Setelah balik ke asrama, kami duduk berehat di bawah kipas siling. Hari Jumaat adalah hari yang relaks sedikit, tidak kelam kabut mengejar masa.
"Tie, tadi kau cakap ada mau kasitau kami sesuatu". Kak Yen mengingatkan aku.
"Macam ni...mulai dari hari ini, jangan lagilah cakap pasal "admire" aku lagi. Aku aku mau kasi lupa perasaan aku sama dia, lagi pun betul cakap Kak Yen, "Jangan jadi hidung mancung, pipi tersorong-sorong'...kan Kak Yen?" terangku sambil ketawa. Member2 baikku tersenyum. Tapi Fahani tidak. Di Sebalik senyum itu aku tau mereka merasa hairan, lebih2 lagi Fahani. Dia merenungku semacam. aku membiarkan sahaja biarpun hatiku tertanya-tanya. sejak di sekolah lagi, Fahani lain macam saja. Member-memberku yang lain terus mengusik-usikku pasal keputusan yang kubuat tadi. Sebenarnya, jauh di sudut hati aku sedih dan sayu sekali. Tapi bagiku, itulah yang terbaik.
"Kau seriuskah ni? pasal tadikah?"
"Bukan pasal tadi jak bah, Far, tapi lama sudah aku fikir macam ni. Lagipun, boyfriend orang tu"
Tepat jam 2 petang Kak Yen, Mira, Namil, Milah dan Zie pergi ke Kelas Komputer. Tinggallah aku dan Fahani di bilik. Hendak mengulangkaji pun malas. Kesempatan itu kuambil untuk bertanya dengan Fahani secara peribadi.
"Far...kau macam nda sokong ja. Aku perasan kau macam lain dari sekolah tadi". Fahani menoleh ke arahku setelah lama membisu.
"Tie, aku tau kau betul-betul suka dengan Asrie, aku rasa kau terlalu cepat mengalah".
Ternyata fahani tidak bersetuju dengan pendirianku. "Entahlah...Far, aku sendiri pun tidak tau samada aku mampu atau tidak kasi lupa ni perasaan, yang pasti aku mau melupakan perasaan aku sama dia. Salah bah aku berperasaan sama boyfriend orang". Fahani cuma menggelengkan kepala. Perbualan kami mati dan masing-masing membisu. Akhirnya kami tertidur.
No comments:
Post a Comment