Pertandingan Lukisan itu pun bermula, perasaan gemuruh bertapak dalam hati masing-masing. Apalagi saat melihat lukisan-lukisan dari sekolah lain yang hebat-hebat belaka. Perasaan berdebar-debar semakin kuat apabila para hakim menilai lukisan-lukisan sekolah kami. Aku malah dapat mendengar jantungku berdetak hebat. Para hakim tersenyum sesama sendiri dan menganggukkan kepala semasa menilai lukisan sekolah kami, apa maksud anggukan itu aku tidak tahu. Aku dan Byaem saling berpandangan. Byaem tersenyum padaku, mungkin memberi isyarat agar aku bertenang. Mungkin wajahku kala itu benar-benar menampakkan riak cuak. Aku membalas senyum Byaem dengan tawar. Setelah para hakim menilai kukisan-lukisan kami, pertandingan lukisan antara sekolah menengah berhenti rehat untuk jamuan ringan dan mengira markah. Kami bersalaman antara satu sama lain.
Akhirnya, setelah penjurian para hakim berlangsung selama satu jam, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Debaran kian memuncak dalam hati kami masing-masing. Debaran itu berakhir dengan kegembiraan yang tidak terhingga apabila sekolah kami memenangi pertandingan lukisan itu. Rasa terbayar segala penat lelah menyiapkan lukisan-lukisan itu. Sekali lagi team kami bersalaman. Byaem orang terakhir yang mengucapkan tahniah secara personal kepadaku. Katanya dia sengaja mengakhirkan aku untuk ucapan tahniah bila aku mempertikaikan kenapa dia tidak mengucapkan tahniah denganku lebih dulu. Kami membawa pulang wang tunai RM3000, sijil, trofi dan piala pusingan. Cikgu DJ sudah lebih awal memaklumkan kemenangan kami kepada pihak sekolah. Sewaktu sampai di perkarangan sekolah, kedatangan kami disambut dengan penuh kegembiraan oleh guru-guru dan semua pelajar SMK Rajawali. Timbul juga perasaan bangga apabila dihargai begitu.
"Tahniah, Cikgu amat berbesar hati dan bangga", kata pengetua. Secara spontan sebuah majlis diadakan untuk meraikan kemenangan sekolah kami. Setelah majlis keraian itu selesai, kami balik semula ke kelas masing-masing. Melihat wajahku tersembul di pintu kelas, Mira dan Namil menarik tanganku dan memelukku erat. Rakan-rakan sekelas semua mengucapkan tahniah dan bersalaman denganku. Selepas adegan mengucapkan tahniah dan bersalaman aku duduk dikerusiku. Tiba-tiba Mira menyiku tanganku. Asri datang menghampiriku. Aku berdebar-debar.
"Tahniah! Atie". Kami berpandangan agak lama. Sepertinya hanya mata kami yang berbicara. Sewaktu adegan ini berlangsung, syukur rakan-rakan sekelas ku sudah pulang. Tinggal aku, Mira dan Namil serta Dasuki dan Julie.
"Atie, aku mau bagitau kau sesuatu yang penting, aku harap kau nda keberatan. Aku tau kau penat, tapi aku mesti bagitau kau hari ini juga", serius sungguh wajah Asri hingga aku terkedu. Mira dan Namil meminta diri bila Asri meminta mereka untuk menunggu aku di luar. Dasuki dan Julie, kulihat mereka keluar dari kelas tapi menunggu Asri di hujung koridor. Mungkin bertindak sebagai penjaga tidak bergaji.
Ketika tinggal berdua-duan dengan Asri perasaanku jadi canggung apalagi dengan wajah serius Asri. Aku gugup. Sungguhpun aku memang sangat merindui Asri tapi bila berdua-duaan dalam keadaan serius begini terasa canggung pula.
"Aku masih ada hal yang perlu diselesaikan, maafkan aku", dengan mulut yang berat tapi masih bersahaja. Aku berdiri dan cuba berlalu tapi Asri kemudiannya menarik tanganku dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakan Asri.
"kau nda boleh pergi sebelum aku bagitau kau perkara ni", tegas suara Asri menyebabkan aku terkedu. Tanganku masih dalam genggaman tangan Asri. Aku cuba menarik tanganku tapi sia-sia.
"Sakitlah", aku cuba menarik tanganku lagi. Asri mengendurkan sedikit tangannya tapi masih tidak melepaskan tanganku.
"Duduk", perintahnya. Entah kenapa aku cuma menurut kemahuannya. Setelah aku duduk, akhirnya Asri melepaskan tangannya dan duduk di hadapanku. Dia meraup muka hingga ke belekang kepalanya.
"Maafkan aku, aku bukan berniat nak sakitkan tangan kau tadi. Maafkan aku juga sebab pegang tangan kau. Tapi aku terpaksa, sebab setiap kali aku mahu menyatakan sesuatu dengan kau ada saja yang menghalang". Asri menarik nafasnya dalam-dalam sambil menutup mata. Aku cuma mematung menanti bait seterusnya keluar dari bibir Asri yang merah.
"Atie, dengar sini", Asri merenungku dengan mata yang redup. Kali ini sawan gabraku tidak menyerang. Aku yakin kerana aku mampu membalas renungannya. Agak lama kami bertentang mata. Di sebalik semua itu, hatiku masih sempat merasa hairan dengan perlakuan Asri hari ini. Lain benar tindak-tanduknya.
"Aku suka kau", tenang Asri meluncurkan kata-kata itu keluar dari mulutnya. Aku terpana. "sudah lama dan banyak kali aku cuba untuk berterus-terang dengan kau tapi setiap kali itulah ada saja yang menghalang...kau taukah aku tertekan" kata Asri sambil meraup mukanya sekali lagi. Aku masih mematungkan diri. Rasa tidak percaya dengan pengakuan yang aku kira ikhlas daripada Asri. Rasa bahagia dan terharu. Aku hampir menitiskan air mata tapi sedaya upaya aku cuba menahannya.
"Tapi...Mar suka kau Asri. Aku nda mahu melukakan hati dia, perasaan dia", setelah mematungkan diri beberapa ketika, dan setelah tersedar dari alam bahagia aku menuturkan kata-kata ini. "Aku macam sangsi pula, entah-entah ini planning kau untuk menduga aku, saja nak bagi aku perasan sebab kau tau perasaan aku dengan kau kan?", laju pertanyaan berbaur sangsi ini keluar dari mulutku. Asri memegang kepalanya sambil menutup matanya. Satu keluhan berat keluar dari bibir merahnya yang selalu menguntumkan senyuman untukku. Senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim. Tanpa gagal.
"Perasaan aku ikhlas, Atie. Aku tau kita masih muda. Fikiran masih mentah tapi sebagai manusia biasa dan lelaki aku nda boleh tipu perasaan aku". Asri memegang kepalanya sambil menutup mata. "Aku belum pernah ada perasaan begini dengan Mar atau dengan mana-mana perempuan lain. Tapi kau berjaya buat aku sukakan kau lebih daripada seorang kawan".
Asri memandangku dengan wajah sayu, hilang sinar matanya dan senyumannya juga mati. "Kita boleh cuba dulu. Fasal Mar, kau salah sangka sudah". Aku hilang punca antara pendirian, prinsip dan kemahuan. Mana mungkin aku merampas Asri daripada tangan Mar.
"Maafkan aku Asri, aku nda tau mau cakap apa". Fikiran aku betul-betul binggung sekarang. Airmataku yang tertahan sejak tadi kini mulai gugur. Aku berdiri dan cepat-cepat menarik begku dan meninggalkan Asri termanggu di situ. Aku terjerat antara rasa sangsi dan gembira dengan pengakuan Asri. Tidak mungkin aku bergembira kala ini sedangkan aku tahu yang hati Mar pasti akan hancur.
No comments:
Post a Comment