"Pengumuman kepada semua pelajar tingkatan 6 bawah, anda dibenarkan untuk pergi berkelah ke Pantai Tanjung Aru Beach besok, sila tulis nama di buku keluar sekarang. Anda semua diminta untuk berkumpul di perkarangan asrama sebelum jam 7.00 pagi", suara warden cikgu Zubaidah melalui intercom disambut dengan sorak-sorai pelajar asrama terutama pelajar tingkatan 6 bawah. Aku dan geng kerasku tidak ketinggalan bersorak keriangan siap ber "santikey" dan saling memberi "Give me Five".
Pengumuman cikgu Zubaidah tadi membuatkan aku gembira. Sekurang-kurangnya ia dapat jadi terapi untuk hatiku yang sedih. Aku mengajak Fahani untuk menulis nama di bilik warden.
"Atie, kau tidak mau bagi Asrie peluang?", Pertanyaan Fahani membuatkan aku sedikit tersentak. Sudah sebulan selepas peristiwa sendu itu.
"Far, please bah, jangan bunuh perasaan happy aku ni...aku tengah semangat gila ni mahu ke pantai besok. Tapi kau tanya lagi aku pasal perkara yang aku mau kasi lupa".
"Sorry...sekadar bertanya. Mana la tau kan", Fahani memeluk bahuku sambil tersengih. Aku cuma tersenyum kelat pada Fahani.
Sampai di dorm, aku lihat Kak Yen sudahpun menyediakan sandwich berintikan ikan sardin dan telur. Kebetulan petang tadi kami meminta kebenaran warden untuk ke kedai Sempelang membeli keperluan diri yang habis. Nasib baik Cikgu Zubaidah memberi keizinan.
"Wah! mewahnya siap ada telur lagi", kataku sambil duduk di sebelah kak Yen yang tengah asyik meletak inti pada sandwich yang dipegangnya.
"Kak Yen curi telur rebus banyak time sarap tadi, mahu sepuluh biji dia curi tadi", kata Zie dengan mimik muka yang membuatkan aku tergelak.
"Oh...kau tuduh aku curi ya zie, besok kau jangan makan sandwich yang ada telur curi ni", kata Kak Yen sambil membesarkan matanya. Kami semua ketawa dengan pergaduhan ala-ala manja antara Kak Yen dan Zie.
"Oh! tidak cik Hippo kita tengah marah oooo...haiya wa takut oooo.", Zie semakin galak menyakat kak Yen.
"Aku humban juga budak kurus kerempeng ni dengan telur ni karang", Kak Yen merengus sambil berpura-pura hendak menghumban Zie dengan telur rebus di tangannya.

"heiii...jangan Kak Yen, telur rebus curi paling sedap tahu, sayang ni kalau main humban- humban...lagipun lebamlah nanti muka I yang cantik lagi mulus ni". Zie mengambil telur rebus di tangan kak Yen. Ketawa kami semakin pecah dengan gelagat mereka.
No comments:
Post a Comment