Aku meminta Mira menyampaikan pesanan untuk Asri mengajaknya untuk berjumpa masa rehat nanti. Sedaya upaya aku cuba untuk menumpukan perhatian pada pelajaran walaupun otakku terasa bejat. Aku tidak mahu soal cinta bakal merosak penumpuanku pada pelajaran. Syukur aku masih mampu mengawal otakku dari ligat memikirkan masalah cinta.
Sesekali aku mencuri pandang pada wajah kesayangan mata dan hatiku. Wajahnya kelihatan sugul sekali. Nampaknya sawan perasanku masih belum baik lagi. Tapi hati kecilku kuat menyatakan yang dia sedang sugul. Melihat wajah sugul itu, hati gadisku terusik. Rasanya akulah punca wajah cute itu jadi begitu. Ah....sawan perasanku menyerang lagi. Pada skala berapa aku tidak pasti, yang pasti aku tidak sanggup menatap wajah sugul itu. Ada air hangat pada tubir mataku. Sudahnya, aku meminta keizinan daripada cikgu Zaitun untuk ke tandas. Huh! nasib baiklah tahun ini bukan tahun STPM, kalau tak nahaslah jawabnya. Ketika aku keluar dari tandas, aku dikejutkan dengan sapaan satu suara. Suara lelaki.
"Dasuki", kataku sambil menepuk dadaku akibat terperanjat dengan sapaan yang tiba-tiba itu.
"Atie, kenapa kau buat Asri macam tu. Sebenarnya selama ini dia simpan perasaan dengan kau. . Wajah Dasuki serius, hinggakan ada sedikit kerutan pada keningnya. Aku terdiam mendengar penjelasan Dasuki.
"Atie, percayalah. Dia suka kau", Dasuki menelan liurnya sebelum meneruskan kata-kata seterusnya.
Aku melihat dengan jelas halkumnya bergerak. Seperti tadi aku cuma diam. Mahu mendengar penjelasan seterusnya daripada Dasuki yang sebenarnya sudah menarik perhatianku.
"Aku belum pernah tengok perangai dia macam ni, aku ni bestfriend dia. Aku faham betul perangai dia. Semalam dia menangis depan aku. Kau tau kah, dia nda pernah menangis sepanjang aku kenal dia dan nda pernah menangis untuk seorang perempuan".
Penjelasan akhir Dasuki membuatkan airmataku bertakung di kolam mata. Dasuki meninggalkan aku dengan satu pesanan.
"Kau fikirlah baik-baik, aku rasa kau tahu pasal cerita sebenar hubungan Asri dengan Mar".
Aku termanggu sendiri. Ya...aku memang tahu pasal cerita itu. Persoalan di sini ialah Mar lebih dulu suka Asri. Aku pasti perasaan Mar pada Asri, tulus. Kalau aku menerima Asri bermakna aku telah melanggar prinsipku. Tegakah aku?. Akhirnya setelah bertenggek lama di tepi tandas, huh! satu tempat yang sangat tidak strategik untuk berfikir dan membuat pilihan, aku tekad dengan keputusan yang aku buat sabtu lepas.
Semasa rehat seperti yang telah dijanjikan, aku berjumpa dengan Asri. Aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Asri. Aku cuba untuk senyum semanisnya dan senyumanku bersambut. Cuma kali ini senyuman Asri kelihatan tidak berseri. Sempat hati gatalku berkata, "mana senyuman aiskrimku". Setelah beberapa saat keadaan jadi bisu. Aku memulakan bicara.
"Asri sebelum tu, aku minta maaf kalau apa yang bakal aku cakap ni akan melukakan hati kau". Asrie menganngguk lemah tanpa melihat mukaku.
"Sebenarnya selama ini, aku suka kau. Suka sangat ni. Dari hari pertama aku nampak kau masa aku mula-mula sampai di sekolah ni, aku minat sangat dengan kau. Aku Frust bila tahu kau ada girlfriend", Aku menelan liurku sementara Asri memandang wajahku dengan sedikit senyum pada wajahnya. Aku mula beremosi pada bait seterusnya.
"Asri, aku minta maaf. Aku nda rasa aku boleh terima kau sebab Mar. Dia lebih dulu sukakan kau. Semua ni complicated betul bah. Aku nda sanggup lukakan hati Mar. Aku betul-betul nda bermaksud lukakan hati kau juga. Sekali lagi, maafkan aku ya". Dadaku terasa sesak. Sedayanya, aku cuba mengawal perasaanku. Airmataku juga.
Asri meraup kepalanya sambil menutup mata semasa aku menuturkan kata-kata ini. Wajahnya bertambah sugul. Tiada kata-kata yang terkeluar dari bibirnya yang merah itu. Aku juga turut jadi bisu selepas itu. Kami berpandangan seketika dan aku dapat melihat matanya sesayu mataku. Cis! sawan perasanku datang lagi. Perbualan kami terhenti di situ kerana lonceng telah berbunyi. Aku kembali ke tempat dudukku dan kulihat Asri keluar dari kelas dan tidak muncul-muncul sehingga kelas habis. Aku risau.
"Atie, kau sudah terus-terang dengan Asri", tanya Fahani ketika kami duduk di bawah kipas di tengah2 dorm. Sahabat-sahabat yang lain sudah pergi ke gelanggang bola jaring setelah selesai prep petang.
"Sudah", jawabku pendek. Tiba-tiba hatiku jadi sayu mengingatkan peristiwa tadi dan penjelasan panjang lebar Dasuki tadi. Tidak semena-mena aku menangis teresak-esak. Fahani cepat-cepat bertindak memelukku. Aku menceritakan semuanya kepada Fahani. Tentang penjelasan Dasuki dan tentang pertemuan empat mata tadi. Fahani menepuk bahuku lembut.
No comments:
Post a Comment