Hari ini kami membuat persiapan terakhir sebelum pertandingan esok. Semua lukisan telah di seal dan disediakan dalam kotak khas. kelegaan jelas terpancar pada setiap wajah. Ada senyum puas terpamer pada bibir. Akhirnya kami dapat berehat sekejap. Setelah berpuas hati dengan segala kelengkapan untuk pertandingan esok, kami bersurai, masing-masing menuju ke kelas.
"Byaem mari balik kelas", Aku mengajak Byaem. Sepanjang perjalanan balik ke kelas dia banyak membuat lawak yang membuat ketawa. Ketika sampai depan kelas, aku dapat melihat dengan jelas Asri sedang memandang ke arah kami. Aku berdebar. Terasa renungan tajam Asri tepat menghunus ke mataku. Debaran di dada kian terasa rentaknya ketika aku hendak masuk ke kelas melalui pintu belakang kelasku.
"Okay! bye...jangan lupa sampaikan pesan "I miss you" sama Mira." Byaem mengenyitkan matanya dan aku pula hanya membalas pesanan dan kenyitan mata gatalnya itu dengan senyuman dan sedikit sengih. Sebenarnya ia lebih pada untuk melegakan debaran dada yang sudah mengalun rentak heavy metal Iron Maidin. Asri masih merenungku.
Aku kemudiannya duduk di mejaku. Ada nota kecil utnukku memberitahu tentang kepergian Namil dan Mira ke Hospital. Ada Appoinment dengan doktor gigi. Kedatanganku menggamit beberapa rakan sekelas datang bertenggek di mejaku. Hendak bertanya pasal pertandingan lukisanlah tu. Aku memaniskan muka sekalipun hajat hati hendak berehat sekejap sebelum menyambung pelajaran seterusnya.
"Atie, lukis muka aku boleh", tanya Itot dengan keletah manjanya.
"Boleh, tapi ada upahnya kok, 100 rupiah untuk satu potret. Ibu mau?". Jawapanku mengundang gelak besar kami. Sempat mataku melirik pada Wajah Asri. Mata kami bertembung. Aku tidak tahu samada mahu memberi senyum atau tidak. Takut senyumku tidak berbalas. Sudahnya aku hanya membiarkan pertembungan empat mata itu tanpa senyuman manis dan dia juga tidak memberiku senyumannya yang selalu buat aku jadi aiskrim itu. Dari ekor mata aku lihat Julie dan Dudi menepuk bahu Asri. Aku kaget.
"Atie, pukul berapa pertandingan tu besok?", tanya Noi mengusir lamunanku. Kaget yang menyerang pada skala 5 itu terbang melayang. Syukur tiada yang terkesan rasa kaget di wajahku.
"8.30, tapi jam 7.00 kami bergerak dari sekolah", jawabku sambil menahan rasa. Tidak berani memandang wajah Asri lagi. Sekalipun aku sangat rindu padanya. Rindu pada senyuman manis dan cute itu.
"Noi", Tiba2 Julie teriak memanggil nama Noi. Teriakan Julie menyebabkan kami menoleh ke kumpulan meja pelajar putera. Sekali lagi mata kami bertembung. Masih tanpa nyawa. Dalam hati aku berharap agar Asrie dapat melihat senyum pada wajahku sekalipun senyum itu tidak terukir pada wajahku. Aku harap dia dapat merasa rinduku.
"Apa ni, panggil-panggil nama aku", balas Noi separuh berteriak juga.
"Si Dudi kirim salam", balas Julie disambut derai tawa oleh pelajar putera yang terdiri daripada Dasuki, Sahlan, Asrie dan Dudi. Merah telinga Dudi bila diusik begitu oleh Julie.
"Salam nda diterima, si Dudi pemalu sangat. Kalau betul dia kirim salam, suruh dia belanja aku makan aiskrim tuntung Kak Tymah", dengan selamba Noi berkata dan ia membuatkan ketawa kami pecah. Telinga Dudi semakin merah. Jelas sungguh warnanya. Ha!ha!ha!.
Aku juga turut ketawa, memang agak lucu suasana ketika itu. Lebih-lebih lagi melihat telinga Dudi yang sudah bertukar merah. Tapi reaksi wajah Asri segera mematikan senyumanku. Hatiku terasa sedih sedikit bila tiada langsung senyuman dari wajahnya dari saat aku masuk ke kelas sampailah ke saat adegan penuh dramatik dan lucu ini. Jiwa kacauku diselamatkan oleh Maisarah bila dia menghalau teman-temanku.
"Oiii!..janganlah kacau si Atie lagi, dia penat tu, kasi chancelah dia rehat dulu, tenangkan otak dulu", sergah Maisarah yang muncul tiba-tiba. "Saved by the bell", bisik hati kecilku. Bukanlah aku tidak menyenangi kehadiran rakan sekelasku tapi aku sememangnya penat sedikit. 'Thanks Sarah", bisikku dalam hati. Aku mengenyitkan mata pada Maisarah mengharapkan dia faham yang itu adalah tanda terima kasihku pada pengertian dia. Sarah membalas kenyitan mataku dan tersenyum manis.
Berseorangan di meja membolehkan aku mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Hari ini ramai guru tidak masuk mengajar kerana terlibat dengan kursus dalaman yang terpaksa dianjur oleh pihak sekolah pada hari persekolahan. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara yang menyentap jantung dan hatiku. Terasa seperti jantungku hendak melantun keluar.
"Atie, boleh aku cakap dengan kau kejap".
"boleh bah, duduklah", jawabku gugup.
"Mana dorang si Mira sama Namil"? tanya Asri sambil menarik kerusi di hadapan mejaku.
"Hospital, pergi cabut gigi",
"Menganggu kah?" tanya Asrie bila aku hanya memandang buku ekonomi di depanku. Sebenarnya aku gugup. Gugup melihat wajahnya, senyum belum terukir pada bibirnya. Aku pasti dengan sepasti-pastinya, dia merenungku. Sawan gabraku bakal menyerang. Rentak Iron Maidin berlagu kembali. Dalam hati.
"Asrie, boleh aku pinjam nota kau", tanyaku ikhlas dan untuk meredakan debaran jantung yang bagai hendak tercabut dari tempat ia terletak.
"Nota kelmarin tu kah?". Aku menganggukkan kepala. Asri bingkas dari kerusinya dan mengambil nota dari beg dan menyerahkannya padaku.
"Thanks", kali ini aku memberikan senyumanku yang paling manis. Doaku agar dia menyambut senyumanku. Aku rindu pada senyuman yang selalu buat aku jadi cair macam aiskrim. Sayangnya senyumanku mati, tiada balasan senyum dari wajah yang kurindu itu. Aku terkedu dan menahan hati.
"Kau sudah dapat nota kau kan?". Aku cuma menganggukkan kepala. Kecewa. Sebu dan kesal. Suasana jadi bisu beberapa saat.
"Apa yang kau mau cakap?", tanyaku setelah beberapa saat suasana jadi bisu. Asrie cuma memandangku. Wajahnya tersiratnya seperti ada beribu soalan yang hendak ditanyakannya kepadaku.
"hari tu pun, kau cakap ada benda mau tanya sama aku, cakaplah sekarang?", sambungku lagi.
"Tapi kau jangan marah ya?", balas Asri membuatkan rasa sangsiku muncul. Aku menganggukkan kepala dan memandang tepat ke wajahnya walaupun aku betul-betul malu bila berhadap-hadapan dengan dia begitu.
"Atie, apa sebenarnya hubungan kau dengan si Byaem? di asrama hangat betul gosip kamu bercinta", tanya Asri wajahnya serius. Seakan ada riak cemburu. Ah! sawan perasanku menyerang lagilah ni. Pertanyaan Asri benar-benar buat aku terdiam sekejap. Benar-benar menjengkelkan. Bosan.
"Asrie, kami tiada apa hubungan melainkan hanya sebagai kawan biasa. Bercinta?? aku sengaja menegaskan perkataan ini. "Macammana mau bercinta kalau antara kami tiada apa-apa perasaan langsung". "Lagipun, kalau kau mau tau, Byaem tu suka dengan Mira, Mira pun suka dengan Byaem...jadi sendiri mau ingatlah...means...dorang tu yang bercinta dalam diam-diam", terangku panjang lebar macam menteri penerangan pencen. Geram sebenarnya. "Lagipun, aku sudah kasitau kau hari tu lagi di Kantin kan?".
"Marah?", tanya Asrie. Masa Asri bertanya aku hampir saja hendak menguatkan suaraku dengan tegas dan mengatakan "Ya", tapi mimik muka Asri membuatkan aku tidak jadi marah. Aku semakin kalah bila senyuman yang selalu buat aku cair, buat aku jadi aiskrim terpancar pada bibirnya yang merah dan seksi itu. Akhirnya aku tersenyum juga.
"Kan aku masih tersenyum ni", Aku memberikan senyuman yang paling manis dan mengelip-ngelipkan mataku beberapa kali di depan Asri. Entah bila aku mendapat keberanian membuat aksi itu di depan Asri. Macam gatal pun ada, macam kerasukan pun ada. Ha!ha!ha! aku ketawa dalam hati memikirkan kegedikan aku itu. Huh!
"Cutelah kau buat muka macam tu", kata Asri membuatkan aku tersentak. rasa malu menguasai diri kala itu juga. Mukaku terasa panas. Sempat bertanya dalam hati, adakah wajahku merona merah sama macam telinga Dudi tadi. Ah! tidak!
"Jadi, kalau aku nak tau kau marah atau tidak, kena tengok muka kaulah ni kan". Aku hanya tersenyum sambil memandang wajah Asri, wajah yang aku rindu sangat.
"Kalaulah aku boleh tengok selalu senyuman dan kerlipan mata kau macam tadi kan bagus", kata-kata Asri ini betul membuat aku tersentak kali kedua. Tapi kali ini dengan sentakan 10 kali kuat dari sentakan pertama tadi. Suasana jadi bisu lagi. Tapi akhirnya kami ketawa bila mata bertembung dan Asri meniru aksiku mengelip-ngelipkan matanya.
Suasana bahagia itu musnah bila Mar datang. Aku terlihat susuk badannya di pintu belakang kelas kami dan memandang ke arah kami dengan wajahnya yang mencuka.
"Asrie, aku ke tandas dululah". Asrie hanya meraup mukanya dengan tangan. Dari ekor mata aku lihat dia dan Mar menuju ke meja. Aku sedih. cemburu lebih tepat.
No comments:
Post a Comment