Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 8

 
Aku membelek-belek semula notaku, menyemak kembali segala isi yang terkandung di dalamnya, penuh khusyuk fikirku kerana aku hampir tersentak gabra apabila satu suara yang tidak asing lagi pada pendengaranku menegurku. Arrggghhhhh! Itu suara Asri!. Sedaya mungkin aku menenangkan perasaanku, dalam kegabraan aku berdoa agar sawan perasanku tidak menyerang.

"Boleh aku tengok nota kau kejap?".

Aku menyerahkan notaku padanya. Mira dan Namil sudah tersenyum-senyum kambing, huh!...nak perli la tu. Lantas dengan cepat aku memberikan isyarat mata yang kononnya ala-ala garang...yang spoilnya tiba-tiba si Mira membalas isyaratku itu dengan membuat satu helah yang terang-terangan aku tau maksudnya.

"Mil...aku mau melabur, kasi kawan aku bah pi tandas, please!" katanya sambil mengenyitkan mata pada Namil.

Yang buat aku geram budak bertuah dua ekor ni memang sepakat habis kononnya nak bagi aku peluang supaya dapat berdua-duaan di meja. Cis!. Aku, tentulah tidak mahu kalah.  Tanpa membuang masa aku juga turut mengangkat bontotku dari kerusi dan dengan ayu berkata...

"Mari...aku pun mau melabur saham juga ni"

Yang aku hangen tu, si Namil dengan nada lemah lembut macam ibu mithali memujuk anak berkata...

"Ala...kau nda payah la ikut melabur, kau melabur karang jak, nanti kalau Cikgu Yassir datang siapa yang mau hantarkan nota aku sama Mira...kau duduk  situ", sambil matanya melirik ke arah Asri.  Huh! ketika adegan pujuk memujuk itu, aku tersempat juga melirikkan ekor mataku pada Asrie, mimik mukanya berubah dari ceria kepada satu ekspresi yang seakan sedih. Ceh! perasan lagi. Nampaknya sawan perasanku datang lagi.

Apalagi, aku dengan penuh minta pujinya tidak mahu mengalah berkata dengan aksi merengek yang dibuat-buat berkata....

"eeeeeiiiiiiii...Aku mau ikut pi tandas juga". Entah apa yang best dekat tandas masa ni pun aku tidak tahu. Yang penting aku nak sangat ke tandas untuk meredakan gabra. Tiba-tiba...

"Atie...aku ada hal mau tanya kau, bolehkah?".

Saat tu juga aku jadi cair dengan permintaan dia....sudahnya aku mengalah. Huh!

"Boleh...". Hanya tu yang terkeluar dari mulutku. Kerana aku ketawa dalam hati sambil berkata..."gatal...ishhh! pura-pura lagi padahal dalam hati dah berbunga-bunga riang". Yang aku tidak pasti, adakah senyuman lucu terpamer di wajahku...hehehe!. Mira dan Namil sempat mengenyitkan mata padaku.

"Aku rasa kau boleh dapat A+, nota kau ni best, terperinci".

" itu pujiankah, kutukan ? padahal dalam hati dia mengejek tu kan".

"hey..aku puji ikhlas dari hati la".

"Ya la tu...ikhlas sangatlah". Saat tu juga aku terasa seperti dalam kayangan...best ja rasa. Kalaulah kat dalam filem Hindi...tentu dah nampak taburan bunga mawar. Yang pastinya aku bahagia. Gila betul aku ni kat dalam kelas pun aku sempat ada bayangan-bayangan sampai ke India...ke filem Hindi. Padahal perbualan kami itu bukan la menjurus ke arah kata-kata cinta...huh!

"Ermmm...apa benda yang kau mau cakap tu? cakap la cepat, nanti cikgu datang".  Dari reaksi wajahnya, aku seakan dapat membaca seakan ada yang ingin dia tanyakan, seakan ada yang dia sembunyikan.  Ini instinct aku yang cakap.

"Cakapla cepat". Asri merenungku, sehingga membuatkan aku malu. Kali ini sawan gabraku menyerang pada skala 10...hampir saja aku mencari lubang cacing agar dapatku masuk ke dalam tanah tapi yang ada di bawah mejaku hanyala lantai simen. Huh1 nak jadi halimunan pun tak boleh.  Aku tidak punya kuasa untuk bertukar manjadi halimunan. Untuk menenangkan gabraku, aku cuba sekuat mungkin untuk menentang mata dia.

"Kenapa tengok aku macam tu? ada yang salah taru kah?" tanyaku sambil meraba-raba mukaku, padahal dalam hati aku betul-betul gugup.

"Ndalah, perfect...very perfect". Jawapan itu sudah cukup membuat aku tersipu malu tapi berada di awang-awangan.  Mendapat pujian itu darinya terasa sungguh membahagiakan. Aku tidak tahu apa yang tertera di wajahku saat itu, yang aku rasa mukaku terasa panas dan bahagia. Sempat juga aku berkata sendiri di dalam hati, "begini punya wajah pun perfect kah?". Ha!ha!ha! Aku rasa aku pernah dengar dalam mana-mana madah pujangga, "Kau cantik di mata orang yang menyukai dan mencintaimu".  Adakah?

Kebahagiaan yang kurasa itu terhenti bila cikgu Yassir masuk ke kelas. Asrie beredar dari mejaku. Aku terkilan kerana tidak sempat mengetahui apa yang hendak ditanyakan oleh Asri.

"Berdiri...selamat pagi cikgu...". kami memberikan ucapan hormat pada cikgu Yassir. serentak dengan itu, Mira dan Namil masuk.

"hah...dari mana makcik berdua ni?"

"minta maaf cikgu, kami dari tandas..."

"hai...awal pagi lagi melabur sudah, banyak sangat ke duit dalam perut tu?"

Kelas gamat dengan gelak tawa, aku juga turut ketawa. Lebih-lebih lagi bila melihat Mira dan Namil merengus, malulah tu.

"Gelak, gelak jugak, tugasan hari tu cepat hantar sekarang....Bakri kumpul semua nota".

Aku, Mira dan Namil menyerahkan buku nota pada Bakri. Cikgu Yassir meneruskan pengajarannya seperti biasa selepas semua nota tugasan di kumpul. Seperti biasa aku menumpukan sepenuh perhatian pada pengajarannya, kulihat kawan-kawan sekelas juga khusyuk...khusyuk yang macam mana aku tidak tahu...yang penting bila cikgu Yassir bertanya mengenai pandangan kami, seluruh kelas akan tersenyum...dan kami bertiga akan menjawab sambil berbisik, "pandangan kami kabur-kabur cikgu". He!he!he!. Akhirnya kelas cikgu Yassir  berakhir juga. Selepas memberi ucapan terima kasih dan cikgu Yassir beredar, kelas menjadi sedikit gamat.

Tertiba aku terasa seperti ada makhluk sedang memerhatikanku, dan makhluk itu adalah Asrie. Dia merenungku sehingga aku gabra jadinya. Sah sawanku datang lagi. "Cit...kurang asam!.

"Kenapa Tie?"

"Teda apa-apa la Mil...".

"Tie, aku tengok si "admire" kau tu asyik tengok sini jak dari tadi"

"Mungkin, dia ada benda mau cakap sama aku, sebab tadi dia nda sempat cakap sebab Cikgu Yassir datang sudah". Padahal dalam hati turut mengia kata-kata Mira.

"Aku rasa dia suka kau".  Namil mula buat firasat salah.

"ya la Mil, aku pun perasan dia macam suka si Kicik".  Aku menampar lembut tangan Namil.

Huh! sahabat aku yang dua ekor ne memang berbakat dalam ilmu firasat..."kamurang ni suka kasi tambah perasan aku.  Kasi bagi harapan setinggi gunung.  Kalau pun betul firasat kamurang tu...si Mar buah hati pengarang jantung dia tu mau letak di mana? si "admire" punya taste perempuan cantik, putih,  Aku ni tahap cute jak, hitam lagi...mana la dia mau". 

"taste tu boleh berubah la". Kata Namil.  

Untuk menghentikan perbualan pasal Admireku itu, aku sengaja buat gedik-gedik macam Mar. "Aku cute kan" Cakap bah Mil, Mira. Pujilah aku cute. Perfect bilang". Mira dan Namil menutup telinga...tanda protes lah tu. Nasib baik Mira dan Namil tidak dengar pujian Asrie fasal wajah aku tadi.  Kalau tidak, mahu seminggu aku kena sakat dengan budak dua ekor ni.

Waktu rehat, kami semua berjumpa di Pondok Ilmu. Semua sepakat tidak ke kantin. Sudah menjadi kebiasaan setiap hari jumaat kami cuma akan ke kantin pada waktu pulang. Tiba-tiba aku teringat pasal ikrar yang aku buat semalam.

"Geng, lepas kelas nanti aku ada benda mau kasitau".

"Apa hal , Tie?"

"Ah! Kau nie Edop...nda sabar betul la".

"Oi! Zie...hari ni aku belum sebut lagi nama nenek kau tau".  Fahani mengejar Zie. Mereka saling bekejaran sambil mengejek nama nenek masing-masing. Al-maklum sajalah nama orang dulu-dulu kan agak unik dan pelik...he!he!he! Kami semua ketawa terbahak-bahak. Ketika kami berjalan menuju ke kelas masing-masing, kami terlihat Mar menangis, sambil melentokkan kepalanya ke bahu Asri, dan si Asri pula membelai rambut Mar. Fahani cepat-cepat memeluk bahuku.  Tiada lagi tawa yang keluar dari mulut member-memberku.  Semua terus diam. Aku memerhatikan gelagat mereka dengan hati yang sebal! Marah! Benci!




No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...