"Hari ini cikgu nak umumkan nota yang paling terbaik, dan nota terbaik bulan ni ialah Nurul Atiqah dan Mohammad Asri". Aku berdiri sambil memandang pada Asri yang juga turut berdiri, dia tersenyum padaku. Cikgu Yassir meneruskan pengajarannya selepas mengumumkan nota terbaik bulan ini. Kata cikgu Yassir, dia bukan berniat untuk mendera pelajarnya membuat nota, tetapi salah satu cara dia untuk membentuk palajarnya. Cikgu Yassir kata, ini teknik paksa rela supaya kami rajin baca buku nota dan salah satu teknik supaya kami terbiasa menulis esei. Rasanya teknik cikgu Yassir ni berkesan juga. Sebab setiap kali dia menuruh kami membuat nota, kami akan bertungkus lumus menyiapkannya dan berusaha menjadi penulis nota terbaik...hehehe!
" Baiklah, sekarang cikgu nak umumkan markah ujian ekonomi minggu lalu, Tahniah! Awak semua lulus...macam ni lah yang bagus, dari segi pencapaian...cikgu rasa bangga sebab secara puratanya keputusan awak semua ada peningkatan". 30 minit sebelum masa cikgu Yassir tamat, kami habiskan dengan mengumumkan markah bagi semua pelajar dan membuat pembetulan pada kertas ujian. Setelah cikgu Yassir keluar dari kelas, Mira menguis tanganku.
" Tahniah, Atie", Asri menghulurkan tangannya.
" Tahniah untuk kau jugak", Asrie tersenyum manis padaku. Senyuman dia yang bikin cair. Kalau begini, sawan gabraku bakal menyerang pada skala 10. Aku rasa dia perasan yang aku malu sebab aku rasa pipiku panas. Sebenarnya aku agak terkejut kerana kelmarin dia begitu galak kepadaku. aku juga agak galak kepada dia kelmarin.
"Kita belajar sendiri, cikgu Alwi ada hal yang tak dapat dielakkan. dia nda dapat masuk kelas, tapi dia pesan supaya kita jangan bising" Bakri menyampaikan pesanan cikgu Alwi.
" Yahoooo!", Julie bersorak gembira. Kami semua ketawa melihat gelagat Julie. Rasanya semua pelajar gembira bila dapat peluang begini sekali-sekala. Kami mengambil peluang ini dengan membuat hal masing-masing. Tiba-tiba mira mengadu sakit perut.
" Mari bah kasi kawan aku pi tandas, aku mau melabur". Aku dan Namil ketawa.
" Marilah Tie, kita kasi kawan si Mira ni...nanti tecirit pulak dia di seluar",
" Bah mari. Kesian pula tengok muka dia tahan cirit". Mira cuma merengus, membuatkan Aku dan namil makin ketawa. Tiba-tiba sawan gabraku datang, satu suara menyapaku dari belakang.
" Atie, boleh aku bincang sikit sama kau kejap?"
" Tie, kau bincanglah...biar aku jak kasi kawan Mira", kata Namil sambil senyum. Senyuman yang sudah kufaham benar maksud tersiratnya. Mira sempat bagi pesanan maut pada Asri. Membuatkan Asri tersenyum cute. Senyuman yang selalu buat aku cair macam aiskrim.
" Asrie, kau tolong jaga baik-baik kawan kami ni ah!"
"Orait...wajib", Asrie tersenyum lagi. Aku membesarkan mataku pada Mira dan Namil. Mira sempat mengenyitkan matanya padaku sebelum pergi ke tandas.
Asrie menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Duduk berhadap-hadapan dengan dia buatkan sawan gabraku menyerang lagi. Aku cuma mematungkan diri. Suaraku agak malu-malu kucing untuk keluar. Dalam 5 saat awal kami cuma berpandangan sesama sendiri. Baru saja Asri hendak bersuara, tiba-tiba Byaem datang. Wajah Asri berubah.
" Atie cepat, kita kena pergi ke tempat pertandingan tu".
" Oh! sekarangkah? okay kejap ya".
" Sekaranglah. Aku tunggu kau di luar". Byaem mengangkat tangan kanannya kepada Asrie. Tanpa reaksi balas daripada Asrie. Byaem cuma mengangkat bahu sebelum mengangkat tangannya kepada Dasuki dan Julie.
"Okay Byaem....jap ya".
" Asri...sorry, aku kena pegi tempat pertandingan, nanti aku balik kita sambung perkara yang kau mau bincang tu ya"
"Okay". Perlahan saja suara Asri. Wajahnya berubah. Aku melangkah keluar kelas ikut pintu belakang. Ketika aku menoleh, Asrie tumbuk meja Mira. Ketika aku hendak keluar dari kelas, aku sempat melihat Dasuki dan Julie menepuk-nepuk bahu Asrie. Aku terdengar Dasuki menyebut perkataan 'sabar'. Asri memandang ke arah kami dengan wajah yang keruh.

No comments:
Post a Comment