Aku duduk di atas tikar sambil memerhatikan sahabat-sahabatku bermandi-manda. Riang sungguh mereka bermain air. Aku lihat Zie dan Kak Yen sudah berkejaran di gigi pantai. Pastilah Zie menyakat kak Yen lagi. Aku tersenyum melihat galagat mereka.
"Tie, jomlah mandi", teriak Namil. Member-memberku yang lain turut melambai-lambai ke arahku.
"kejap lagilah", kataku separuh berteriak sambil melambai ke arah mereka. Aku dikejutkan dengan satu suara yang aku kenal.
"Atie, boleh aku bercakap dengan kau".
"Mar, boleh. Duduklah", Aku terkejut dengan kehadiran Mar yang tiba-tiba. Aku ingatkan dia tidak ikut serta dalam rombongan ini kerana rombongan ke pantai ini bukan wajib, hanya untuk mereka yang berminat sahaja.
"Aku mengganggukah? aku ada hal mau cakap sama kau", tanya Mar dengan sedikit senyuman. Wajah Mar kelihatan sedikit sayu tapi masih ayu.
"Ndalah Mar, tidak mengganggu pun...kenapa Mar, cakaplah". kataku lembut walaupun aku sedikit gugup.
"Atie sebenarnya aku mau minta maaf sama kau", perlahan saja suara Mar. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.
"Untuk apa?", tanyaku kehairanan kerana sepatutnya aku yang harus meminta maaf kepadanya. Mar melepaskan keluhan berat.
"Terimalah Asrie, Atie", kata Mar sambil memegang erat tanganku. Hatiku bergetaran saat itu dan terasa seperti hendak melantun keluar. Aku kira Mar akan meminta aku agar jangan mengganggu Asri lagi. Tapi sangkaanku meleset.
"Mar", hanya itu yang keluar dari mulutku yang seolah terkunci.
"Dia pilih kau Atie, bukan aku", katanya lirih. Aku merasa senak perut mendengar kata-kata Mar apalagi bila dia mulai mengalirkan airmata. Rasa berdosa menerjah ke seluruh urat sarafku.
"Asri betul-betul suka kau. Cuma aku yang enggan terima hakikat ini dan masih menjerat dia dengan pertolongan aku yang nda seberapa dulu". Mar menyeka airmatanya dengan hujung jari. Aku cuma memandangnya dengan sayu. Hatiku juga sudah mula beremosi.
"sebenarnya, hari tu aku sengaja kasi sakit hati kau dengan bermanja-manja dengan dia sebab aku tau yang kau suka dengan Asri dan Asri pun suka kau. Aku tau kau nampak aku masa aku menangis hari tu depan Asri. Aku sengaja sebenarnya melentokkan kepala di bahu Asri supaya kau sakit hati". Aku terpempan dengan pengakuan Mar.
Dia memandangku dan sekali lagi memegang tanganku dengan erat.
"Maafkan aku Atie, Sebenarnya time tu dia berterus terang yang dia cuma anggap aku sebagai kawan. Memang selama ini pun aku tau, Asri nda pernah suka aku. Aku kongkong dia dengan syarat yang aku bagi dulu masa dia pinjam duit aku untuk bayar yuran lawatan kami dulu. Aku paksa dia rapat dan jadi couple aku sebab aku suka dia" kata Mar dalam sendu. Dia mula menangis teresak-esak. Aku juga semakin sebak. Aku memeluk Mar dan kami menangis bersama. Aku tidak tahu hendak berbuat apa. Aku speechless dengan pengakuan Mar. Pasti hati dia sakit dan sedih sejuta kali dengan pengakuan tiba-tiba ini.
"Atie, kau terimalah Asrie", kata Mar setelah pelukan kami renggang. Aku menggenggam tangan Mar dengan erat sebelum dia berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment