Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 11

 

"Far, kau pi mana tadi", tanyaku hairan.

"Adalah tu", kata Fahani selamba.

Jawapan selamba Fahani mematikan rasa ingin tahu biarpun teringin untuk mengorek tentang kepergian dia yang tiba-tiba hilang dari radar tadi. Malas hendak bertanya lagi.

"Bah jalan kita pi kelas komputer".  Fahani perasan riak mukaku berubah.

"Okay-okay...sorryla...aku ada hal tadi", Kata Fahani sambil tersenyum dan menarik tanganku. Memujuk la tu.

Sampai di sekolah kami terus ke Kelas Komputer dan mengambil tempat di belakang sedikit. Tidak lama selepas itu, Cikgu Dayang masuk dan memulakan pengajaran. Hari ini kami belajar menaip menggunakan windows 95. Sejam berlalu tanpa disedari, akhirnya masa telah tamat.

"Far, mari pi Kantin dulu, aku haus" ajakku.

"Ngam...aku pun haus.  Teringin mau minum cola sejuk"

"hai...".

"Dub! jantungku berdebar..."admire", bisik hati kecilku.  Kenapa dia ada di sini.

"Hai" Fahani menjawab sapaan Asrie bila aku diam membatu.

"Mau pi mana ni?"

"Kantin..", jawab Fahani setelah aku masih diam.

"errmm...diam jak yang sorang ni....mulut dia kena curikah Far?" Asrie menyindir.  "macam nda suka saya jalan sama-sama jak".

Aku tersentak dengan pertanyaan Asrie. "Far, aku pi tandas jap ah", mengelak daripada berada dalam insiden yang bakal membuatkan aku cair. Dalam hati mahu saja aku tutup mulut dia dengan tanganku dan mengatakan bahawa aku paling sudi berjalan beriringan dengan dia. "Kurang asam betul Asrie ni..selalu jak buat aku cair...nasib la aku bukan aiskrim" omelku di dalam hati.

Aku terus menuju ke kantin setelah keluar dari tandas. Sampai di kantin, aku mencuci tanganku di singki. Niat hendak duduk minum di kantin terhenti bila aku lihat Asrie juga ada di situ dengan Fahani. "Cis!...dia belum balik lagi pula" kataku di dalam hati.

"Far..mari balik", kataku sambil menarik tangan Fahani.

"Relakslah...awal lagi ni...duduklah dulu Atie", pinta Asrie.

"Lain kali la..."jawabku mengelak. Aku terus memalingkan mukaku ke arah lain. sebenarnya aku mengelak dari renungan mata Asrie.

"Sampai hati, aku sudah order cola untuk kau", kata Asrie perlahan.

Saat dia menuturkan kata itu dengan perlahan benar-benar mengundang rasa simpatiku. Tapi kerana tidak mahu terjerat dengan rasa suka dengan dia lagi.   Aku sengaja memberi alasan dan bertindak kejam dengannya. "Ahh...tu Mar, kau ajaklah dia minum cola, kami balik dulu", kataku sambil menarik tangan Fahani yang jelas tidak bersetuju dengan tindakanku.

"Eh...macam tau-tau jak si Mar tu, apa dia buat datang sini ah?" tanya Fahani.

"Entah...ada kelas komputer la tu", jawabku geram. 

"Tie, kau nda patut buat macam tu tadi" protes Fahani, dia yang orderkan cola untuk kau tau".

Aku terdiam kerana Fahani betul. Tindakanku tadi memang melampau. " aku tau Far, tapi aku terpaksa, aku tak mau pendirian aku berubah, lagipun tadi si Mar ada, nanti apa pula perasaan dia. Karang nda pasal-pasal bergaduh, buat malu kaum kerabat jak gaduh pasal lelaki. Jawapanku yang panjang lebar menyebabkan Fahani memelukku.

"Lagi pun Far, aku nda mau la bertanding dengan si Mar, sebab aku pasti akan kalah. Itu cuma akan buat aku lebih sedihkan?", tambahku lagi. Insiden di kantin tadi telah menjadikan aku macam pekerja Jabatan Penerangan. Fahani cuma tersenyum dengan kata-kataku.

"Far, sejak akhir-akhir ni kau selalu jalan tanpa kasi tau aku dulu, kau pi mana? tadi pun macam tu juga".

"Rahsia", kata Fahani sambil tersenyum. "Nanti ka tau juga", katanya lagi tapi kali ini sambil mengangkat kening. 

Geram pula aku lihat kening Fahani yang bergerak-gerak tu. Aku tertanya-tanya tapi malas untuk mengorek rahsia apalagi memikirkannya. Aku pasti Fahani pasti akan memberitahu aku juga nanti. Sebab antara kami tidak pernah berahsia.

"Tapi serius, kau kena minta maaf sama Asrie.  Kau nda kesian tengok dia tadi lagipun dia sudah bayar harga cola termasuk cola aku tau".  Tiba-tiba rasa bersalah pula.  Aku niat untuk minta maaf besok.


No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...