Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 5

 
"Oii lapik meja aku mana, Tot?".

"Neng, ni nah". Rosita atau Itot meletakkan pelapik berwarna biru itu ke atas setiap meja. Kami semua memulakan proses melapik meja.

"Bah...lapik meja tu kasi smart-smart ah" arah Bakri, ketua kelas kami.

Dalam sibuk-sibuk melapik meja, tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara Julie.

"Geng, cantikkah benda yang aku buat ni?". Julie menunjukkan benda yang di bawanya. Merupakan huruf-huruf  polistrene yang dibentuk seperti ulat. Nampak cute sangat huruf-huruf itu pada pandangan mataku. Warnanya pelbagai, ada yang biru, hijau dan kuning. Huruf-huruf itu membentuk perkataan "selamat datang ke kelas 6 sastera".

"Julie, apasal huruf-huruf kau tu bentuk ulat? tanya Neng. "Kau ni macam ada udang disebalik mi ja?"

"Yalah, sebab tadi aku dengar ada yang mau mengurat pelajar lelaki Brunei tu, jadi aku buatlah bentuk ulat...kan double meaning tu".

"Oh! jadi kau menyindirlah kunun ni, kurang asam kau Julie".

Julie cuma tergelak. Aku pulak sudah pasti tersenyum kerana Mira dah menguis tanganku, nak bagitahu yang dia tersindirlah tu, apa tidak, kan dia antara salah seorang yang ada agenda hendak mengurat students lelaki dari Brunei tu...hehehe!. Julie sememangnya seorang kreatif, walaupun dia nakal dan suka cakap lepas, namun tetap disenangi oleh kami semua.

Dalam sibuk-sibuk melapik meja, aku masih sempat mencari seseorang. "Mana dia ni, Wahai! Admire...where are you?. Off course aku cuma berteriak di dalam hati. Entah kenapa perasaan aku semacam saja, yang aku hairan meja dia dah berlapik kemas.

"Atie...Atie". Namil memegang bahuku.

"Mil, kau panggil akukah?".

"Ya, tuli, dua kali aku panggil nama kau".

"Sorry Mil, aku nda dengar".

"Kau apahal ni?, semacam jak aku tengok...kau cari admire kau tu kan?". Alamak terror betul Namil menduga hati aku.

"Ishh!...tidaklah. Napa?".

"Mana dawai kokot kita tadi?".

"Ni nah, bah!". aku menghulurkan dawai kokot kepada namil.

"Jom kita pi tandas", ajak mira.

"Kamu pegilah ah, aku malas mau jalan. Tapi, kamu jangan n lama-lama pula ah!

"Ai...ai Kicik. Mil mari".

"Hai Atie, boleh aku tolong?", satu suara menyapaku dari belakang.

Dub....jantungku berdebar. Aku pasti itu suara admire. Alamak penyakit sawan gabra aku datang lagi.

"Ndapalah, mau siap sudah ni". Aku cuma tersenyum tapi cuba menampilkan senyuman yang paling cute sedapat mungkin dan yang penting nak menyembunyikan sawan gabra aku di hadapannya. "Iskk! bodohnya. Inilah chance aku, cubalah aku cakap macam ni, "boleh, apa salahnya".  Ishh! Lepas peluang betul. "Cit...kurang asam"...Aku memarahi diriku sendiri. Ketika aku menoleh ke belakang, sekali lagi penyakit sawan gabra aku menyerang, tapi kali lebih hebat kerana disusuli dengan rentak jantungku yang sudah mengalunkan irama hiphop 4u2c.  Asrie duduk dikerusiku. Aku hanya tersenyum untuk meredakan debaran jantungku. Dalam hatiku hanya tuhan saja yang tahu.

"Minta-minta janganlah dia tengok aku", doaku di dalam hati. Isshh! gabranya.  Aku memberanikan diri menoleh ke belakang. "Alamak, dia tengok akulah...arghhhhh! Malunya". Aku tidak berani lagi menoleh ke belakang. "Ishh...mana dorang Mira ni?". Tiba-tiba dalam kegabraan itu, 'Paaakkk', Stepler terjatuh dari meja. Sudah jadi persoalan pula sama nak ambilkah tidak. Aku berfikir di dalam hati..."baik aku ambik, kalau nda nanti ketara sangatlah aku gabra". Ketika aku hendak mengambil stepler yang jatuh, secara spontan Asri juga hendak mengambilnya, dan sudah tentu insiden itu menyebabkan Asrie terpegang tanganku yang halus ni. Arghh! aku cepat-cepat menarik tanganku.  Adegan TERpegang tangan itu membuatkan aku teringat babak-babak dalam drama cinta siap dengan lagu latar, " This time I love you much better". Alah OST Santa Babra tu bah. Ha!ha!ha!. Aku menyembunyikan senyuman takut kedapatan. 

"Sorry..."kata Asrie.

"Aku pun sorry juga". Aduhnya malunya masa tu. Putih betul tangan dia jika digandingkan dengan kulitku, macam black and white pulak...hehehe!  Masa ini terngiang-ngiang lagu Black Or White, Micheal Jackson".

"Asrie,  aku cau dulu".

"Eh!...siap sudahkah?".

"Kira siaplah ni kan kalau begini", kataku sambil menunjukkan mejaku yang  sudah kemas berlapik.

Aku lihat mimik mukanya seperti tidak mahu aku pergi. Arghh! penyakit kedua aku "sawan perasan" menyerang lagi.  Nasib baiklah penyakit ini tidak bahaya.  Kalau tidak...mahunya aku sudah tahap kritikal sekarang ni...hehehe! Ketika aku sampai ke pintu kelas, mata aku masih sempat melirik padanya.  Kami saling berpandangan tanpa senyuman dan ketika kaki kanan aku mencecah lantai koridor, Asrie menundukkan mukanya. "dia mau aku lepak dengan dia kejapkah?".  Tengok aku perasan sekali lagi. tapi.  "Ahh!...ndalah kali.  Mungkin dia sedih sebab Mar tiada di sini di sisi dia...ermmm" . Hati kecilku meneka-neka.

"Kurang asam, sini pula kamu, berak batukah?".

"Sorryla Tie, kami saja tunggu kau sini...yalah, takkan mau ganggu drama cinta tadi".

Aku cepat-cepat menarik tangan mira. "jadi...?".  Malu kalau dorang ternampak adegan TERpegang itu tadi.

"Jadi, tiadalah". Aku menarik pula tangan Namil.  Mira jangan cakaplah, muka dia sudah macam pelakon dalam babak-babak cinta dalam drama tu.

"Kami nampak Asrie tegur kau, jadi kami tidak mau ganggu kamu, kami terus jak la cau".

"Aku punyalah harap kamu ada tadi...gabra betul aku. Macam mau tercabut segala urat sendi aku termasuklah jantung-jantung aku sekali". 

'eleh...tapi hati kau berbunga-bunga kan?".  Mira berlari sambil ketawa.  Aku geram betul dengan muka mengejek Mira.

"Miraaaa...Awas! kau sana". Aku terus mengejar Mira yang ketawa terkekeh-kekeh.  Sampai di pintu kelas kami sedikit tercungap-cungap kerana berlari.  Aku lihat Asrie sedang membantu Julie memasang huruf polistrene di dinding belakang kelas.

Aku membantu Mira dan Namil melapik meja mereka kemudian menyambung semula kerja gotong-royong membersihkan kelas. Asrie sedikitpun tidak memandangku. Hairan. "Ahh! lantaklah".

Gotong-royong itu berakhir pada pukul 4.30 petang. Aku, Mira dan Namil singgah ke rumah kak Tymah untuk membeli aiskrim. Ketika kami sampai di pagar rumah Kak Tymah, aku lihat Asrie, Dasuki, Azlan dan Julie sedang duduk di kerusi kayu di luar rumah kak Tymah. Argghh!...malunya aku.

"Tie...Admire kaulah.  Aku syak dia tengok-tengok kaulah".  Aku mencubit tangan mira. 

"Aduh sakitlah...banyak nyamuk oh sini".

"Kau ingat, dia tu suspek penjenayahkah mau syak-syak".  Mira membuat aksi menepuk nyamuk.  Aksi Mira memang mencuit hati.  Akhirnya, kami bertiga ketawa.

Dari jarak sederhana jauh aku dapat melihat Dasuki menguis tangan Asrie. Asrie memandang aku dengan mata besarnya yang bundar. Aku pula pura-pura tidak nampak.  Takut sawan gabra datang kembali.

"Tie, kau mau asikrim apa?"

"Jagung dengan Keladi"

Ketika hendak pulang, aku senyum pada Asrie, tapi dia tidak membalas senyuman aku. Arrgghh! malunya aku. Kenapa? baru tadikan dia, Ahh! pedulilah.

Sampai sahaja di asrama, aku terus membuka tudung dan duduk di atas lantai sambil memakan aiskrim begitu juga Namil dan Mira.

"Ehh...mana dorang ni? Masa Prep pun sudah habis ni?".

"Mil, berapa banyak kau beli aiskrim tadi, cukupkah untuk dorang?"

"Mestilah cukup".

"Assalammualaikum?"

"Waalaikumussalam"

"Ciannya Kak Yen, tolong ambil kain kami.  Terima kasih Kak yen.  Napa tidak tunggu kami, kita ambil sama-sama?"

"Nda apalah, bukan susah juga. Member kita yang lain pi berbaris di dewan ambil minum petang".

"Assalamuaikum warahmatullahi wabarakaaaaaaaaatuh, sukacita dimaklumkan hari ini, kuih kegemaran seaspura-seaspuri", Fahani menunjukkan karipap di dalam plastik hitam.  Yakin aku, dia sudah tapau lebih dari yang sepatutnya.

"Wow! karipaplah", Aku berteriak gembira.  Rasanya sudah 2 minggu kuih karipap menghilangkan diri dari dewan makan.  Asyik-asyik biskut marie kering.

Kami ketawa serentak. Lucu rasanya makan kueh karipap tapau @ mencuri karipap. Entah berapa banyak students tidak dapat makan...he!he!he! rasa bersalah ada juga dalam hati. 

"Uiii kamurang, romantik tau drama si Atie tadi"

"Mira, awas kau sana ah!"

"Cepat ceritaaaaa...cepat-cepat".  Fahani terus menahan tangan Mira yang baru hendak menyuapkan karipap kedua ke mulutnya.

" Woi! bagilah aku makan dulu"

"Teda-teda...cerita sekarang"

Member-memberku yang lain terus memandang ke arah Mira sambil makan aiskrim dan karipap. Muka pula curious betul. Keadaan ini, bolehlah bayangkan muka makcik-makcik yang sedang menunggu berita sensasi.

"Sabar la Far...jangan gelojoh"

"Mil...kaulah cerita".

Namil menceritakan kejadian di sekolah tadi. Best jugak cara Namil bercerita, siap dengan mimik muka dan intonasi yang menyakinkan. Aku cuma tersenyum melihat telatah sahabat-sahabat baikku itu sambil menidakkan untuk cerita yang disengaja disensasikan oleh Namil dan Mira. 

"Tie...aku tau, mesti kau tengah flash back balik ni kan?"

"Ishh!...nda la". Kataku menahan rasa malu sebab kedapatan.  Tabik betul aku dengan kau Zie.  Patutlah kau masuk Kelas Sains. Otak kau yang genius itu boleh saja manaakul perasaan aku kala ini.

"Nasib baik Mira dengan Namil tidak nampak adegan terpegang tangan tu", aku berkata di dalam hati sambil tersenyum. 

Selepas mandi, aku melipat kain bersama Fahani. Manakala member yang lain buat hal masing-masing. Mira memakai bedak di muka. Mira ni suka bergaya orangnya, Namil pula 'iron' baju. Kak Yen dengan Milah masih mandi. Aku dengan Fahani berborak-borak mengenai lawatan esok. Rasa teruja hendak berkenalan dengan pelajar dari luar negara.

Seperti biasa jam 8.30 malam, kami ke prep malam. Kami mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Tapi kebanyakan pelajar, semuanya bercerita berkisar lawatan pelajar dari Brunei esok.  Aku tidak dapat menumpukan perhatianku. Fikiranku melayang-layang pada peristiwa petang tadi. Mula-mula terasa indah sangat.  Tapi akhirnya, jadi kelat.

"Kenapa Asrie tidak balas senyuman aku? Aarrgghhh! menyesal aku senyum dengan dia tadi. Entah-entah dia cop aku gete' pula" Teriakku  di dalam hati. Tepat jam 10.30 lonceng pun berbunyi. Kami mengemas buku dan naik ke bilik. Malam ini kami semua malas nak supper. Aku terus membersihkan diri. Di katil aku mengelap mukaku dengan towel muka "Bodyshop" yang aku beli minggu lepas. Aku mengenakan ubat jerawat jenama OXY di mukaku.

Kurang asam punya jerawat, mau tumbuh pun mintalah kebenaran. 

"Kak yen, bilang mau pakai oxy"

"Mau-mau, tengoklah ni jerawat di atas bibir, bikin tambah bida ja nanti".  Aku menolong Kak Yen mengenakan OXY ke mukanya.

"Milah pun mau jugak".  Aku menyerahkan OXY pada Milah. Mira, Namil dan Fahani juga turut sama memaki oxy.  Aku kira semua tidak mau kelihatan tambah bida esok bak kata Kak Yen.

"Okayla, jom kita tidur...good night dan Assalamualaikum". Kak yen terus menutup lampu. 

Aku membaringkan tubuhku dan cuba untuk melelapkan mata, namun payah. Fikiranku masih melayang-layang pada peristiwa petang tadi. Masih jelas terbayang renungan mata Asrie.  Lebih-lebih lagi masa dia terpegang tanganku.  Aku memasang radio seludupku (pihak asrama tidak membenarkan pelajar membawa radio) ."Romantika di Tampoi". Macam tahu-tahu saja DJ radio ni.  Macam tiada lagu lain.  cubalah pasang lagu, Exist...Di Kalaku keseorangan, Kenangan pun datang menjelma lagi, terbayang saat-saat nan manis...ceh! macam tidak kena pula. Hahaha!

"Atie...aku menyintai kau", bisik Asri di telingaku. Aku malu dan tunduk lantas tangan Asri mengangkat daguku. "Adakah kau masih sangsi dengan cintaku?"

"Tolonglah atie, aku benar-benar menyintaimu". Asri memegang bahuku. Aku masih membisu seribu bahasa.

"Atie...", tegas betul suara Asrie sambil menggoncang bahuku.

"Tie...Atie...bangunlah...cepat mandi, sembahyang subuh".

"Emm...", aku membuka mata...dan alangkah terkejutnya aku kerana yang menggoncangkan bahuku bukanlah Asrie tapi Kak yen. Aku ketawa di dalam hati.  Cepat-cepat aku istighfar kerana mimpi begitu.

"Bangun".

"Okaylah, bangunlah ni".

"Tu masih baring lagi. Isshh..liatnya adik aku yang sorang ni...kita kan mau sarapan di Kantin hari ni"
" Oh! Ya kan, Kak yen. Okay-okay bangun sudah ni".

Aku tersenyum sendirian.  Rupanya aku cuma bermimpi. Siap pegang-pegang dagu, hai bikin berdosa saja. Tapi paling aku tidak tahan adalah ayat-ayat skema dalam mimpi aku itu. Aku tapuk-tapuk ketawa sekali lagi.  Kami turun ke bilik air utama di tingkat bawah.

"Oii! Tie, kenapa konon kau senyum-senyum jak dari tadi ni.  Macam mau gila sudah kawanku ni tau?" Tanya Milah sambil meletakkan colgate di berus gigi.

"Hampir-hampir gilalah tapi belum lagilah'.
 
"Kau termimpi admire kau ni kan, semalam?"

"dub!"...jantungku berdebar dan di dalam hati aku salute betul dengan Zie. "Gua Tabik lu Zie, memanglah otak lu ni genius".

" Nda lah, senyum pagi kan baik untuk kesihatan". Aku pegang berus gigi.

Selesai mandi kami menunaikan solat subuh berjemaah di surau. Kemudian bersiap dan bergerak ke sekolah untuk sarapan pagi di kantin.


No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...