Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire 21

 


    "Aku nda tau Far, Aku bingung", kataku dengan esak yang tertahan-tahan. Hatiku benar2-benar sayu dan sarat dengan perasaan yang sukar untuk aku bendung. "Terus-terang Far, aku nda tau mau buat apa, macammana dengan Mar? aku nda mahu school-mate kita yang lain sangka yang bukan-bukan, aku nda mahu bergaduh dengan Mar pasal perkara ni".

    "Atie, kau pun tau kan Asrie nda pernah suka si Mar", kata Milah sambil mengelus lembut bahuku.

    "Atie, Asrie tu ikhlas suka kau, percayalah", pujuk Fahani lembut. Aku cuma diam mendengar pujukan sahabat-sahabatku yang setia.

    "Kak Yen rasa kau patut timbang juga perasaan Asri dan perasaan kau juga, Tie. Lagipun kau pun suka Asrie, sepatutnya inilah peluang kau, Tie".

    "Tapi kak Yen, macamana  dengan perasaan si Mar. Dia pun sukakan Asri juga, tentu dia akan rasa kecewa nanti", entah kenapa hati gadisku terusik juga bila aku bakalan merampas cinta seorang lelaki daripada seorang perempuan.

    "Macam ni lah, aku rasa kita biarkan Atie tenang dulu", kata Zie tiba-tiba setelah sejak dari mula tadi asyik diam. "Bagi peluang dan ruang untuk dia berfikir".

    Seperti biasa, aku tabik betul dengan Zie. Memang sesuai betul setiap tindakan dan fikiran dia sebagai budak pandai dalam geng kami. Kata-kata Zie menyebabkan semua sahabatku akur. Setelah saling berpelukan mereka meninggalkan aku yang duduk di birai katil. Yang hampehnya mereka sepakat meninggalkan aku seorang dalam bilik dan berpesan agar aku tidak mengikut mereka. Cis! sungguh, tapi aku berterima kasih kerana aku sudah punya peluang untuk berfikir.

    Keseorangan di bilik pagi sabtu setelah sahabat-sahabatku beredar entah ke mana tadi membuatkan aku mencongak perasaanku sendiri. Akal dan hatiku sedang berperang sesama sendiri. Aku memang suka Asrie, suka sangat. Hatiku benar-benar mengakui rasa ini. Tapi sayang rasa ini salah mengikut kata akalku. Akhirnya aku akur pada prinsipku untuk tidak menyakiti hati gadis lain. Aku tidak suka merampas milik orang lain. Keputusan penuh sudah kubuat dan ia bulat. Entah kenapa akhirnya aku menangis tersedu-sedan setelah membulatkan keputusan yang kubuat sendiri. Dalam kesedihan dan esak tangis yang ku tahan-tahan, aku teringatkan mimpiku yang lalu, aku tersenyum sendiri.

    Falsafah cinta ada mengatakan, "cinta memerlukan pengorbanan". Aku rasa itulah pengorbanan untuk first love aku. Aku membulatkan tekad untuk berjumpa dengan Asrie besok. Aku akan terangkan segalanya. Semua tentang perasaan aku.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...