Mode: Rindu Setengah Mati
Jam: 2.51 p.m
Jam: 2.51 p.m
Kondisi Perut: Mau Minum Kopi + Popia
Rinduku masih terlekat sekalipun dia dekat
Rasa apa itu yang masih pekat
Hati kelat
Mulut rapat
semua tertutup ketat
Minta tolong pada angin
khabarkanlah....Aku Rindu Setengah Mati.
Lelah juga kalau hari terpaksa berpura2 tidak rasa itu dan tidak rasa ini. Padahal simpulan rindu bergulung-gulung, hingga makin sukar untuk dirungkai. Malas melayan rasa. Baik aku tenggelam dalam buku. Hari ini Wati pinjamkan aku Novel dia, "Sehangat Asmara", karya Aisya Sofea terbitan "Alaf 21". Untuk Karya Aisya Sofea aku cuma ada satu koleksi saja, "Jauh" tajuknya. Gaya penulisan Aisya Sofea bagiku baik dan halus. Aku suka pada frasa dan rima penulisannya. Dari segi emosi, karyanya mampu membuai perasaan marah, suka, benci, dendam, sayang dan cinta.
Kalau tidak kerana PULUS yang sudah berkurang dalam dompet AR aku, Sudah lama aku cekau novel "Germersik Kalbu" dan "Bicara Hati". Pastinya gaya bahasa, frasa dan rimanya hebat. Aku mengesan keindahan pada 'gaya bahasa' masa menonton dua drama ini di TV, TV3 mungkin, Aku tak ingat. Yang sadisnya, tiap kali aku lihat AQASYA dalam drama "Gemersik Kalbu", pasti mengundang sendu mengenang orang itu. Adalah sesipi paras si AQASYA itu seperti dia terutama janggut sejemput. Ah...buat apalah mengenang dia lagi. Dia sudah bahagia, titik.
No comments:
Post a Comment