Aku tidak dapat menumpukan perhatianku pada lukisanku. Padahal pada kebiasaannya, kalau aku berada dalam dunia lukisanku aku selalunya leka dan berada dalam dunia itu tanpa sedar keadaan di sekelilingku. Hatiku tertanya-tanya apakah erti tindakan Asri tadi. Aku hairan betul dengan respondnya terhadapku akhir-akhir ini. "Arggghh...Asri ada masalahkah? Entahlah".
"Atie, kau sakitkah?", tanya Byeam membuatkan aku terkejut.
"puuuhh...semangat", Byaem tersengih melihatku yang agak terkejut.
"Ndalah...sebenarnya aku melamun fikirkan hal dunia", balasku sambil tangan ligat meneruskan lukisanku yang terhenti tadi.
"Ceh! hal dunialah kunun. Aku rasa si Asrie suka kau. Hari tu masa di asrama kami ada bergaduh sebenarnya",
Aku terkejut dengan pengakuan Byaem. Aku berhenti melukis dan meletakkan berus pada papan lukisanku.
"Kamu bergaduh?". Rasanya mukaku agak cuak sedikit, kerana Byaem tiba-tiba saja tersenyum dan meletakkan berusnya pada papan lukisannya juga.
"Dia sindir aku",
"Dia sindir apa" Rasa ingin tahuku memuncak.
"Dia cakap aku ni macam mesin pecantas...suka cantas bunga, rumput segala" cerita Byaem sambil tersengih yang padaku macam kerang busuk.
"Jap-jap...napa pula hal segala mesin pecantas tempat kamu bergaduh?" tanyaku.
"kiasan bah, kiasan. Kau pura-pura nda faham ni kan? tanya Byaem sambil jari telunjuknya di acukan ke mukaku.
"Nanti kau cop aku cepat perasan pula, kalau aku sangka kunun kau potong jalan dia mengurat aku". jawabku. keningku sengaja dikerutkan.
"Jangan risau, sangkaan kita sama. Aku pun rasa dia ingat aku mau potong jalan dia" jawab Byaem sambil ketawa.
"Habis kau cakap apa...?", tanyaku cuak, pasti mukaku menunjukkan rasa ingin tahu yang membuak-buak.
"Aku cakap, lebih baik jadi mesin pecantas dari jadi orang bisu...at-least mesin pecantas tu ada juga faedahnya...tolong cantas bunga sama rumput", kata Byaem masih dengan mukanya yang selamba sambil tangannya mengambil semula berus lukisannya.
"Buduh". Kataku sambil ketawa menyembunyi rasa.
"Nasib baik dorang si Julie sabarkan si Asrie, sebab aku tengok dia macam mau tumbuk aku sudah", tambah Byaem lagi.
Kali ini aku betul-betul cuak, terkejut dengan tindakan Asrie. Dadaku terasa bedebar-debar bila mengingat aksi Asri menumbuk meja tadi. Rasanya kalaulah Asri tumbuk Byaem hari tu, mahu lebam lembik si Byaem ni.
"Syukurla kamu nda bertumbuk, kalau nda maunya kau lebam-lebam sudah sekarang ni...dan yang paling bikin susah mesti jadi kes, kena panggil warden, pengetua".
" Ya...aku jak lah yang lebam, dia nda?"
"Iya... kamu dua-dualah bah nanti berlebam. Jadi kes". Byaem cuma ketawa mengekeh mendengar omelanku. Suasana diam selepas itu. Masing-masing sibuk meneruskan lukisan.
"Atie, kalau kau penat, rehatlah", kata Byaem memecah keheningan. Mungkin kerana Byaem melihat aku beberapa kali memicit tengkukku dan juga keningku.
"Ndapalah Byaem, aku okay jak ni...lenguh sikit jak". kataku lembut sambil memandang Byaem. "Lagipun masa pertandingan hampir sudah".
Lonceng pulang berbunyi, Aku dan Byaem bergegas turun ke kelas masing-masing untuk mengambil beg. Sampai di kelas, kulihat Mira dan Namil juga sedang sibuk menyusun buku.
"Mil, boleh tolong bawa buku aku?" pintaku lembut.
"Boleh bah, Tie kau nda balik hostelkan?" tanya Mira. Aku cuma menggelengkan kepala sambil cakap "Nda".
"Okay Tie, kami jalan duluan ya", kata Namil sambil menepuk bahuku.
"Tie, si Asrie tengok kau", bisik Mira di telingaku. Aku tersenyum malu.
"Hai, aku pinjam nota kau ah!", kata Asrie sambil menunjukkan buku notaku di hadapanku. Mira dan Namil mengenyitkan mata dan memberi isyarat yang mereka balik duhulu.
"Asri, boleh aku pinjam nota kau?", tanyaku sambil tersenyum paling cute kukira. Sebab hatiku tiba2 berbunga riang. Kalau ada mesin pengesan wangian, sudah pasti mesin itu mengeluarkan bunyi yang kuat.
"sure", kata Asri sambil tersenyum manis. Senyuman yang untuk ke sekian kalinya buat aku jadi aiskrim. Asrie menyerahkan buku notanya.
"Thanks ya, Asrie aku naik atas dulu, mau siapkan lukisan", kataku sambil senyum sekali lagi, Padahal kalau ikutkan hati mahu saja aku melekat sekejap di depan Asri, menatap wajah dia yang putih dengan matanya yang sedikit besar. Ketika aku berada lebih kurang 10 meter daripadanya, Asrie memanggil namaku. Langkahku terhenti dan secepat kilat aku menoleh pada Asrie. Ceh!Pantang betul aku kalau admire yang panggil, memang cepat betul tindak-balasku...he!he!he!. Cuma untuk tidak nampak ketara sangat yang aku excited bila dia panggil begitu, aku pura-pura tidak mendekatinya.
"Atie...bila kita boleh minum di kantin sama-sama lagi?" tanya Asri separuh menjerit.
"Bila-bila saja kau sudi", balasku separuh berteriak juga. Nasib baik ketika itu tidak ada sesiapa di kelas tingkatan 3 dan di kawasan koridor. Paling penting tidak ada pengetua, guru-guru atau pengawas...he!he!he!
"Apa kata aku belanja kau sarapan besok?", tanya Asri lagi.
"Okay...boleh". Aku tersenyum gembira. Terasa bahagia sangat. Aku melambaikan tanganku pada Asri dan dia membalas lambaianku. Aduh...bahagia sangat. Sekali lagi hatiku berbunga-bunga riang. Aku naik semula ke atas dan meneruskan lukisanku. Byaem masih belum sampai. Mungkin dia masih solat dan makan. Aku pula uzur jadi tidaklah perlu begegas untuk solat.
Tiba-tiba Byaem muncul di sebelahku, aku cuma tersenyum padanya, syukur dia tidak melihat senyuman angauku tadi. Tanpa banyak bicara kami meneruskan lukisan masing-masing. Aku melukis dengan penuh bersemangat sekali. Terasa gembira dan bahagia mengenang saat-saat tadi, mengingat janji yang kami buat tadi. Zup! tiba-tiba aku teringat pada ikrar dan janji yang kubuat pada diri sendiri. Aku tersenyum sendiri. "Aduh...kalau ini macam bisa luntur janjiku ini", bisik hati kecilku. Aku tersenyum lagi tapi curi-curi takut kedapatan sama si Byaem. Tanpa sedar, setelah beberapa jam berlalu aku berjaya menyiapkan lukisanku. "emmm! Syukurlah, tinggal satu saja lagi. Fuhh...leganya". Aku mengemas peralatan lukisanku dan meletakkan ke dalam begku. Aku rasa aku sudah mungkir janji pada ikrarku.
"Byaem, mari kita pulang", ajakku sambil meletakkan tali begku di bahu. Ketika kami keluar dari bilik Pendidikan Seni, pelajar-pelajar putera sudah pun keluar bermain bola tampar di gelanggang.
"Atie, jom kita minum di kantin jap" ajak Byaem. Aku hendak menolak tapi Byaem menarik beg sandangku. Mahu tidak mahu aku terpaksa mengikut saja. Setelah mengorder minuman tiba-tiba Byaem berkata sesuatu yang mengingatkan aku pada Asrie.
"Atie...aku pandai menilik tau, mari aku tilikkan tangan kau" kata Byaem sambil memintaku menunjukkan tapak tanganku.
"Tiliklah kalau kau terror sangat", Aku menggerak-gerakkan tanganku di hadapannya.
"Byaem melihat tapak tanganku. Jari telunjuknya berpusing-pusing mengikut arah jam sedikit tinggi di atas tapak tanganku. Keningnya berkerut-kerut, berlagak nak jadi Ahli Nujumlah tu. Cis! terror sangatlah konon.
"Errmmm...bakal suami kau nanti orangnya handsome, putih, mata besar tapi sayang kuat menyindir" kata Byeam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Mendengar tilikan Byaem, benar-benar membuatkan aku geli hati. Sah-sah dia menyindir aku. Kurang asam betul si Byaem.
"Kurang asam kau Byaem...kau kasi kena aku ah", kataku sambil ketawa. Tiba-tiba...
"ehem...ehem...ehem". Aku menoleh ke belakang, dan terkejut.
"Dash...Asri, aku cepat-cepat menarik tanganku. Mata Asri tajam memandangku...macam helang.
No comments:
Post a Comment