Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 17

 

Ketika Asri melintasi meja di mana kami duduk, dia merenungku dengan tajam. Dadaku berdegup kencang. Terasa canggung direnung tajam begitu. Dari riak wajah Asri, aku seakan dapat menerpa hatinya, dia seakan cemburu. Ah! sawan perasanku menyerang lagi. Aku cuba menenangkan diri bila degupan jantungku sudah mula mengalunkan irama hip hop kali ini bukan kumpulan 4U2C tetapi kumpulan NICO di selang-seli dengan irama rap kumpulan KRU lagu Awas!. Aku senyum padanya, namun aku terkedu dan malu sendiri bila senyumanku tidak berbalas. Wajah Asri kelihatan lain. Sekali lagi sawan perasanku menyerang bila aku menebak melulu mengatakan dia marah.

"Apa guna nak paksa kalau orang nda sudi sudi", Asri tiba-tiba berkata sambil mencicip cola sejuk. Mereka duduk di meja belakang kami. Aku hanya menelan liur yang terasa pahit di tekakku.

"Kau jangan mengalah, kalau betul kau sayangkan dia, kau mesti berani.  Cubalah kau agresif sikit...ini tidak kau tu pasif sangat", balas dasuki.

Entah kenapa kata-kata itu menyebabkan aku tertanya-tertanya namun sedikit lucu mendengar ayat-ayat Dasuki ketika memberi pendapat berbaur nasihat. Dia mengaplikasikan perkataan agresif dan pasif yang kami belajar tempoh hari. Aku terkedu sekali lagi bila Asrie memandangku dengan pandangan yang agak sinis. Aku jadi tidak selesa. Sepertinya aku ditelanjangkan oleh matanya yang besar itu.

"Byaem, mari kita balik". Syukur Byaem tidak banyak soal. Aku terus meluru keluar sambil Byaem membontoti aku di belakang. Aku cuba mengelak dari berada dalam situasi canggung yang bisa membuatkan jantungku keluar kerana pada saat akhir mata kami bertembung, Asrie memicingkan matanya melihat kami.  Tidak ada sekelumit senyum di bibirnya yang merah, senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim itu.

"Atie, aku tengok si Asrie tu macam suka sama kaulah", Byaem memecah kebisuan sewaktu kami berjalan ke pintu gate sekolah. Aku cuma memandang wajah Byeam sekilas dan senyum. 

"Macam jak"

"Uiii...aku seriuslah. Tapi, betulkan dia tu kuat menyindir. Dia tu macam cemburu kau selalu sama-sama aku", terpa Byaem. Keningnya dikerutkan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Cis! cuba untuk menegakkan kebenaran pada tekaan gilanya itu. Perbuatan Byaem membuatkan aku berasa sebal sedikit.

"Kau ni Byaem...pandai-pandai jak buat tekaan songsang, habis si Mar tu dia mau letak  mana? hah! jawab-jawab. Kan dorang tu berkawan...couple", tegasku sambil mengerutkan kening dan mengangguk-anggukkan kepala meniru perbuatan Byaem yang akhirnya membuat dia ketawa lucu kerana meniru perbuatannya tadi. Akhirnya kami ketawa bersama-sama.

"Tapi Tie, kau percayakah dia lama sudah nda tegur aku. Rasanya start dari kita selalu jalan sama-sama sampai sekarang ni. Mula tu aku ingatkan pasal kes bergaduh hari tu, tapi bila fikir balik aku perasan  dari hari kita selalu bersama  untuk kasi siap lukisan".  

Pengakuan Byaem buat perasaan tertanya-tanyaku semakin kuat. Kasihan Byaem. Pening pula bila otakku ligat memikirkan hal ini. Asrie memang lain sikapnya sejak kebelakangan ini. Ah! sawan perasanku datang lagikah?.

Kami masih lagi berdiri di depan pintu gate. Syukur cuaca agak redup kalau tidak memang dah jadi makanan matahari petang. tiba-tiba Byaem berkata sesuatu yang  benar-benar menimbulkan rasa ingin tahuku.  Meluap-luap rasa ingin tahun itu.

"Atie....aku cakap ni bukan bertujuan nak buruk-buruk mana-mana pihak okay! Sebenarnyakan hubungan Asrie sama Si Mar tu ndalah seserius yang kau sangka. Si Mar tu jak yang lebih-lebih. Aku rasa Asrie Asrie layan si Mar sebab mau balas budi", Kata Byaem sambil menarik lengan t-shirtku membawa aku duduk di pondok pengawal.

"balas budi?"tanyaku cuak, Byaem senyum dan menyambung bicaranya semula.

"Tahun lalu kami kena ikut rombongan lawatan form five, Asrie ada masalah duit. Dia nda dapat nak bayar yuran...so si Mar pinjamkan dia duit, sejak dari tu, dorang selalu sama-sama. Tapikan...Si Asrie sudah bayar balik duit yuran lawatan tu. 

Aku terkejut dengan cerita Byaem. Aku cuma mampu mengeluh berat. Dadaku terasa sesak. Hati dan mindaku berbolak-balik samada mahu percaya atau tidak. Ah! masakan Byaem sengaja menjual cerita. Aku pasti Byaem tidak membuat cerita kosong.

"Aku nda pastilah samada Asrie ada declare dengan si Mar ataupun tidak". sambung Byaem lagi.

"Sudah declarelah kali tu". Aku berdiri dan mengajak Byaem pulang.

"Atie...kirim salam sama Mira", pinta Byaem sambil senyum simpul. Aku senyum dan mengangguk. Ceh!cara percintaan mereka berdua sangat comel, cuma lewat kirim salam dan nota-nota kecil yang pastinya aku adalah posmen mereka. Aku berjalan balik menuju ke asrama perempuan membawa hati yang sarat dengan pertanyaan dan rasa ingin tahu kebenaran cerita Byaem tadi.

"Assalammualaikum", aku memberi salam selepas menyimpan sandleku di rak kasut. Fahani sedang duduk membaca buku di bawah kipas syiling di ruang tengah dorm kami.

"eh...lewatnya Tie, 5.30 baru balik?", tanya Fahani, riak wajahnya sedikit hairan. Aku meminta maaf atas kelewatanku dan memberitahu sebab lewat sedikit hari ini. Fahani juga merasa cuak dengan ceritaku. Namun aku menyuruhnya supaya merahsiakan dulu hal ini dari kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba Kak Yen memberi salam sambil membawa beberapa bekas kontena di dalam plastik.

"Tie...pergilah mandi dulu...sorrylah kami semua mandi dulu tadi...sebab tunggu kau lama sangat...sampai turn sudah. Tapi jangan risau...si Far sudah tolong kasi tadah air untuk kau. Sana tandas nombor 3". Kata Kak Yen lembut.

"Nda pa Kak Yen. Far...thanks ya...tolong aku tadah air". Fahani cuma tersenyum dan menjawab okay. Aku terus menyimpan begku di katil dan mengambil towel dan menbentangkan towel itu di katil. aku membuka almariku dan mengambil t-shirt warna biru dan seluar panjang hitam, pakaian dalam, pad dan kemudian meletaknya di atas towel lalu melipat dengan cara menggulungkan towel pada pakaianku. Aku mengambil baldi kecil tempatku menyimpan peralatan mandianku dan bergegas turun ke bilik mandi di tingkat bawah.

Ketika aku sampai ke bilik selepas siap mandi, Kulihat Fahani sudah menyusun kontena di ruang tengah bilik kami. Rupanya Kak Yen, Milah dan Namil sudah ambil makanan di kontena. Hari ini kami makan di bilik.  Setelah semua sudah duduk untuk makan, Kak Yen menyuruhku membaca doa makan. Sambil makan kami bercerita mengenai hal-hal yang terjadi semasa di sekolah tadi.

"Mira...Byaem kirim salam", wajah Mira merona merah. kami ketawa melihat Mira yang tersipu malu

"Wah! Mira, ini sudah bagus.  Malu-malu lagi", Milah mengusik Mira.

"Eleh! kau tu dengan si Nordin, macamlah nda bagus" balas Mira tidak mahu kalah. Padahal hal percintaan Milah dengan Nordin sudah lama. Kami ketawa bila Mira cuba mengenakan Milah dengan Nordin pula.

"Woi Mira...itu dah lapuk daa", balas Milah meniru cara Sudin dalam Bujang Lapok. Kami ketawa lagi bila Mira kalah dalam pergaduhan ala-ala manja itu. Mira merengus pura-pura marah dan merajuk bila dia menjadi bahan ketawa kami.

Selesai makan, aku dan Fahani menawarkan diri untuk turun mencuci kontena. Setelah semuanya selesai, aku dan Fahani duduk di ruang tengah bilik kami. Yang lain sudah bergegas ke surau untuk solat maghrib. Kebetulan Fahani juga uzur. kami mengambil kesempatan itu untuk bercerita mengenai hal Asrie dan Mar. Tanpa sedar kami tertidur dan cuma tersedar bila kawan-kawan yang lain memberi salam.

Lonceng belajar malam berbunyi nyaring. setelah semua sudah bersedia untuk turun prep malam, Kak Yen menutup lampu dan kami bergegas turun ke dewan. di dewan kami menumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran. kami berbincang bersama pada mata pelajaran yang agak susah untuk difahami. terutamanya matematik. nasib baik ada Zie, dialah tempat kami meminta tunjuk ajar terutama rumus matematik. Aku memang tabik dengan otak si Zie ni. salute aku.

Lonceng berbunyi lagi menunjukkan tamat prep malam. Kami mengemas buku dan bersedia untuk minum malam. Hidangan supper sudah tersedia di hujung dewan makan. Hari ini suppernya kueh karipap, kueh favourite satu asrama. Kena cepat bergerak sebab kalau lambat kempunanlah jawabnya. Setelah supper kami beramai-ramai turun ke tandas untuk mencuci muka.

Aku membaringkan tubuhku di katil yang telahku huni hampir setahun. penat sungguh rasanya hari ini. namun kepenatan itu tidak membuatkan mataku untuk lelap, malah otakku ligat memikirkan cerita Byaem petang tadi. Fikiranku melayang-layang ke peristiwa di kantin petang tadi. Aku memasang walkman kesayanganku. namun lagu2 dendangan Mariah Carey langsung tidak menarik hatiku untuk mendengarnya, yang tergiang adalah kata-kata Byaem petang tadi. "hubungan dorang tu nda serius, si Mar saja yang selalu lebih-lebih". kata-kata Asrie dan Dasuki lewat perbualan mereka di kantin petang tadi juga terngiang-ngiang di telingaku. "Sebenarnya siapa yang dorang maksudkan...akukah?", bisik hati kecilku. Ahh! bilalah sawan perasanku ini sembuh. Akirnya aku mengantuk juga setelah terkontang-kanting beberapa lama, aku menutup walkmanku dan tanpa sedar akhirnya aku tertidur.

"Tie, bangun", Fahani menggoyangkan bahuku mengejutkan aku dari tidur. Fahani juga membangunkan kawan-kawan yang lain. Setelah semua sudah bangun, kami terus menuju ke bilik mandi di tingkat bawah. Tiba-tiba aku teringat janjiku pada Asrie. Hatiku tertanya-tanya adakah dia masih mahu melunaskan janji yang kami buat kelmarin setelah insiden kurang senang di kantin itu. Aku akhirnya buat keputusan untuk tetap pergi ke kantin sepertimana janji yang sudah dibuat, samada Asrie datang atau tidak. sekurang-kurangnya dipihak aku, janji itu sudah kupenuhi.

Selesai mandi aku cepat-cepat mengenakan pakaian saragam sekolah. Hatiku sedikit gementar dan curiga. Aku memberitahu sahabat-sahabatku yang Asrie membawaku untuk sarapan bersama di kantin. Mendengar sahaja pengakuanku tentang betapa awalnya aku bersiap untuk ke sekolah, aku menerima usikan bertubi-tubi. Fahani paling lebar senyumannya. Yang lucu masing-masing hendak menyiapkan aku dengan sempurna, masing-masing offer perfume "impaulse" kesukaan mereka. Ha!ha!ha! lucu sangat, padahal aku cuma mahu bersarapan dengan Asrie. 

Agaknya, kalau aku keluar makan malam, apa yang bakal sahabat-sahabatku ini akan lakukan padaku. Aku mula membayangkan fesyen-fesyen terkini tahun 1995.  Ala-ala As feminin. Aku cuma senyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah mereka. Setelah memakai kasut, aku meminta diri untuk jalan duluan ke sekolah. Sepanjang perjalanan ke sekolah, hatiku berdebar-debar memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. "dia datangkah?", soal hatiku.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...