Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 6

 

"Mee goreng special 6 makcik", aku mengorder makanan. Setelah pesanan sampai kami pun bersarapan. Dari jauh aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat ku kenali. "Admire", kataku di dalam hati. Tiba-tiba aku teringatkan mimpiku semalam. Masih terbayang di otakku wajahnya dalam mimpiku itu, bersungguh-sungguh benar...he!he!he!. Aku ketawa di dalam hati. Setelah siap bersarapan, kami terus menuju ke kelas masing-masing.

Hari ini aku merasa begitu gembira sekali, semua pelajaran dapat aku tumpukan dengan sepenuh perhatian. Mungkin aku gembira dengan mimpi semalam. "Ceh! baru mimpi  happy gila sudah, belum lagi real...agaknya kalau real aku jadi macamana ya?". Cikgu Yassir terus dengan pengajarannya. Cikgu Yassir mengajar mata pelajaran ekonomi. Tanganku terus mencatit isi-isi penting. Sesekali aku mencuri pandang wajah "admire". "cutenya dia", bisik hati kecilku. Aku teringatkan mimpiku semalam. Aku tersenyum sendiri namun ingatanku mati apabila lonceng berbunyi.

"Baiklah pelajar semua, cikgu mahu kamu buat nota dalam bab ketiga dan hantar kepada cikgu on friday. So, sekarang hari Rabu. kamu ada masa 3 hari lagi, cikgu akan nilai nota kamu dan markah nota ini akan dicampurkan dalam ujian kamu nanti".

"Cikgu, bila tarikh ujian? soal bakri. 

"25hb nie. Oh! ya sebelum terlupa, cikgu mau kamu semua menunjukkan disiplin yang baik semasa lawatan rombongan sekolah dari Brunei tu, okay?

"And...cikgu mau ucapkan tahniah sebab class kamu cantik sudah dan nampak smart". Kami semua bertepuk tangan. Aku memandang ke arah Asrie. Dia tersenyum. "Aduh mak, cutenya dia". Aku membalas senyumannya dan hatiku berbunga kembali. Mau saja aku mengeluarkan bunga-bunga berserta "love-love" berwarna merah dan pink dari mulutku namun aku masih sedar sepasti mungkin yang as a 'human" sudah pasti mulutku tidak boleh mengeluarkannya. Lainlah kalau aku ini kartun. Saat ini juga aku ingin sekali bertukar menjadi kartun agar aku mampu untuk mengeluarkan "bunga-bunga" dan "love-love" itu...he!he!he!. Ya! sudah pastilah itu satu kemustahilan yang nyata.

Tepat jam 9.00 pagi, rombongan dari Brunei itu datang. Kelas pertama yang di lawati mereka adalah kelas kami kerana kelas kami satu-satunya kelas Tingkatan 6 yang berada di tingkat bawah. Kami memberikan ucapan tanda hormat kepada mereka. Bakri dan Cikgu Yassir selaku guru kelas memberikan sedikit penerangan. Aku lihat Tuan pengetua tersenyum lebar. Mungkin dia berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Bakri dan cikgu Yassir. Tidak lama kemudian mereka pun beredar untuk naik ke tingkat atas, iaitu kelas tingkatan enam yang lain.

"Semua pelajar tingkatan enam, diminta untuk naik ke dewan sekarang juga". Cikgu Alwi memberikan pengumuman melalui intercom. Semua pelajar tingkatan enam bergegas naik ke dewan. Di dewan, aku dan member-memberku terus berkumpul. Pelajar-pelajar yang lain juga mula berkumpul bersama dengan member masing-masing.

"Geng, nampakkah tu 'girl' yang cantik, mari pi tegur dia?". Mira menuding jari ke arah satu sudut tepi tingkap.

Kami terus pergi ke tempat budak perempuan yang di maksudkan oleh Mira. Tiba-tiba mataku tertumpu pada dua makhluk, 'Admire' dan 'Mar'. "Ishh! sakit pula hati aku". Kak yen menarik tanganku. Mungkin dia perasan yang aku sedang memerhatikan pasangan itu. Kami berkenalan dengan budak perempuan yang oleh Mira tunjuk tadi. Ismarti namanya. Dia cantik orangnya, mungkin kerana keramahan kami dan keramahan Ismarti menyebabkan kami mudah mesra.

"saya dapat agak, kamu semua ni...kawan baik kan?". Kami bertujuh ketawa.

"Ya...dari form one sampai la form six". Kata Fahani.

Aku masih lagi memerhatikan gelagat couple itu. Sakit betul hatiku melihat Asrie ketawa mesra dengan Mar. Sesekali Mar akan menampar bahu Asrie. "Gatal", umpatku di dalam hati. Ishh! kalau diikutkan hati mahu saja aku tembak makhluk berdua itu. Sedapat mungkin aku cuba menyembunyikan perasaanku yang di kala ini sedang cemburu dan makan hati. Tiba-tiba Ismartie bertanya...

"Atie ni memang pendiamkah?".

"Dia kalau lapar memang pendiam". Kata Mira sambil menepuk bahuku.  Aku memandang Mira dengan mata yang membulat.

" Tapi kalau si Mira yang lapar, lagilah Ismarti.  Pandai menangis tiada bunyi". Balasku sambil mencubit tangan Mira.  Kami ketawa.  Perbualan seterusnya berkisar tentang keadaan sekolah di Brunei.

Tiba-tiba jantungku berdebar2, rasanya macam 'sawan' aku datang lagi. Asrie memandangku. Agak lama mata kami bertentangan dan saat ini, aku pasti 'sawan gabraku' tidak menyerang. Buktinya aku berani bertentangan mata untuk pertama kalinya. Akhirnya aku mengalihkan pandanganku, bila Mar memerhatikanku. Dari jauh aku nampak Mar memegang muka Asrie dan saat kemenangan ku rasakan dalam diri dan hatiku, bila Asrie menolak tangan Mar. Kulihat ada riak rajuk di muka Mar, tapi tak dipedulikan oleh Asrie dan senyuman kemenangan terpamer di mukaku....hahaha!. Hari ini aku benar-benar tersenyum puas. Tapi entah kenapa aku kasihan juga pada Mar...ah! lantaklah, lagipun bukannya Asrie tengok aku tadi, dia tengok Ismartie. diakan cantik orangnya.

"Ramainya pelajar perempuan berkenalan sama si Asrie".

"Ya bah...Milah.  Ramai ni"

"Orang handsome la katakan". Aku tersenyum mendengar statement kak yen. Aku akui, Asrie memang handsome orangnya dan aku sedar sepasti-pastinya yang aku sebenarnya tidak layak memiliki cinta Asrie. Bagai langit dengan bumi jauhnya.

Rombongan sekolah dari brunei itu balik pada pukul 12 tengah hari. Kami bertukar-tukar alamat dengan Ismarti. Sebelum rombongan dari Brunei itu balik kami sempat bergambar. Ismarti berjanji akan mengirimkan gambar yang kami ambil tadi.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...