Wednesday, March 21, 2012

Secret Admire Eps 25 - Tamat

 




Cuti semester pun bermula, aku dan member-member baikku bercuti di Pantai Tanjung Aru setelah mendapat kebenaran ibu bapa masing-masing. Kebetulan rumah kakak Namil kosong kerana sedang berada di Pulau Langkawi. Sampai sahaja di Tanjung Aru, kami terus berlari ke gigi pantai.  Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke pasir pantai membuat kami semua gembira.  
    Aku cuba untuk mengubat rasaku. Aku meminta diri kepada member-memberku yang sudah mula hendak mandi laut untuk duduk di tikar. Mungkin faham dengan keadaan diriku mereka tidak memaksaku untuk turut serta mandi dengan mereka. Hari ini aku benar-benar rindukan Asri. Rindu pada senyumannya yang selalu membuatkan aku jadi aiskrim.

    Sejak dari pertemuan empat mata antara kami hari itu, Asrie tidak pernah menegurku lagi. Aku juga selalu mengelak. Aku membuka buku catatanku tempat aku mencoret puisi hasil nukilanku sendiri.

Hari ini... 
entah kenapa aku terasa kehilangan.
Hatiku terasa sakit parah  dan berdetak-detak 
memaksa aku mencongak perasaan yang bergeladak 
lalu bertekak,
mengatakan ia belum pulih dari rasa kecewa dan seribu rawan.
Tapi otak yang tersimpan akal itu juga bertempik sorak-sorak
mengatakan bukankah aku sudah lali dengan rasa kecewa dan sebak
yang selalu menembak hati sampai luka parah tersiat-siat.
Sungguh aku penat".

    Setelah selesai melengkapkan puisi itu aku mengangkat kepalaku untuk memerhatikan gelagat sahabat-sahabat baikku yang sedang sakan mandi-manda. Aku terkejut bila melihat Dasuki, Julie dan beberapa pelajar putera yang lain berada di situ. Aku membalas lambaian mereka. Sempat mataku melilau mencari kelibat wajah kesukaanku tapi hampa. Aku memujuk hatiku sendiri. 
    Dari jarak sederhana jauh itu, aku lihat sahabat-sahabatku seperti sedang berbincang sesuatu. Macam serius tapi aku malas ambil pusing. Hatiku hampa sebenarnya bila wajah yang aku rindukan sangat-sangat tidak ada di situ. Tiba-tiba mataku tertumpu pada figura dua insan yang aku kenal. Aku agak terkejut tapi lantas menguntum senyuman. Zul dengan Mar sedang berjalan beriringan di tepi pantai. Dari riak wajah mereka ada kemesraan terpamer dan aku dapat lihat ada pancaran bahagia pada wajah mereka. Aku tersenyum dan sedikit hairan, "ramai pula class-mate aku kat sini hari ni". 

    Aku membuka Novel "Secret Admire" yang berbaki 5 muka surat. Belum sempat tenggelam dalam novel aku dikejutkan dengan suara panik Fahani.

"Atie...Asri Atie", melihat suara panik Fahani dan mendengar nama Asri disebut aku turut panik.

"Cepat Atie...Asri lemas", Fahani cemas.

"Far...Asri...dia". Fahani berlari dan aku mengikut arah larian Fahani. Perasaanku kala itu tidak menentu. Berdebar-debar takut terjadi sesuatu pada Asrie. Airmataku sudah mula bertakung. Aku berlari menuju ka arah yang ditunjukkan oleh Fahani. 

"Asri...kau", tanyaku hairan.

"kau...", Wajah Asri juga kehairanan sambil jari telunjuknya menuding ke arahku. Aku juga dapat mengesan panik di wajahnya.  

Aku terduduk lemah dan pada masa yang sama merasa lega kerana lelaki kesukaanku itu tidak apa-apa. Asrie cepat-cepat menghampiriku. 
"kau okay?", tanyanya lembut. Aku menggelengkan kepala. Aku mula menangis. Asri panik bila melihat aku mula menangis.

"Dorang bilang kau lemas", kataku dalam sedu-sedan. Asri menenangkan aku dengan mengatakan dia tidak apa-apa. Walaupun berkali-kali dia memujukku dan berkata yang dia tidak apa-apa, tangisku belum mahu berhenti.

"Ni semua kerja dorang si Dashlah ni sama si Far, kau taukah tadi tadi...jantung aku ni macam mahu tercabut bila dengar kau cedera dan berdarah dengan banyak", kata Asri setelah tangisku  reda. "Tapi bila nampak kau tadi, aku terus sedar yang kita kena cong. Cinabeng! betul dorang". 

    Bibir Asri menguntum senyum. Senyuman yang selalu buat aku jadi aiskrim.  Sawan gabraku hampir menyerang kerana aku merasakan ada rona panas pada pipi.  Sekejap lagi pasti rama-rama akan berterbangan dalam perutku dan kalau itu terjadi pastilah sawan gabraku akan datang sekali lagi.

    Saved by the bell.  Sawan gabraku tidak jadi datang kerana adegan sadis itu tadi berakhir dengan tepukan dan sorakan dari kawan-kawanku. Kami berpandangan dan akhirnya ketawa. Ada sinar bahagia pada mata Asrie. Aku Rasa dia juga dapat melihat pancaran bahagia pada wajahku.
    Fahani datang ke arah kami. Kak Yen, Zie, Namil, Mira dan Milah juga. Kami berpelukan.  Asri memberi ruang kepada kami untuk berkumpul sekejap. Dia duduk dengan pelajar putera kelas kami. Kulihat Dasuki bersalaman dengannya.

"kamurangkan memang bikin bagagar? lemas lagi tu...Nauzzubillah, palis", kataku sambil mengangkat jari telunjuk. 

"lemas sebab cinta. Sorry, Tie.  Sebenarnya kami sudah plan semua dari hari tu.  Percutian ni pun masuk dalam rancangan kami.  Tapi tiada niat jahat melainkan mau satu kan kamu ja bah", Kata Fahani sambil memeluk bahuku.

"Cantikkan planning kami", kata Mira sambil ketawa disambut oleh gelak tawa sabahat-sahabat baikku yang lain. 

Asri datang semula ke kumpulan kami dan berdehem kecil. Mendengar isyarat itu, sahabat- sahabat baikku beredar, hendak sambung mandi laut kata mereka. Riak wajah mereka sangat kufahami maksudnya. " Jom bina istana pasir" kata kak Yen sambil tersenyum. Senyuman yang sudah kutahu maksud tersiratnya. "Lambat lagilah Kak Yen", kataku dalam hati.

Aku sedikit gugup bila kami tinggal berduaan. "Tengok si Dash, mahu mengurat si Far. Kau tahu si Dash suka dia kan? tanya Asri.

"Antara tahu dengan tidak.  Sebenarnya aku nda pasti...sebab kami ni selalu sangka yang, kau dengan si Dash tidak akan pernah suka dengan perempuan macam kami".

"Kenapa pula?" tanya Asri sambil mengerutkan kening". Aku memandang sekilas wajah Asri.  "Alahai...handsomenya lah bah". "Jap, perempuan macam kami, maksud?"

"sebabnya dan maksudnya, kami ni biasa-biasa saja.  Yang tidak kena pandang sebelah mata pun", jawabku sambil memandang ke arah sahabat-sahabat baikku.

"Tapi, aku pandang dengan dua mata" tungkas Asri. 

"kau taukah, sebenarnya Dash sama Fahani selalu berjumpa untuk cari jalan selesaikan masalah kita"

"betul bah?  patutlah akhir-akhir ni si Far macam ada benda jak kasi rahsia sama aku".  Aku yakin inilah perkara yang Fahani rahsiakan dari aku selama ini.  Aku juga yakin dia kan ceritakan semuanya dengan aku selepas ini.

" kita patut ucap terima kasih sama dorang kan?".  Aku cuma menganggukkan kepada dua kali sambil tersenyum paling manis kukira.  Bening matanya buat aku jatuh suka lagi kali sejuta. "Gatal" kataku dalam hati.

"eh...Byaemlah", Aku melambaikan tangan pada Byaem. Dia membalas lambaian tanganku sambil tersenyum mesra.  Dia memberikan setangkai bunga mawar pada Mira.  Mira malu-malu menerima bunga itu.  Reaksi Mira membuatkan sahabat-sahabatku berpura-pura hendak muntah. Aku tergelak melihat reaksi mereka.

"Senyum-senyum tengok si Byaem kah tu?"  Tanya Asri. Keningnya berkerut lagi. " Jangan eh!...aku jealous lagi nanti".

"bukanlah...lucu tengok gaya mahu termuntah dorang tu bah?"balasku sambil memandang wajah Asri. "serius bukan...kau tau, Byaem suka Mira kan?".

"Tau...kau tau aku pernah mau tumbuk si Byaem dulu?" Tanya Asri.  Mata kami masih memandang ke arah kawan-kawan yang sedang bermain di pantai.

"Tau...Byaem ada cerita", jawabku sambil ketawa kecil.  " Aku jealous betul masa tu". "Nasib ada si Dash, kasi Sabar".  Sambung Asrie lagi.

" Aku pula jealous tengok kau sama Mar. Siap ada adegan lentok-lentok kepala lagi". " Kataku sambil pura-pura membuat muka sedih. Asrie menarik nafasnya dan menerangkan yang dia sendiri terkejut dengan tindakan Mar masa itu.  Aku yang sudah tahu cerita sebenar, hanya ketawa melihat seriusnya wajah Asri menerangkan situasi sebenar.

"Siap belai-belai rambut lagi...eiihss".  Tiba-tiba teringat adegan yang buat aku betul-betul sedih masa itu.

"Opppsss! bukan belai tu ya...aku cuba tolak kepala dia supaya jangan buat macam tu".  Serius wajah dia menerangkan keadaan masa itu.  Aku pandang wajah dia dan sekali lagi tersenyum.

"Si Mar dengan Zul bercouple sudah sekarang.  Aku happy untuk dorang dua.  Kau ada nampak dorang tadi?", tanya Asri.

"ya...ada.  Padan ni dorang dua.  Suka aku tengok".  Kami diam sekejap.

" Asrie, kau tau gelaran kau apa kalau dengan geng karas aku?", tanyaku. 

Asri menggelengkan kepala. "Apa?" 

"Secret Admire".  Jawabku ringkas.  Giliran Asri pula yang ketawa kecil sebelum dia kembali serius. "Alahai! comel betul", kataku di dalam hati menyembunyi rasa kecomelan itu.

"Kau tau, Dash adalah penyokong kuat aku couple dengan kau."

"Betul bah...patutlah dia ada pi jumpa aku hari tu".  Aku ketawa kecil.  

"Dash jumpa kau? bila?"

"Iya...lepas last kita berjumpa tu...yang masa aku terpaksa tolak kau sebab Mar".    

"Kau terima aku kan, Atie", kata Asri dengan penuh pengharapan, mungkin kerana aku pernah menolak dia dulu. Aku mengangguk sambil tersenyum. Asri membalas senyumanku. Aduh! senyumannya yang selalu membuatkan aku jadi aiskrim.  Asri meraup mukanya.  Aku tidak pasti maksud sebenar raupan itu. Barangkali menyebut 'Amin' di dalam hati. Ah! sawan perasanku kambuh lagi.

"Ya...aku suka kau sangat, Secret Admire". Ada rama-rama berterbangan dalam perutku.


Tammat


No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...