"Kau tau juga kan Mira, pasal pertandingan melukis antara sekolah-sekolah tu, jadi dorang suruh aku ikut melukis", terangku pada Mira yang tertanya-tanya dari tadi. Mira menganggukkan kepalanya.
"Mira, mana dia?",
"entahlah, lepas dia tanya pasal kau tadi dia terus keluar...ermmm...escape la tu".
"Pi mana la dia ni?'. Pertanyaan itu kubiarkan tergantung dalam hati.
Pelajar putera selalu sangat buat kerja tidak berfaedah ni. Mentang-mentanglah masa sebelum rehat ni cikgu Alwi terpaksa tinggalkan sebab pengetua panggil, dorang pun terus escape. Aku melihat ke arah mejanya yang kosong. Hatiku berdebar-debar bila mengingat janjiku dengan Asrie. Kringgggggg!!!!! lonceng masa rehat berbunyi. Hatiku berdebar lagi.
"Boleh kita pergi sekarang tuan puteri?". Tuan Puteri apa muka macam ni, bisikku di dalam hati. Saat itu juga, aku biarkan aku perasan sendiri. Berlagak bak seorang Puteri yang comel dan dia pula akan kujadikan Sang Putera yang kacak.
Soalan itu menyebabkan aku tersenyum. Nasib baik ketika itu, Mira dan Namil berada di tangga belakang berhampiran pintu hujung kelas kami menunggu member yang lain. Hendak sampaikan beritalah tu, yang aku akan pergi makan di kantin dengan Asrie.
"Sekejap tuanku, beta hendak maklumkan kepada sahabat-sahabat beta dulu".
"Dipersilakan tuan puteri, beta sedia menunggu di sini". Akhirnya ketawa kami pecah.
"Alahai...runtuhlah pendirianku kalau berterusan begini", bisikkan di dalam hati. Setelah memberitahu member-memberku, aku terus mendapatkan Asrie yang setia menungguku di pintu depan kelas kami. Dia tersenyum manis bila melihatku dan aku membalas senyumannya. Uh!...bahagia. Ikrar cintaku hendak gagalkah ini?
"Asrie, si Mar nda marahkah kau pi sarapan sama aku ni? nanti nda pasal-paal tercetus perang dunia ketiga". Asrie tidak menjawab pertanyaanku. Dia cuma tersenyum sambil memandangku seketika. Perasaan bersalah pada Mar datang lagi.
"Makcik, bagi milo pink dua...nasi lemak dua", Asrie mengorder makanan.
"Macamana kau tau makanan kegemaran aku ni?"
"Aku pandai meningu, tilik tangan pun pandai".
"Bah! kalau camtu cuba kau tengok siapa bakal jadi boyfriend aku?". Saat ini, aku sendiri tidak tahu kenapa aku jadi berani begitu.
"Ermmm! Orangnya handsome, cute macam aku ni"
"Perasan", aku tergelak padahal dalam hati seribu kali mengiakan bahawa dia memang handsome dan cute.
"Huruf awal nama dia A", kata Asrie lagi.
" Huruf kedua, apa pula", aku ketawa lagi.
"Huruf kedua, S", . Aku kerut kening. Asrie tanya lagi. "kau mau tau huruf akhir?"
" Mari saya teka, E kan?". Aku terus ketawa sebab aku tahu dia maksudkan diri dia...dan itu membuatkan aku malu sebenarnya. Selain menutup sawan perasan.
"Tet...betul". Tiba-tiba Asrie berkata sesuatu yang membuatkan aku tersipu malu".
"Kau ada lesum pipit dan gigi sulai rupanya kan, Tie", kata Asrie sambil merenungku. Aku rasa, aku sudah terlebih senyum dan ketawa depan dia hari ni. Gila betul.
"Cute sangat", katanya lagi.
Kali ini aku berani untuk menentang matanya, saat ini aku sendiri surprise sebab sawan gabraku tidak menyerang. Dia tersenyum manis, sekali lagi. " penggoda iman betullah dia ni", kataku di dalam hati. Makanan yang diorder smpai. Asrie mempelawaku makan, dan ketika aku hendak menghulurkan wang untuk membayar harga makanan kami, dia menepis tanganku dengan dompetnya dan menyerahkan duit dia pada makcik kantin.
"Hei...patutnya aku yang bayar". Kataku sambil mengerutkan keningku.
"kan...aku yang bawa kau sarapan dengan aku'
"ya la..tapi aku kan mau minta maaf dari kau"
"Nda pa, nanti kita sarapan sama-sama lagi, kau pula yang bayar pula, okay? sekarang kita makan dulu". Asrie senyum dengan pandangan matanya yang redup. Di dalam hati aku tertanya, "akan ada kedua kalikah?".
Kami makan dengan berselera sekali, aku perasan yang Asrie begitu ceria sekali. Aku? Rasanya akulah manusia paling ceria di bumi kala ini. Setelah agak diam menikmati makanan, aku tiba-tiba memecahkan suasana dengan pertanyaan yang aku sendiri benci untuk bertanya pada Asrie.
"Asrie, Mar nda marahkah kalau dia tau aku sarapan sama kau ni?"
"Entah...lagipun aku mau makan dengan kau...nda juga salah bah kan?"
"Ermm! sebenarnya salah".
"Bolehkah. kita jangan sebut nama dia dulu. Lagipun, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan dan tiada siapa yang bersalah dalam hal ini".
"Mana-mana la, yang penting jangan sampai kamu gaduh sudah la". Asrie cuma tersenyum padaku. Aku pula tidak mahu merosak suasana bahagia ini.
Selepas makan kami terus berjalan beriringan menuju ke kelas. Sampai di kelas, kulihat Byaem sudah pun menungguku.
"Atie, kita ada mesyuarat sekarang". kata Byaem.
"ooh...okay, jap ya, aku ambil buku nota kejap. kau tunggu aku di luar". Asrie memandang kami dengan kerutan pada keningnya.
"Asrie...thanks ya..belanja aku makan hari ni...nanti lain kali aku pula yang belanja kau...aku minta maaf sekali lagi pasal perangai aku kelmarin. Aku pi mesyuarat dulu..bye". Asrie tidak menjawab dia hanya memandangku dan tunduk. Dia mengepal penumbuk. Aku sangsi campur hairan.
No comments:
Post a Comment