Hari ini ketika membaca entry dalam blog sahabat cantikku yang hebat itu dan Shafizah si Budak Misteri, aku terkhayal sekejap. Tapi satu yang paling terkesan dalam hatiku ialah, tulisan hebat sahabat cantikku si Luna Zura. Ia menyedarkan aku tentang sesuatu. Ya...baru aku sedar yang aku bermula dengan novel2 sastera karya A. Samad Said, Usman Awang dan Arena Wati. Aku membesar dan terbiasa dengan puisi-puisi mereka. Masa umurku menginjak 10 hingga 12 tahun, novel2 yang kubaca semuanya hasil tulisan A. Samad said, sayang aku lupa tajuknya tapi kulit buku itu tetap kuingat. Gambarnya berlatarkan seekor burung, hijau warnanya kulit buku itu. Novel2 itulah yang kubaca dan aku memang sangat menyukainya selain Siri Salma dan Hadi. Malah sehingga aku jadi remaja sekitar tahun 90an, novel2 berbentuk sastera jugalah yang kubaca kerana seperti Zue, novel itulah yang ada di almari mama. Interlok (Abdullah Hussain) dan Koleksi Terpilih Arena Wati menjadi buku yang aku sayang kerana kuanggap ia satu khazanah yang hebat. Aku juga tenggelam dengan hebatnya tulisan Hasanuddin Md. Isa dalam Novelnya "Mereka Yang Tertewas". Novel ini menjadi buku sastera yang harus dibaca oleh pelajar SPM yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu. Ketika membaca novel ini aku berumur 16 tahun, aku rasa Zue juga sempat belajar subjek ini kerana kelas kami memang belajar subjek ini di SMA.
Minatku pada puisi juga memang bertitik tolak dari Usman Awang dan A. Samad Said, "Lukisan Zaman" ya buku yang menghimpunkan puisi2 hebat kedua penulis agung inilah yang banyak mencorak minatku pada puisi tapi tidak pernah kubilang pada siapa pun kerana kawan2 yang ada sekelilingku ketika di Maktab dulu tidak menggemari puisi2, tidak minat menulis dan kalaupun mereka menulis; retorik mereka dan cara pemikiran serta cintanya mereka pada penulisan jauh berbeza dengan caraku melihat, mencintai dan menilai sebuah penulisan. Ya, mereka pembaca tegar novel dan mereka juga menghayati novel cinta terbitan Alaf 21 dan Creative, tapi mereka cuma menilai asyiknya cerita cinta di dalamnya tapi aku menghayati novel itu dengan kedua2 perasaan, asyiknya cerita cinta dan indahnya frasa dan retorik penulisan si penulis novel. aku tidak boleh bercerita dengan mereka betapa indahnya frasa yang digunakan oleh si penulis kerana mereka cuma bercerita pada babak2 romantis dalam novel itu. Justeru, aku lebih banyak menyembunyikan perasaanku. kalaulah waktu itu, Zue ada bersamaku keadaan mungkin jadi lebih baik dan indah. begitu di alam kerja juga aku tidak jumpa dengan mereka yang sealiran denganku. syukur kecanggihan teknologi kini dapat menghubungkan aku semula dengan sahabat cantikku si Luna Zura. jadi aku sudah punya mentor dan guru percuma. awal tahun 2001 dan 2002 aku mula menukar kulit novel dari yang berbentuk sastera dan rumit penulisannya ke novel2 "Alaf 21 dan Creative", di situlah aku berkenalan dengan penulis2 S. Hawa dan novel pertama yang kubeli dari "Alaf 21" ialah "Diari Seorang Guru". Sejak itu aku mula membeli Novel2 dari "Alaf 21" dan "Creative". Namun, aku tidak pernah lupa pada novel2 yang terlebih dulu membentuk jati diri dan minatku pada bidang penulisan. Tetap saja novel2 A. Samad Said, Usman Awang, Abdullah Hussain dan Hasanuddin Md. Isa sebagai mentor tetapku dan tidak lupa si Luna Zura (Rembulan Jingga) dia juga mentor tetapku dan guruku kerana hanya dia yang secara teknikalnya aku boleh berhubung secara terus.

Baru2 ini aku beli lagi buku Arena Wati, setiap kali melihat buku itu aku jadi sedih kerana masih belum berpeluang membacanya. Penumpuanku lebih terarah pada pekerjaanku yang lebih wajib hukumnya kudulukan untuk menyelesaikannya. Kerjaku adalah hutang yang aku harus lunasi. Wajib dan itu titik. lagipula kalau mahu membacanya, aku perlu isolasi. bah....kemana nanti aku harus isolasikan diriku ya...kalau masaku sudah senggang??? ada sesiapa yang mahu tolong jawab.....
Ke Pantai mungkin????............................
P/s: Zue sayang, kau bukan takbur tapi istimewa. pemikiranmu terlalu ke depan, misterimu terlalu sukar, dimensimu berbeza, kerana itu kau melihat dan menilai sesuatu bukan dengan sambil lewa....
No comments:
Post a Comment