Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 7

 
Hari ini aku pergi ke kelas Komputer seorang diri. Fahani sakit,dia demam selesema. Aku kasihan dengan dia. Aku pergi ke kantin kerana kelas cuma akan bermula dalam masa 20 minit lagi. Tapi aku tidak jadi masuk, aku terlihat Asrie dan Mar sedang berdua-duan di kantin itu. Macam nak saja aku bertukar menjadi burung helang, agar dapat cakar lalu cengkam kedua-dua makhluk itu lalu buang ke Sungai Padas.

Asrie tersenyum manis di hadapan Mar. Mesra sungguh mereka diselang seli dengan tawa.  Tiba2 hatiku tersentuh. Air mataku bertakung di mata. "Steady Atie, jangan menangis, Asri bukannya suka kau". Aku yang bodoh kerana terperasan dengan senyumannya selama ini. "Ishh! bodohnya aku, baru jak dia tegur sikit-sikit, senyum sikit-sikit, aku dah cair...hah! inilah jadinya. Padan muka kau Atie". Aku memarahi diriku sendiri. Sebal dengan diri sendiri yang naif. "Ah!...relaks la Atie" pujukku di dalam hati.

Aku menguatkan semangatku untuk melangkah masuk ke dalam kantin. Aku membeli "coca-cola" dan "koyok" dan memberikan not 10 ringgit. Ketika menunggu wangku dikembalikan, Asrie menegurku.

"Fahani mana?".

"Sakit".  Aku mengambil wang baki dan bergegas pergi. Wah aku surprise dengan diriku, kali ini sawan gabraku tak datang walaupun Asrie berada dekat denganku. Ini satu perkembangan yang baik. Ketika mengambil buku nota komputerku di atas meja, aku sempat mencuri pandang ke arah Asrie. Kulihat dia seakan terkejut dengan tindakanku, mungkin kerana selama ini kalau dia menegurku, aku tidak pernah menunjukkan respond sebegitu; menjawab secara selamba. Agaknya selama ini, nampak sangat  yang tiap kali berkesempatan dapat bercakap dengannya, aku selalu bersemangat dan dengan wajah yang berseri-seri dan dengan senyuman yang meleret-ieret. ang pasti, penyakit keduaku, "sawan perasan" belum baik lagi. Aku masih lagi kuat perasan. Huh! Entah bilalah nak baik.

Sepanjang berada dalam kelas komputer, aku berfikir mengenai perasaanku terhadap Asrie. Aku akur Asrie tak akan menyukai aku. Segala senyuman dan layanannya terhadapku hanyalah sebagai seorang kawan dan bukannya kerana dia sukakan aku. Aku saja yang perasan habis, padahal Asrie tiadalah sampai hendak suka kan aku. Aku saja yang lebih-lebih. Perasan tak habis-habis. Tak boleh si admire tu bagi respond lebih, mulalah aku angau sendiri. Tapi tak boleh salahkan aku 100%, sebabnya aku kan ada penyakit 'sawan perasan' tu. Jadi taklah nampak sangat kebersalahan aku tu. Sudahnya aku tersenyum sendirian dan sebelum orang terperasan baik aku mematikan senyumanku itu.

Akhirnya aku buat keputusan untuk melupakan perasan sukaku padanya. Aku juga akan cuba untuk melupakan dia. Biarpun bukan itu kemahuanku. Aku teringatkan kata-kata Kak Yen.

"Jangan jadi hidung mancung pipi tersorong-sorong.  Nanti bikin malu".

Yes! Kak Yen. Aku tidak mahu dan takkan jadi macam tu lagi.  Ishh! aku ni sudah macam orang gila cakap sendiri-sendiri.  Ini kau punya pasallah 'admire' .  Tidak fasal-fasal aku yang gila sebab kau. Aku memerhatikan keadaan sekeliling lab computer, dan aku pasti tiada siapa yang perasan aku tersenyum-senyum sendiri dan melayani perasaan gilaku tadi. Hari ini aku pulang dengan azam yang baru. Aku akan umumkan azamku itu esok, hari jumaat. Tapi satu yang aku sebenarnya tak pasti lagi, adalah kekuatanku untuk melupakan Asrie...si admireku.




No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...