Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 9

 
Tiba-tiba saja aku rasakan satu kelainan dalam diriku. Semacam ada satu aliran yang ala-ala arus karan alias elektrik menyentap semua saraf dalam badan aku. Sempat juga aku berfikir nasib baik bukan karan sebenar kalau tidak mahunya aku mati hangus dengan rambut aku semuanya terpacak ke atas siap dengan efek asap yang mengepul-ngepul keluar dari rambutku...huh! yang aku pasti rasa yang macam karan tadi tu adalah...Frust! kini ternyata Asrie memang sukakan Mar. Aku cuba berlagak biasa. Tapi dalam hati...dah hujan.

"Tie...aku faham perasaan kau" Fahani memelukku.

"Menyampah betul aku tengok si Mar tue, gete betul". Mira mengutuk, mendengar Mira mengutuk aku sekali lagi tersenyum. Rasanya itu saja yang mampu aku buat buat masa ini. Takut kalau bersuara nanti airmata aku pula yang jatuh.

"Ya bah...teruk betul, si Asrie tu pun sama jak gete dia".

Mendengar Kak Yen mengutuk aku betul-betul surprise. Kak Yen bukan jenis yang suka kutuk orang. Tapi seperti tadi reaksiku cuma tersenyum. Apa yang pasti mulutku seolah terkunci. Agaknya penyakit baru nak datang kot...penyakit sawan senyum...Aduhai! hati. Akhirnya...setelah ada sedikit kekuatan dalam diri  sebelum sahabat-sahabatku mula syak yang aku sudah gila sebab asyik senyum dan diam...aku bersuara juga akhirnya.

"Nda pa lah.  Memang dorang couple pun sebelum kita datang sini lagi kan. Memang aku sedih...tapi mau buat macamana lagi.  Biarlah". Senyum lagi. Lonceng masuk berbunyi dan kami semua balik ke kelas masing-masing.

Aku masih lagi terbayang adegan tadi. Sakit betul hati aku bila mengingat setiap aksi pasangan sejoli tu tadi. Geram-geram. Aku tak kisah si Mar tu menangis, dia memang macam tu...cengeng! sikit-sikit nangis...huh! wargggggghhhhhhh!!! Masih jelas terbayang tangan Asri membelai rambut Mar.  Sakitnya hati aku...jealous kah aku? Ya! memang aku jealous...cepat aku mengingatkan diriku tentang ikrar atau janjiku pada diriku sendiri.   Airmataku hampir saja menitis. huh! Aku pun cengengkah? Ah! tidak.

"Nurul Atiqah, sudah sampai ke Englandkah?", tegas betul suara cikgu Norhayati menegurku. Aku tersentak dan berdiri.

"Maafkan saya cikgu", Gugup. Aku tunduk malu.

"Saya tak suka students saya mengelamun masa saya tengah mengajar, faham?". "awak tak boleh duduk sehingga masa saya tamat".

Gila, aku boleh terkhayal hanya kerana Asrie. Wah! memang benar kata orang cinta ni mengkhayalkan...boleh leka. Aku seperti mendapat satu kekuatan. Aku mesti lupakan perasaan cinta ini. Ya mesti, aku mesti bunuh perasaan ini, kalau boleh dengan racun spark yang tukang kebun selalu guna. Aku ketawa dalam hati membayang bagaimana nak membunuh perasaan cinta dengan racun spark?? kalau betul boleh pasti aku jadi orang yang terkenal kerana dapat cipta satu formula untuk bunuh perasaan cinta guna racun spark.  Bukan bunuh diri minum racun tau...tapi bunuh perasaan cinta. Aku ketawa lagi dalam hati. Perasaan malu tadi semacam hilang begitu saja. Sebelum aku berkhayal jauh lagi kemudian kena marah dengan cikgu Norhayati garangnya(gelaran) baik aku tumpu perhatian walaupun tengah berdiri. 

Yang spoilnya, baru saja aku nak tumpu perhatian, aku terasa semacam diperhatikan...dub! dab! dub! dab! alamak admirer la! tapi kali ini aku memberanikan diri untuk membalas renungannya. Ketika aku menoleh kepadanya, dia cepat-cepat melarikan matanya. Aku hairan...padahal aku sangka kami akan berlawan mata. "ermmm...kenapa riak muka dia semacam jak hari ni? soalku di dalam hati.

Kriiiiinnnnnngggggg! "Yahooooooo! teriakku di dalam hati. Masa cikgu norhayati habis. Setelah cikgu Norhayati keluar aku terus duduk. Terasa lenguh jugak kakiku ini. Mahunya tak lenguh, mau 45 minit juga aku berdiri.  

"kau termenung apa tadi...sampai aku cuit tangan kau pun kau nda sedar?

"ya kah Mira kau ada cuit tangan aku??"

"Ya! Allah ni anak, aku tau la kau tengah bengang pasal tadi tapi kelas cikgu Norhayati garangnya tu...gila kau boleh nda ambil perhatian".

"He!he!he! Mil, aku pun nda tau apa jadi sama aku tadi". Aku cuma tersenyum sambil mengurut kakiku. Mira menyiku tanganku.

"Kenapa kau termenung tadi?"  Alamak admirerlah.

"Ingatkan boyfriend", jawabku selamba.

"Oh! bagus la tu, patut la mengelamun sampai ke England". Serius sungguh wajah Asrie. Aku meminta diri untuk ke tandas. Sengaja sebenarnya, takut sawan perasanku datang lagi.

"Tie, kau tadi masa kau kena suruh berdiri tu, dia asyik tengok tempat kita jak...pastu kan masa yang kau jawab ingatkan boyfriend tadi...berubah betul muka dia, Tie".

"biarlah dia, Mira".


No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...