Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 4

 

"Cikgu mahu kamu semua bersihkan kelas, meja-meja ni mesti dilapik dengan rapi, kalau boleh buatlah perhiasan untuk kelas, bolehkan? Cikgu Yasir memberikan arahan. "Esok sekolah kita akan menerima lawatan dari sebuah sekolah di Brunei, jadi pengetua minta semua kelas mesti bersih dan kemas.

"Ya kah cikgu, wow ada canlah mau mengurat student pempuan", Julie berkata selamba. Julie sememangnya seorang yang bermulut celupar.

"Isshhh...gatal ", kata Neng mengejek sambil mencebikkan mukanya ke arah Julie.

"sudah-sudah, cikgu harap kamu dapat membuat sedikit makeover dengan kelas kita ni, okay? gunakan duit kelas yang kita collect minggu lepas".

Kelas menjadi riuh rendah setelah cikgu Yasir keluar dari kelas. Semua sibuk bercerita pasal lawatan dari Sekolah Brunei itu.

"Tie, ada canlah  mengurat ni, mesti ada boy yang cun gila".

"Astaga! Mira, kalau cun pun tapi gila, buat apa".  

"Mira, aku rasa pun macam tu, eii...bestnye".  Namil mencelah sambil memeluk bahu Mira.

Aku cuma tersenyum melihat telatah dua sahabatku itu. Aku, Mira dan Namil sekelas dalam kelas 6 Sastera, Kak Yen, Far dan Milah pula di kelas 6 Ekonomi dan Zie pula di kelas 6 Sains. Zie adalah sahabatku yang paling pandai. Dia selalu jadi rujukan kami semua. Tabik aku dengan Zie.

Setelah berbincang kami semua bersetuju memilih lapis meja berwarna biru muda.

"Petang ni kita ada gotong-royong, pukul 3.00 petang", Bakri memberikan arahan.

Masa akhir kami dihabiskan dengan bercerita dengan member sekelas. Tiba-tiba Mira menguis sikuku. "si Mar datang". Aku hanya mendiamkan diri. Aku memerhatikan Asrie, tiba-tiba perasaanku berdebar bila dia membalas pandanganku. Lirikan matanya begitu tajam, tak terdaya aku menentangnya. Ceh! menyampah...hehehe!. Aku lihat Mar memegang tangan Asrie, mungkin dia bertanya "kenapa"(pandai-pandai saja aku meneka...hehehe). Namil memeluk bahuku.

"Sabarlah Tie, aku tengok si Asrie tu macam malas ja mau layan si Mar tu".

"Mengada-ngada betul tu perempuan", tambah Mira lagi.

Aku cuma tersenyum mendengar ocehan sahabat-sahabatku itu. Dalam diam aku mengiakan hipotesis mereka. Senyumanku punya 3 maksud, 1. aku sedang menahan diri dari rasa cemburu. 2. Aku bangga kerana sahabatku ikut-ikut berasa sebal dengan Mar, padahal pantas saja mereka tidak perlu berasa begitu. Adeh!  3. Aku lucu dengan ekspresi Mira. Melihat mimik mukanya, buat aku rasa lucu.  Rasanya, kalau Byaem nampak, mesti Byaem akan tegur supaya jangan buat muka maam tu.

      Kriiiinnnngggg! Yes, pulang. Kami segera mengemas buku. Bakri sekali lagi mengingatkan kami tentang gotong-royong kelas petang nanti.

"Atie, kami tunggu kau di tangga belakang ah".

"Okay, sekejap ya". Ketika aku hendak keluar, Asri juga hendak keluar. Gabranya aku. Entahla kenapa....penyakit gabra ni datang setiap kali aku berdekatan dengan Asrie. Alert betul arial aku ni.

"Ya, Allah kuatkan hatiku, steady girl, relaks". Asrie tersenyum manis. "cutenya dia"bisikku di dalam hati. 

"Patutlah lambat, buah hati lalu sama. Usik Namil.

"Kau terbreakkah tadi? Tanya Mira pula. Serentak dorang ketawa dengan muka yang sudah dapat aku gambarkan apa yang ada dalam otak mereka.

Aku pun ikut ketawa kerana aku juga ikut membayangkan babak cinta dalam drama.  Aksi tampar-menampar bahu berterusan sampai ke hujung kelas. Di sana member keras kami sudah menunggu.  Sempat hati kecilku berkata-kata. "Aku rasa dia sengaja lambat-lambat keluar, supaya dapat keluar seiring dengan aku". Ini satu lagi penyakit aku, kuat sangat "perasan" bila menyangkut-paut pasal admire aku ni. Tapi, Wow! alangkah bahagianya kalau dia pun suka sama aku. Cinabeng betul perasaan ini.

"Oiii...kicik, sudahlah gila bayang nanti nda pasal-pasal jadi gila betul".

Aku tergelak mendengar statement Kak Yen. Isshh! tak rela rasanya menjadi gila hanya kerana gila bayang. Tak sanggup rasanya menjadi salah seorang penghuni setia Bukit Padang, apalagi Tanjung Rambutan. 

******
Sampai saja di asrama, seperti biasa kami akan menukar pakaian, solat dan bersedia untuk turun makan di dewan.

"Okay, mari kita turun makan, Kak Yen lapar sudah ni".

"bah mari kamu, cepat. Kesian aku sama 'jumbo' kita ni".

"Zie, apelah kau ni panggil Kak Yen 'jumbo'...Kak Yen kan pangkat kakak ngan kita".

"Milah jak ni  yang sayang Kak yen".

"Sorry Kak Yen, Zie bergurau ja bah tu...jangan  marah, bah".

Di dewan makan, seperti biasa, style asrama kenalah beratur ambil nasi di tray biru. Kami semua mengambil sudut di meja hadapan dewan makan dan  berbual-bual, flash back apa yang berlaku semasa di sekolah tadi.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...