Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 18

 
Ketika aku sampai di kelas, Asri sudah ada di sana. Dia duduk di mejanya sambil menyandarkan kepalanya di kerusi. Aku teringatkan insiden di kantin kelmarin. Sempat aku berdoa agar hari ini ada senyuman pada wajahnya. Dia lantas berdiri apabila melihatku masuk ke dalam kelas menuju ke tempat dudukku. Aku senyum pada Asri, cuba sedaya upaya memberikan senyuman yang paling manis padahal debar di dada hanya tuhan yang tahu. Asri membalas senyumanku, ah! senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim terukir di bibirnya yang merah. Saat itu aku terasa seperti hatiku hendak melantun keluar.

"Lama sudah tunggu?"

"ndalah....aku ingat kau nda datang", jawab Asri.  Kulihat matanya bersinar-sinar dan ada riak gembira. Kukira wajahku juga memaparkan panorama itu, sama seperti apa yang terbit pada wajah Asrie. Ermmm! sawan perasanku datang lagi. Yang pasti sawan gabraku sudah menyerang lebih awal.

"Janji tetap janji", kataku sambil tersenyum.

"Bah mari...aku ingat kau lupa sudah", ajak Asri sambil membuat tangan seperti yang selalu ditunjukkan dalam filem. Eleh! nak buat cara lelaki gentlemenlah....jauh di sudut hati aku benar-benar merasa bahagia. Aku cuma tersenyum dengan telatah comel Asrie tadi. Kami berjalan beriringan menuju ke kantin.

Sampai sahaja di jantin, kami terus ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Asri menyuruhku duduk di meja dulu sementara dia menunggu makanan yang kami pesan. Tidak lama selepas itu, Asri membawa dulang berisi makanan. Rasa bahagia menjalar dalam diriku. Selepas meletakkan makanan dan minuman di meja Asri mempelawaku makan. Untuk beberapa saat suasana menjadi bisu. Mungkin masing-masing cuba menikmati kebahagian atau menahan rasa debar hati. Aku sengaja meneka begitu. Akukan ratu perasan. Aku senyum di dalam hati. Tidak kupamerkan pada wajah. Suasana masih bisu.

"Napa nda ajak Mar sekali?" tanyaku walau hati merasa sakit bila terpaksa menanyakan hal itu. Padahal bukan itu yang hendak aku tanyakan, cuma bila keadaan bisu berlarutan aku jadi canggung. Namun Asrie membalas pertanyaanku dengan pertanyaan juga, tapi cukup membuat aku tersentak.

"Napa nda ajak Byaem sekali", tanyanya kali ini senyuman pada wajahnya hilang. Menyesal pula memulakan bicara dengan pertanyaan itu tadi. Aku memandang wajah Asrie dan memberikan senyuman sebelum menjawab soalannya dengan jujur.

"Aku dengan Byaem tiada apa-apa hubungan special okay! kami cuma kawan jak.  Kebetulan diakan presiden Kelab Melukis sekolah dan kami sama-sama terlibat dalam pertandingan lukisan tu" terangku sambil memandang wajahnya.

"Lagipun Byaem sebenarnya suka si Mira", sambungku sambil senyum dan menghirup nescafe panas. Tiba-tiba aku terasa malu bila Asri merenungku.

"Okay! sorry.", Balas Asrie. Aku tidak pasti samada jawapanku tadi sudah cukup atau dia sekadar berbasa-basi. "Tapi please, janganlah bah sebut nama si Mar...aku ajak kau bukan dia". Kali ini suara Asrie agak tegas sedikit tapi akhirnya dia senyum.

"Okay...kita sama-sama minta maaf", balasku sambil memandang tepat ke wajahnya. Tapi sempat hatiku melontar pertanyaan. "Kenapa dengan dorang ni...agaknya memang betullah cerita Byaem kelmarin". Aku kembali memandang wajahnya. Mulut Asri kelihatan comot sedikit, di tepi bibirnya ada kesan sos cili maggi. Aku tersengih dan ketawa kecil.

"Ui...kenapa kau ketawa ni?", tanya Asrie, keningnya dikerutkan sedikit.

"Ada sos di tepi bibir sebelah kanan, nah ambil ni", aku menghulurkan tisu padanya. Asrie mengambilnya. Tanpa sengaja dia terpegang  tanganku. Sudah pasti adegan itu menyebabkan aku tersentak dan menarik tanganku lembut. Asrie  meminta maaf. Tidak sengaja katanya.  Aku menggelengkan kepala dan cuma tersenyum padanya.

Aku tertanya-tanya dengan sikap Asrie dan cara dia melayanku. Adakah dia sengaja mahu mengujiku atau mahu mempermainkan perasaanku, atau mungkin dia sengaja untuk membuatkan aku perasan sendiri sebab dia sudah tahu yang aku menyukai dia. Macam-macam persoalan berlegar di otak juga hatiku.

"Atie, thanks ah sebab sudi sarapan sama aku hari ni...aku happy betul ni", Asrie memandangku dengan senyuman yang manis itu. "Aku happy betul....sebab hari ini kita dapat duduk sama-sama tanpa gangguan", tambahnya lagi.

"Gangguan?", aku menekankan perkataan gangguan.

"Ya lah....selalunya bila aku mau dekat dengan kau ja...mau bincangkah atau whateverlah...ada saja bah yang menghalang", jawab Asrie bersungguh-sungguh. "Kadang-kadang tu sampai aku naik geram". Lantas aku teringat insiden Asrie menumbuk meja tempoh hari.

"Hello! hello!", Asrie melambai-lambaikan tangannya di depan mukaku setelah aku terdiam. Perbuatan Asrie membuatkan aku tersenyum malu.

"Kurang asam", aku mendengus lembut. Asrie tersenyum lagi melihat gelagatku. Rasanya dia tahu aku sedang malu yang amat.

"Tambah asam", balas Asrie. Perkataan Asrie seterusnya membuat aku bertambah malu. Rasanya wajahku sudah merona merah kerana terasa bahangnya.

"Atie, aku suka tengok kau senyum...manis", Dia memujiku. Terkesima aku mendengar pujian dari sang pemilik hatiku. "Dia puji senyuman aku manis la", bisikku di dalam hati. Cis! perasan nak mampus.

"Aku ni nda makan pujian tau, lebih-lebih lagi pujian dari lelaki", aku cuba menyembunyikan rasa malu kerana dipuji begitu.

"Aku ikhlaslah...", tambah Asrie, wajahnya ada riak bersungguh. "Nota kau aku bagi masa di kelas okay".

"Okay...tapi kalau aku tiada di kelas kau simpan jak terus di beg aku ya", balasku sambil menyuakan ke mulut kuih pisang panas di depanku.

"Kau nda masuk kelaskah hari ni?", tanya Asrie, keningnya berkerut. Belum sempat aku menjawab soalan Asrie, suara Byaem mengejutkan kami. Wajah Asrie berubah.

"Nurul Atiqah...puas aku cari kau", kata Byaem lalu duduk di bangku sebelahku.

"Apahal cari aku pagi-pagi ni? Kesiannya sampai berpeluh-peluh", Aku menghulurkan tisu padanya. Byaem mengambil tisu dari tanganku. Asrie hanya diam membisu, mimik mukanya seakan tidak senang dengan kehadiran Byaem di situ. Byaem pun satu, tunggulah waktu yang sesuai; ini tidak main terjah saja sudah tu duduk di sebelah aku. Betul-betul merosakkan suasana bahagia mamat sorang ni.

"Sorry Asrie, aku kacau date kamu", Byaem memandang wajah Asrie dan kemudiannya memandang wajahku semula. "Kau ni...apa lagi mau ajak kau pergi melukislah bah....geng-geng yang lain tunggu  sudah tu" Byaem tanpa segan meminum air nescafe di depan ku. Perbuatannya membuatkan Asrie menggelengkan kepalanya dan berdiri. Aku kaget.

"Atie...aku gerak dululah....thanks ya sebab sudi sarapan dengan aku". Aku tidak tahu hendak berkata apalagi. Si Byaem telah merosak suasana bahagia itu. Geram sangat dengan Byaem tapi kasihan pun ada. Agaknya sudah kehausan sangat atau barangkali kebuluran sampai-sampai air nescafe aku pun dia terus minum tanpa izinku.

"Asrie, thanks juga sebab sudi ajak aku...belanja aku sarapan", Aku turut berdiri. Asrie cuma menganggukkan kepalanya. Aku merasa kasihan melihat wajahnya, hilang sinar pada matanya. Aku cuma mampu menghantarnya dengan mataku saat dia melangkah keluar dari kantin. Kalau ikutkan hati mahu saja aku menjerit padanya supaya jangan pergi dulu. 

Ku lihat Byaem sudah menghabiskan kuih pisang di meja. Kata Byaem aku mesti sudah hilang selera sebab merampas suasana bahagia. "Tak baik membazir, Allah marah", begitu kata Byaem yang akhirnya membuatkan aku ketawa. Ketara sungguh Byaem cuma mahu menyakat Asrie, cuma mahu menduga Asrie dengan berpura-pura terlalu mesra denganku tadi. Aku cuma menggelengkan kepala.

Hari ini aku tidak dapat masuk ke kelas, aku dan beberapa pelajar yang terlibat dalam pertandingan melukis sibuk menyiapkan lukisan. tinggal 2 hari saja lagi sebelum pertandingan bermula.

"Tie...kau taukah? ada gossip pasal kita", bagai nak pecah gegendang telingaku mendengar cerita Byaem. Aduh jika benar, mesti Asrie akan menuduh aku bohong. Padahal tadi sudahku terangkan dengan bersungguh-sungguh yang hubunganku dengan Byaem tidak lebih dari kawan biasa.

"Gossip apa lagi ni", tanyaku sangsi. Hatiku tidak senang mendengar berita ini. Tapi kulihat wajah Byaem tenang saja. "Apa lagi dorang ingat kita dua ni bercinta", Byaem memandang wajahku sekejap lalu meletakkan berus lukisannya di botol berisi air. "Lantaklah...peduli apa dengan gossip liar tu...yang penting kita tau keadaan sebenar...jangan risau..aku dah terangkan dengan Mira...cuma dengan Asrie jak aku belum cakap apa-apa sebab dia tu macam mau tumbuk muka aku bila-bila masa jak...tengok jak lah macam di kantin tadi...rasanya kalau ikutkan baran dia...lebam sudah muka aku yang handsome ni", Byaem menepuk-nepuk mukanya.

"Handsomelah sangat.....nasib baik kau nda tumbuk...syukurlah kau sudah kasi terang sama Mira...aku takut Mira sangka yang bukan-bukan...tapi aku yakin Mira nda fikir yang bukan-bukan...tapi Asrie", aku mengeluh sambil menyambung semula lukisanku. Byaem cuba untuk menenangkanku.

Jam 10.00 pagi kami berhenti rehat sekejap. Aku turun ke kelas untuk menemui sahabat-sahabatku. Waktu berjalan di koridor menuju ke kelasku, mereka kulihat sudah menungguku di tangga hujung. Aku cepat-cepat mendapatkan mereka. Bila aku sampai saja, mereka terus menerpaku dengan bertanya tentang date aku dengan Asrie tadi. Aku menceritakan dari awal hinggalah saat Byaem datang merosak suansana.

"si Byaem ni...hish! kacau daun betullah", Milah mencelah geram. "Boyfriend si Mira punya pasal lah ni" sambil mencubit tangan Mira.

"Uiii!...kenapa pula aku yang kena cubit", balas Mira sambil mencubit kembali tangan Milah. Akhirnya mereka berkejaran di koridor. Kami hanya ketawa melihat telatah Mira dan Milah.

"Atie...aku kesianlah tengok kau ni", Fahani berkata setelah kami duduk di meja kantin. Kak Yen memesan makanan di kaunter bersama Namil dan Zie. Mira dan Milah entah di mana. agaknya masih berkejaran. 

"Aku tau kau busy, tapi janganlah over sangat, nanti kau sakit pula", Fahani mengingatkan aku. Aku tahu dia berniat baik.

"Aku okaylah...memang penat sikit tapi aku mesti buat yang terbaik sebab aku dan team kami kena bagi kepercayaan penuh oleh pengetua", aku memeluk bahu Fahani. Tiba-tiba Mira dan Milah datang sambil tercungap-cungap.

"Uiii! Kami ada cerita panas ni", bisik Mira sambil tercungap-cungap. "Tadikan...Si Mar cengeng dengan Si Asrie bergaduh", cerita Mira separuh berbisik.

"Apa ni...bisik-bisik', tegur Kak Yen sambil membawa dulang berisi makanan. Setelah duduk Milah membisikkan cerita tentang pergaduhan Asrie dengan Mar, sementara Mira pula membisikkan cerita itu di telinga Namil. Semua melopong menantikan cerita selanjutnya. Akulah yang paling terperanjat. Hatiku berdebar-debar. Aku takut pergaduhan itu ada sangkut-paut dengan aku sebab pagi tadi aku sarapan dengan Asrie. Mungkin ada yang ternampak dan bertindak menjadi penyampai pada Mar.  Salah aku kerana berani  betul pergi sarapan dengan boyfriend orang.

"Padan muka si Mar. Tie...relaks jak, biar si Mar cengeng tu tau yang Asrie bukannya suka sama dia pun", Aku terkejut dengan apa yang Milah katakan tadi. Macammana Milah tau, aku memandang wajah Fahani, dia menggelengkan kepalanya membawa maksud dia tidak membocorkan rahsia yang kusuruh dia pegang.

"Milah...apa kau cakap tadi, biar betul", tanya Namil. 

"Sebenarnya... si Asrie rapat dengan Mar bukan sebab cinta tapi pasal si Mar pernah tolong dia", terang Milah. "Kes balas budi", tambah Milah lagi.

"Jadi betullah cerita Byaem", kataku perlahan. Semua memandang ke arahku. Aku kemudiannya memberitahu cerita tentang Asrie dan Mar seperti yang Byaem sampaikan padaku.

"Okay! cepat lah makan...masa rehat mau habis dah ni", perintah Kak Yen. Mereka semua makan mee goreng kecuali aku kerana masih kenyang. Aku cuma minum milo ping. Aku mengacau-ngacau Milo pingku. Di hati juga otakku sarat dengan pertanyaan. Aku sangsi.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...