Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 14


 
"Etseh...si Atie  jadi ahli Kelab Melukis, bestlah kau Tie...gua tabik lu"

"Alah kau ni Far, puji lebih-lebih"....

"Ya lah...bukan dia lagi tu yang mau join Kelab Melukis, kena offer ikut pertandingan", Kak Yen menepuk bahuku.

"orang pandai melukislah katakan", Milah pula mencela.

"kamurang ni kan....puji lebih-lebih, tapi sorrylah geng...aku tiada duitlah mau derma sama kamu. Jomlah kita gi makan, aku laparlah".

Kami terus pergi ke dewan makan. Tengahari itu kami makan sambil menceritakan hal masing-masing yang berlaku semasa di sekolah tadi. Aktiviti "flash back" ini memang normal bagi semua.  

"Aku tengok si Asrie tu  lain macam sudah sama kau Tie", komen Kak Yen

"Ishh! Tiadalah. Kak Yen ni pandai-pandai jak". Kulihat Fahani cuma tersenyum. Aku sangsi. Entah apa makna senyumannya pun aku tidak tahu. Malas hendak bertanya dan bosan dengan jawapan skema Fahani..."adalah".

"Far...kau ni senyum-senyum napa?", tanya Kak Yen.

"Ia bah....senyum ada makna ni tau, Milah mencelah sambil bibir terherot ke kiri.

"heii...salahkah aku senyum-senyum?", tanya Fahani sambil mengerutkan dahinya.

"Alamak! aku lupalah...aku mau cepat ni, petang ni kami mau start melukis sudah, tinggal 2 minggu jak lagi".

Aku meminta izin dari member-memberku untuk gerak lebih awal. aku terus membuang sisa nasi di tong sampah dan naik ke dorm. Aku mengambil towel dan baldi kemudian turun ke tandas untuk mandi. Syukur aku sudah tadah air pagi tadi sebelum ke sekolah. Siap mandi aku terus mengenakan seluar track hitam dan Baju T-shirt lengan panjang berwarna perang.  Aku memakai sedikit bedak cina di mukaku dan memakai tudung. Aku mengambil alatan melukis dan terus pergi ke sekolah.

Sampai saja di sekolah, Byaem sedang menungguku di pintu pagar. Aku tersenyum melihat dia kerana teringatkan Mira yang memintaku menyampaikan salamnya pada Byaem.

"Woi! panas ni...napa kau nda masuk dalam sekolah", tanyaku sambil meletakkan art-workku di atas kepala kerana silau.

"Saja aku tunggu sini...aku nampak kau mau sampai sini sudah tadi"...

"Mira kirim salam sama kau"

"waalaikummussalam...kirim salam balik sama dia, mari aku tolong kau bawakan barang-barang kau ni"...

"Ndapalah...bukan berat pun". Byaem ni gentlemen orangnya dan lucu juga. Selalu saja celotehnya membuatkan aku ketawa. Aku senang dan suka berkawan dengannya. Berjalan beriringan dengan Byaem membuatkan aku membayangkan Asrie yang sedang berjalan denganku sekarang. "Ah...nda mungkinlah", bisik hati kecilku.

Ketika melalui kelas komputer kami terserempak dengan Asrie. Melihat dia membuatkan dadaku berdebar laju. Baru saja aku mengingat dia tadi, tiba-tiba dia muncul di hadapanku.

"Hai Asrie", aku cuba untuk mempamerkan senyuman yang paling cute sekali.

"hai...datingkah?", Pertanyaan dia membuatkan aku terkesima.

"Awas Byaem, kau tu pengawas", kata Asrie. Nadanya seperti mengugut dan dia merenungku dengan tajam. Keadaan jadi agak tegang selepas itu. Aku pula, terdiam mematung di antara kedua lelaki itu.

"Cakap baik sikit Asrie, lagipun kalau aku mau dating dengan Atie pun, apa kau peduli...kan Atie?", bentak Byaem.  Sampai bahagian ini, aku rasa Byaem sengaja nak panaskan Asrie.

"Emmm...memang pun". Wah! Aku hairan sendiri kerana mulutku lancar menjawab selamba begini, yang pasti aku sengaja. Entah kenapa aku sendiri pun tidak tahu. Menyesal pun ada juga.  Asrie memandangku dengan tajam sekali lagi. Sinis yang membuat aku terpaku.  Padahal pagi tadi, kami okay saja.  

"Sudahlah tu, mari Byaem kita pi mesyuarat". Tidak mahu suasana tegang itu berlarutan.  Asrie memandangku seketika sebelum meninggalkan kami di situ. Mukanya kelihatan sedih dan kecewa. Ah! sawan perasanku ini. Sebenarnya aku tidak pasti  apa sebenarnya ekspresi di wajah dia. Aku hairan dan tertanya-tanya dengan sikap dia hari ini.




No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...