Mode: Cuci2 Mata
Jam: 8.42 p.m
Kondisi Perut: Minta Bakso Asli Rahmat II
Malam ini *tetiba mau berjalan2 di traffic udara mencari widget2 untuk blog kesayangan aku. Ini tahun 2012 dan aku rasa aku sudah perlu menambah widget selain gadget dalam blog kesayangan aku *ne. Ada satu widget yang menarik hati aku. "Cara untuk mengetahui siapa yang menyalin post anda". Seperti biasa carian seperti ini dibuat oleh orang Indonesia. Sudah pasti bahasanya juga dalam bahasa Indonesia. Syukur bahasa kita serumpun jadi tidaklah menjadi masalah besar untuk memahami bahasa Indonesia. Tanpa melengahkan masa aku terus mengikuti langkah2 yang perlu untuk membuat aplikasi ini dan hasilnya aku menemukan seramai 10 ornag telah menyalin entry/post aku yang bertajuk " Doa Solat Isthikarah". Fuyyyooooo....hahaha!!! semoga ia beri manfaat pada mereka yang menyalin entry itu.
Siapa ada blog? sila angkat kening dan anggukkan kepala.....(jangan angkat tangan kerana anda mungkin memerlukan jari anda pada keyboard Lappy or PC anda yang *kiut dan *gojes tu). Berminat untuk tahu siapa yang telah menyalin entry/post anda? senang sangat.......
hanya taip ini di ruangan en. Google:
"http//:www.copyscape.com/", tunggu sehingga keluar satu paparan meminta anda memasukkan alamat blog anda. Jangan lupa tekan butang Go.....lihat hasilnya.
Malam *ne blogku ada 2 widget baru yang tak berapa nak baru. Baru sebab aku baharu menambah ia ke dalam blogku si Rindu2 a.k.a Ruang Rindu.
No comments:
Post a Comment