"Haiya! Kalau pengetua yang berucap, masaklah kita dalam dewan ni, sudahlah tiada kipas", rungut Neng. Memang satu kebenaran yang nyata, perhimpunan selalunya akan meleret-leret sekiranya pengetua berucap menyebabkan ramai pelajar kurang senang setiap kali pengetua berucap pada pagi Isnin. Hari ini pengetua mengumumkan sesuatu yang membuatkan aku tersenyum suka.
"Para pelajar sekalian, sekolah kita akan terlibat dalam pertandingan melukis antara sekolah-sekolah menengah. Saya berharap agar Kelab Melukis sekolah dan presidennya dapat membuat persedian dan yang terbaik untuk sekolah kita".
Akhirnya, perhimpunan pagi Isnin berakhir juga. Para pengawas bertugas memastikan pelajar masuk ke dalam kelas masing-masing. Ketika hendak melangkah masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang, aku terdengar suara Asrie dan pelajar putera kelas lain sedang ketawa dan berborak-borak. Entah apa butir bicara aku kurang mengambil tahu. Tiba-tiba aku teringat peristiwa kelmarin.
"Asrie", panggilku lembut. Pelajar putera yang lain mula berdehem-dehem malah ada yang batuk dibuat-buat. Aku hairan, agaknya dorang nak sangat kena penyakit TB. Tiba-tiba Julie bersuara...
"si Asrie...peluang", Julie ketawa. Aku makin hairan.
"Ada apa Atie?", tanyanya juga lembut. Nada suaranya buat aku semakin cair.
"Aku minta maaf pasal kelmarin, mana tau kau tersinggung sama aku", pintaku sambil kedua tanganku dirapatkan ke dada seperti orang Tamil yang menyebut "Manekem".
Asrie merenungku sehingga membuatkan aku tertunduk malu. "it's okay, aku maafkan dengan satu syarat. Sarapan sama-sama di kantin masa rehat nanti", katanya sambil tersenyum manis.
Aku tersentak dengan permintaannya. Gila. Nanti apa pula kata Mar pula. Dia tidak rasa benda ni macam tidak ngam kah?...Apa pula kata kawan-kawan yang lain. Aku rasa bersalah...
"Rehat ni...aku...", belum sempat menghabiskan ayat, Asrie tiba-tiba memotong bicaraku.
"Mau maaf akukah nda ni?" tanyanya sambil menjengilkan mata besarnya tapi masih tetap cute sangat pada pendangan mataku.
"Okaylah....yang penting kau kasi maaf aku", aku mengalah. Asrie tersenyum manis sekali lagi. Tentang rasa bersalah itu, biarlah dulu. Tiba-tiba Julie bersuara agak kuat.....
"Oi...jadi berbaik sudah kamukah?". Disambut dengan gelak tawa member keras Asrie. Aku tidak pasti maksud gelak tawa itu. Yang pasti aku tertanya-tanya maksud semua ini.
Aku tersipu malu dengan sergahan Julie yang tiba-tiba itu, Syukur aku masih dapat mengontrol keadaan. Giliran Asrie merapatkan kedua tangannya macam orang India menyebut manekem sebagai tanda minta maaf sambil tangannya menunjuk ke arah kawan-kawannya. Aku cuma tersenyum dan menunjukkan isyarat 'Okay' menggunakan jari sebelum menuju masuk ke dalam kelas.
Kami memulakan masa pertama dengan subjek matematik. Subjek yang paling aku tidak suka. Aku tidak dapat menumpukan perhatian pada pengajaran Cikgu Saiffudin, tidak minat satu hal; tapi perkara pertama yang menyebabkan aku tidak menumpukan perhatian adalah rasa ingin tahu yang membuak-buak di hatiku juga mindaku. Aku mahu tahu apa maksud Julie dengan perkataan "Peluang" itu. "Emmmmm....entah-entah Asrie suka aku?", aku menebak dalam hati. Perasan lagi, nampaknya sawan perasanku belum baik lagi. Ah! tidak...aku mesti lupakan perasaan bikin gila ini.
Tiba-tiba pintu kelas kami diketuk, "Cikgu, saya hendak sampaikan pesan dari Cikgu DJ, dia hendak berjumpa dengan dengan Nurul Atiqah", kata Ibrahim pelajar 6 Sains 1.
" Uiii...Tie, si macholah", Mira menguis tanganku.
"Jangan jealous ya", kataku sambil menepuk bahu Mira. Sebenarnya Ibrahim atau nama glamernya Byaem ni secret admire Mira. Aku berdebar bila Asrie merenungku dengan tajam. Aku meminta izin dengan Cikgu Saifuddin untuk keluar dari kelas.
Byaem membawaku ke bilik mesyuarat. Di sana kulihat, Cikgu Yassir dan Cikgu DJ sudah menunggu dengan beberapa ahli Kelab Melukis yang lain. Setelah memberi ucapan selamat pagi pada cikgu Yassir dan cikgu DJ aku duduk di sbelah Byaem. Yang menghairankan, aku tidak pernah mendaftar sebagai ahli kelab melukis sekolah. Ermm! Aku rasa ini semua Byaem punya kerja. Sebab dia tahu bahawa aku suka melukis dan dia pernah nampak lukisan aku secara tidak sengaja dulu. Apa yang aku jangka memang betul. Aku kembali semula ke kelas pada masa ketiga, kelas cikgu Alwi.
"Ai!...lamanya ko tie"
"Ada meeting tadi"...
"Si Asrie tanya pasal kau tadi?"
"Dia tanya apa, Mira?"
"Dia tanya kau pi mana?"
No comments:
Post a Comment