Sunday, January 29, 2012

Entri Lama

Mode: Teringat-ingat
Jam: 2:19 am
Kondisi Perut: Tiada Selera



Entri Yang Lambat di Post....Waktu menulis entri ini tarikhnya 15.5.2011.....entah kenapa aku mahu masukkan entri lama ini....Kenangan itu Kerinduan....pasal itu kali

Semalam buat pertama kalinya aku meluangkan masaku menonton AF9,  itupun kerana aku mahu lihat Hazama menyanyikan lagu "Hey my soul",  dan ternyata persembahan Hazama tidak mengecewakan aku,  dan seperti sebelumnya,  Hazama memang selalu best kalau dia lagi perform di atas pentas,  dan aku kepingin sekali mendengar dia menyanyikan lagu "Zakiah",  lagu yang dia nyanyikan di konsert prelude sewaktu AF3 dulu.   dalam menunggu giliran dia perform dan aku menyibukkan diri menulis tesisku sambil telingaku saja yang mendengar budak2 AF9 itu menyanyi,  aku teruja bila mendengar lagu 'Pesanan Buat Kekasih' bakal dinyanyikan oleh seorang peserta yang namanya Azri.   mendengar saja tajuk lagu itu,  aku terus menghentkan ketukan di lappy pink ini,  mendongak untuk melihat TV.  Wajah itu mengingatkan seorang kawan dari Pulau.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...