dek kesibukanku bulan ini. satu tabiatku, aku tidak suka skip novel yang kubeli. Rasa kasihan dan bersalah pada novel menyebabkan aku akan berusaha menghabiskan dulu novel itu sebelum beralih ke novel baru. Mudah-Mudahan perutku tidak meragam lagi.
Harus berhenti menulis di jam ini, mahu meneruskan bacaanku. Mahu tenggelam sekekap dalam buku.
No comments:
Post a Comment